Jumaat, Mac 11, 2011

Mencari jejak Merong : Dari Kuala Kedah ke Yan

Assalamualaikum semua. Pagi buta Jumaat ni dah masuk tarikh yang menarik iaitu 11/3/11. Ada faktor 131. Tanpa membuang masa kita teruskan siri... bersambung dari Mencari jejak Merong : Gunung Keriang... bayangan kerajaan Aceh di Kedah?.


Pagi Isnin sebelum Subuh 30 Ogos 2010 sekali lagi kami meninggalkan surau tempat kami tidur di satu bahagian Langgar, Alor Setar, Kedah. Kali ini sudah cukup syarat 3 hari bermalam seperti disebut dalam artikel Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur. Sampai masanya untuk meninggalkan Alor Setar menghala kembali ke selatan. Singgah sebentar bersolat Subuh di Masjid Albukhary. Lihat Masjid Albukhary (The Albukhary mosque), Alor Setar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Apabila langit cukup terang baru kami meninggalkan masjid.


Hmm. Biasa le saya. Pantang nampak ada nombor 131, mesti nak tangkap...

Agak-agak le ke manakah arah kami seterusnya?

Rasanya terang bukan?


Kami pusing dahulu pekan Kuala Kedah. Kelihatan Kampung Tok Pasai yang sudah banyak berubah...


Kami ke jeti tempat mengambil feri ke Langkawi.


Tapi kami bukan mahu ke Langkawi. Kami sekadar mahu menziarahi makam yang terletak di kawasan letak kereta jeti.



Inilah makam orang yang dipanggil Tok Pasai. Lihat Makam (Tomb of) Tok Pasai.


Kemudian kami naik jambatan untuk menyeberangi Sungai Kedah.



Kami mahu melihat Kota Kuala Kedah.


Inilah kali pertama kami sampai ke sini. Sebelum ini saya cuma pernah melihatnya dari arah pekan. Lihat Kota (Fort of) Kuala Kedah.



Dari Kota Kuala Kedah anda boleh melihat pemandangan menarik sekitar Sungai Kedah hingga ke kualanya. Lihat artikel The Kedah river from the Kuala Kedah fort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Di tengah kota pula ada muzium di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang kota. Lihat Muzium Kota Kuala Kedah (Museum of the fort of Kuala Kedah).



Selepas itu kami berjalan-jalan lagi di sekitar Kuala Kedah. Tapi biar cerita diteruskan pada perjalanan menghala selatan ke Yan.



Tidak lama kemudian saya dilanda rasa penat dan mengantuk yang amat sangat. Kami pun mencari masjid terdekat untuk berehat. Lihat Masjid (Mosque of) Permatang Bongor.



Setelah dapat melelapkan mata dalam sejam dua perjalanan pun disambung kembali. Ternampak simpang ke Kuala Sala terasa pula hendak melihat apa yang ada di sana.


Ada pekan kecil, ada juga jeti dengan bot-bot di kuala sungai. Lihat Passing through Kuala Sala.

Tidak lama kemudian sampailah kami ke daerah Yan.


Namun pekan Yan sendiri masih jauh. Kami singgah lagi di satu masjid, kali ini sekadar untuk mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) Ar-Rahman, Permatang Buluh.


Ke hadapan sedikit saya mengambil satu lorong.


Sebenarnya saya mahu mencari jambatan ke Pulau Bunting seperti yang kelihatan dari atas puncak Gunung Jerai. Lihat Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai.


Rupa-rupanya perlu ke hadapan lagi.


Perlu mengambil satu jalan penuh batu-batu kerikil tidak rata. Lihat Pulau (island of) Bunting at Yan, Kedah.



Sudah melihat pulau setakat yang boleh perjalanan disambung ke pekan Yan. Sampai ke pekan Yan Kechil (ada dua pekan yang ada nama Yan, yang biasa disebut pekan Yan adalah Yan Besar) singgah di lagi satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yan Kechil.


Semakin hampir ke pekan Yan semakin terserlah Gunung Jerai.


Lalu di satu bahagian kelihatan satu objek yang rasanya air terjun tinggi...

Tidak lama kemudian sampailah ke pekan Yan @ Yan Besar.


Lalu di Sekolah Menengah Langkasuka (saya suka nama ni). Menurut ceritanya Langkasuka adalah kerajaan pertama yang dibuka oleh Merong Mahawangsa sebelum baginda mendirikan Kedah Tua dan seorang anakanda baginda membuka kerajaan Siam lama.


Saya ingin membawa anak dan isteri singgah ke Masjid Jamek Yan.

Naik sahaja ke masjid isteri membawa anak berehat di atas tikar mengkuang.


Namun itu di sisi kanan masjid. Di sisi kiri iaitu di sini saya pernah berehat dua atau tiga malam ketika pertama kali sampai ke Yan empat tahun lalu... tidur di atas tikar mengkuang. Entah-entah ini tikar mengkuang yang sama. Hmm... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan