Jumaat, April 08, 2011

Kesegaran udara Janda Baik


Seperti dijanjikan dalam artikel Jalan-jalan Putrajaya dan majlis maulud/hol yang akan datang kita cerita pula tentang perjalanan terbaru ke Janda Baik, kalau dikira dari hari ini ia berlaku hampir 2 minggu lalu. Mari. :]


Sabtu 27 Mac kami anak-beranak keluar ke Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kami mahu ke stadium tertutup untuk satu acara. Turut ikut sama adalah seorang rakan yang kiranya adik angkat isteri.


Kami mahu menghadiri satu majlis perkahwinan.


Seorang rakan lain menjemput kami kerana ia adalah majlis perkahwinan dua orang adiknya dengan pasangan masing-masing.


Menarik juga majlis yang diadakan dalam stadium tertutup ini.


Ini adalah pemandangan Tasik Titiwangsa berlatarbelakangkan pusat bandaraya KL dilihat apabila kami keluar...


Dari sana kami masuk ke Jalan Gombak naik menghala ke Pahang.



Singgah sebentar menziarahi makam Sheikh Muhammad Nur, solat di masjid Sungai Cincin.


Kami terus menelusuri Jalan Gombak masuk ke jalan lama menuju ke Pahang. Ke hadapan sedikit kami berhenti lagi.


Bukan apa. Saja tengok gelagat haiwan. Oh, baru teringat. Sebelum itu saya ada singgah untuk mengambil gambar sebuah surau. Lihat artikel Surau (Small praying hall of) Silaturrahim, Gombak di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ke hadapan lagi pula saya masuk ke satu jalan dalam tidak berapa jauh dari jalan besar merangkap jalan lama ke Pahang. Ada satu kuil dengan suasana tenang.


Jangan ingat saya nak sembahyang cara India pula. Saya suka melihat sungai yang ada. Kiranya inilah kali pertama saya singgah setelah beberapa tahun. Isteri, anak dan adik angkat isteri menunggu sahaja di dalam kereta.


Tidak lama kemudian sampai ke Genting Sempah.

Perjalanan diteruskan ke Janda Baik. Sampai sahaja ke kampung pertama yang ada iaitu Kampung Sungai Sum Sum kami singgah di sebuah warung untuk hidangan enak sup tulang.




Seterusnya kami berjalan naik ke sebuah bungalow yang terletak tinggi di satu lereng bukit. Berikut adalah klip-klip video yang menunjukkan pemandangan kawasan di sekitarnya.









Tempat ini memang cantik. Untuk gambar-gambar lihat artikel The hillside resort called Saufiville di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Malamnya kami makan di sebuah restoran di kampung lain dalam Janda Baik iaitu Kampung Cheringin.


Kemudian kami pergi ke padang sekolah berdekatan masjid dan Pulau Santap. Kebetulan malam itu ada pertunjukan muzik.



Esoknya pagi Ahad kami bersedia untuk berjalan-jalan lagi. Oh, setelah beberapa lama baru saya tergerak untuk membuat satu artikel tentang surau tempat saya biasa berehat di Janda Baik untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Lihat artikel Surau (Small praying hall of) Sungai Chemperoh, Janda Baik .




Dari surau kami berjalan kaki ke rumah penulis buku politik S. H. Alattas yang juga dikenali sebagai Pak Habib. Lihat Al-Rasyid going around Pak Habib's place. Ada gambar Al-Rasyid posing macam katun Jepun...


Seterusnya kami singgah di rumah seorang rakan. Al-Rasyid melihat kolam di hadapan rumah.


Kemudian kami menaiki sebuah bukit untuk melihat pemandangan.


Di bukit ini ada sebuah hotel. Selepas itu kami singgah ke masjid. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Janda Baik. Untuk artikel akan datang saya ada mengambil gambar dekat batu-batu nesan yang ada di makam Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka di Pagoh, Muar untuk diteliti mereka yang tahu membaca tulisan khat Arab. Turut dipaparkan nanti adalah makam panjang seorang pahlawan Aceh yang dikelilingi tanah perkuburan Cina, di atas Bukit Cina, Melaka. Tunggu. :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan