Sabtu, April 09, 2011

Makam Sultan Alauddin Melaka, kesan banjir dan ukiran lidah terjulur

Meneruskan proses melepaskan cerita-cerita dari perjalanan-perjalanan kecil yang dibuat dalam masa terdekat. Mari... :]


Awal pagi Sabtu minggu lepas saya dan keluarga berlepas meninggalkan Bandar Tasik Puteri untuk balik bercuti hujung minggu di rumah ibubapa di Muar.



Kami mengambil jalan lama ke selatan lalu singgah bersolat Subuh di Beranang. Lihat artikel Mosque of Raja Alang in Beranang revisited di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kalau tak salah ingatan ini adalah keadaan semasa lalu di pekan Mantin.



Bukit-bukau yang membawa ke Seremban pun mula kelihatan.


Di ibunegeri Negeri Sembilan itu kami berhenti sebentar untuk sarapan.


Hampir tengahari baru sampai ke Muar. Bukan apa, singgah di Melaka berehat sebentar di sebuah masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Laksamana Hang Tuah, Duyung, Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Sampai ke kampung kami harus bersiap cepat untuk ke satu majlis kahwin.



Kemudian ada satu lagi jemputan perlu dipenuhi, selepas itu baru dapat menyambung rehat.


Malamnya kami keluar berjalan-jalan di bandar Muar. Lihat Muar's very own Uptown. Selepas makan bersama keluarga di Bentayan baru kami kembali ke rumah...



Esok pagi Ahad kami terus menuju ke stesyen bas untuk sarapan nasi beringin kegemaran.



Ini diikuti hidangan kopi enak di kedai Kopi 434. Sengaja saya ambil gambar gajah kerana sejak kebelakangan ini seronok minum kopi gajah, bukan kopi cap gajah... tapi bijiannya jenis yang dipanggil elephant bean kerana saiz yang lebih besar dari biasa...



Puas makan dan minum kami menuju ke Pagoh.


Kami ingin menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Kampung Raja, Pagoh yang merupakan satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud hingga sekarang. Semasa kembali bercuti raya tahun baru Cina 2 bulan lepas kami tidak dapat ke sini kerana banjir yang melanda banyak kawasan di selatan Semenanjung. Lihat artikel lama Balik Muar Raya Cina : Mencari makam Panglima Lidah Hitam dan bermain banjir di Pagoh dan Kota Buruk.




Ini ialah ziarah pertama kami ke makam Sultan Alauddin sejak setengah tahun lalu. Kali ini kami mengambil lebih masa untuk duduk di sekitar makam dan saya juga mengambil gambar setiap batu nesan Aceh yang ada dari setiap 4 sudut. Ini dibuat agar gambar dapat ditatap dengan harapan ada yang faham tulisan Khatnya dan mampu membuat terjemahan dari bahasa Arab. Untuk apa? Lihat artikel Batu-batu nesan di makam Sultan Alauddin Melaka (Tombstones at the tomb of Sultan Alauddin of Melaka). Lihat juga The tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah of Melaka revisited.



Seterusnya kami melawat masjid lama ini. Lihat Revisiting the old mosque of Olak Sepam.


Pada rumah di sebelah masjid masih boleh kelihatan kesan lumpur dari banjir yang melanda 2 bulan lalu.


Kesan banjir juga boleh dilihat di pekan Panchor yang turut terletak di tepian Sungai Muar.



Teringat selepas meninggalkan Pagoh ketika cuti hari raya Cina saya bercadang mahu ke Panchor. Tapi sampai ke satu simpang saya telah diberitahu pekan itu ditenggelami air dan jalanraya yang ada tidak boleh digunakan.


Dari Panchor kami menyeberangi Sungai Muar lalu pergi ke pekan Grisek.



Cukuplah berjalan-jalan melihat keadaan pekan yang namanya serupa satu tempat di Pulau Jawa... Grisek juga, tempat Wali Songo pertama iaitu Maulana Malik Ibrahim menjalankan aktiviti sehingga dikenali sebagai Sunan Grisek. Saya juga mengambil peluang melihat rupa Sungai Muar dari sebelah sini untuk perbandingan. Lihat The Muar river from Pagoh to Grisek.



Setelah beberapa lama berjalan sampailah masa untuk kembali ke rumah ibubapa. Saya mengambil jalan melalui pekan Bukit Gambir.


Sampai di satu bahagian kelihat satu perhentian bas yang menggunakan kayu-kayu lama. Terpegun saya melihat bentuk yang saya suka panggil sebagai lidah terjulur. Kerana ini jarang sekali ditemui di luar Perak. Selain itu ia cuma terdapat di sebahagian dari Selangor, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.


Ke hadapan lagi kelihatan pula sebuah restoran memakai ukiran serupa. Apakah maknanya ini? Apakah ia berkait dengan penemuan yang akan dibuat lewat petang nanti? Untuk makluman ini adalah artikel ke 828 di blogspot ini. Kita rehat sebentar... ]


2 ulasan:

  1. Sahabat hamba tahu letaknya makam panglima Hitam yg merupakan pengasas Merlimau. Beliau nyatakan bhw beliau diamkan supaya jgn ada org lain menjumpainya dan hamba telah melawatinya. Mungkin tiba masa untuk merungkaikan segala rahsia.

    BalasPadam
  2. Sahabat hamba tahu letaknya makam panglima Hitam yg merupakan pengasas Merlimau. Beliau nyatakan bhw beliau diamkan supaya jgn ada org lain menjumpainya dan hamba telah melawatinya. Mungkin tiba masa untuk merungkaikan segala rahsia.

    BalasPadam