Jumaat, Ogos 19, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanjung Lumpur ke Kuala Pahang

Bersambung dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Santai di sekitar Kuantan.


Puas berjalan di bandar Kuantan kami pun menyeberang jambatan untuk ke selatan.



Kelihatan bandar Kuantan daripada Sungai Kuantan.


Destinasi yang mahu dituju adalah bandar diraja Pekan.


Tapi biasa le. Bila nampak satu jalan atau arah yang menarik mesti terasa nak tengok sat.


Saya telah pergi ke Kuantan banyak kali tetapi rasanya inilah kali pertama masuk ke sebelah sini iaitu di Tanjung Lumpur.


Nampak pulak surau kecil comel ini.


Apalagi singgahlah kami anak beranak. Lihat artikel Surau comel di Tanjung Lumpur (A cute small praying hall at Tanjung Lumpur)SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Ke hadapan sikit pula terdapat masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Tanjung Lumpur.


Adapun Tanjung Lumpur ini terletak di kuala Sungai Kuantan.


Saya pun melihat kawasan kuala. Lihat artikel The views at Tanjung Lumpur di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sambung perjalanan ke Pekan...





Tapi bila dah dekat sekali lagi saya masuk jalan lain.


Jalan ini boleh sampai ke Kuala Pahang.


Lalu dahulu beberapa kampung lain termasuk Kampung Beruas... teringat pula kerajaan lama Beruas di Perak...


Tu dia... nak sampai Kuala Pahang.


Terus menuju ke jeti.


Bukan apa. Saya suka melihat pemandangan di kuala Sungai Pahang. Lihat Pahang river at Kuala Pahang. Saya juga singgah di masjid jamek sini. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Pahang.


Kemudian ke makam diraja di Kampung Marhum.



Untuk pengetahuan di sini terdapat makam Sultan Abdul Jalil IV, bendahara empayar Johor-Riau-Lingga yang menaiki takhta selepas peristiwa Sultan Mahmud Mangkat dijulang 1699 Masihi selain beberapa orang Sultan Pahang terawal dari dinasti sekarang (bermula sekitar 1880 Masihi). Lihat Revisiting the royal mausoleum at Kampung Marhum.



Oh. Saya juga singgah di masjid yang ada di Kampung Marhum. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Marhum . Apabila menghampiri kembali jalan utama ke Pekan terlihat pula sebuah makam di tepian jalan. Lihat Batu nesan Aceh berdekatan Kampung Jawa, Pekan (Aceh tombtones near Kampung Jawa, Pekan).


5 ulasan:

  1. askm radzi,

    kalau boleh lain kali singgah ke tanjung selangor(jln dlm ke kuala pahang)..pantainya masih liar dan asli..cahya nya...ini pantai terindah sepanjg kuantan -pekan dan masih kekal x terusik dek pembanagunan..bagi pelukis seperti saya..tempat ni semangatnya lain mcm magnetnya..

    BalasPadam
  2. Ye... kawasan perkampungan pesisir yg masih tidak terusik, pantai panjang yg cantik, putih bersih...

    Keluarga belah mak saya asal Kg. Tanjong Selangor dan Kg. Serandu ...tapi la ni dah tak berhubong dah ,jadi jaoh

    BalasPadam
  3. OK. Terima kasih kerana memberitahu. Biasa le bila berjalan tu kadang2 terkejar nak target banyak tempat. Tak semua dapat singgah apalagi jika kita tak tahu apakah keistimewaannya...

    BalasPadam
  4. Oh!...kampung ku....izin copy gambarnya....bukan apa ...terkenang kampung kelahiran.

    BalasPadam
  5. OK. Terima kasih kerana memberitahu. Biasa le bila berjalan tu kadang2 terkejar nak target banyak tempat. Tak semua dapat singgah apalagi jika kita tak tahu apakah keistimewaannya...

    BalasPadam