Isnin, Februari 28, 2011

Mencari jejak Merong : Sekitar Bukit Pinang ke Jitra... tempat Raja Bersiong?


Perjalanan diteruskan menghala ke Bukit Pinang beberapa kilometer dari Langgar, Alor Setar.


Kelihatan wat Buddha...


Kemudian Bukit Pinang...


Bukit ini pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Kedah 1687-1735. Selepas itu pemerintahan beralih ke Alor Setar...


Semasa Bukit Pinang menjadi pusat pemerintahanlah makam diraja Langgar yang ada ditunjukkan pada artikel Mencari jejak Merong : Sheikh Abdul Qadir Shah Alirah, Sultan Siam-Kedah atau Sultan Perlak, kerajaan lama Aceh? didirikan. Dari situ boleh kelihatan sebuah bukit yang lebih tinggi.


Saya mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar...


Masuk satu kawasan kampung.


Bukit lebih tinggi terus menghiasi latarbelakang...


Di kampung kelihatan sebuah rumah dengan bentuk 'lidah terjulur' yang agak ganas. Jika nama formal bagi bentuk ukiran yang terkeluar di hujung bumbung ini adalah papan kepala cicak, maka yang ini harus papan kepala buaya kalau takpun kepala naga...


Kami keluar balik ke jalan yang telah dilalui tadi menuju ke barat.


Sampai di satu bahagian ada lorong bawah untuk melepasi lebuhraya.



Laluan inilah yang kami gunakan untuk ke Bukit Kayu Hitam lalu masuk ke Thailand hari sebelumnya dari Langgar.


Semasa menghampiri Jitra kelihatan ini, kalau tak salah ingatan pintu masuk ke pengkalan TUDM.


Lebih hampir ke Jitra kelihatan masjid dengan kubah-kubah yang memang nampak macam bawang ini. Lihat artikel SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) di blogspot Masjid (Mosque of) Tanjong Pauh, mukim (sub-district of) Naga, Kedah.


Kami mengambil laluan ini kerana harus singgah lagi ke bangunan makam maharaja khadi Sheikh Abdul Jalil.


Bukan apa. Malam sebelumnya kami singgah selepas keluar dari Thailand lalu berjalan-jalan di Perlis dalam keadaan hujan. Dah jauh jalan baru tersedar payung tertinggal. Nasib baik masih ada di satu sudut...


Alang-alang dah sampai tu singgah le lagi makam...


Al-Fatihah. Lihat Makam (Tomb of) Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil.


Keluar menghala kembali ke Alor Setar, kelihatan Masjid Tanjong Pauh dengan bawang-bawangnya. Masjid Tanjong Pauh dengan bawang-bawangnya, biarkan, biarkan. Masjid Tanjong Pauh dengan bawang-bawangnya, biarkan, biarkan (macam si Luncai dengan labu-labunya lah pulak... :]).

Ke hadapan sedikit kelihatan tempat kami makan lewat malam sebelumnya.


Ke hadapan lagi, kelihatan bukit lebih tinggi yang boleh kelihatan dari Bukit Pinang.


Kebetulan ada simpang ke sana dan memang ada sesuatu yang mahu dilihat...


Dah. Namanya pun Bukit Tinggi. Memang pun ia lebih tinggi dari Bukit Pinang.


Di kaki bukit ini ada tinggalan yang disebut orang sebagai istana Raja Bersiong. Lihat Istana (Palace of) Raja Bersiong? .


Saya pertamakali sampai ke situ apabila dibawa oleh beberapa orang kenalan 3 tahun lalu. Destinasi seterusnya terletak berhampiran Kepala Batas.


Tempatnya tidak jauh dari lapangan terbang...



Menghala ke Alor Setar.


Dah dekat dah...


Seperti biasa saya akan mengambil gambar apabila difikirkan sesuai walaupun ketika berjalan. Kelihatan bayang-bayang kamera Olympus terdahulu pada cermin. Ini adalah antara 2-3 gambar di mana kelihatan kamera yang akhirnya rosak ketika meninggalkan Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Lihat artikel Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah yang dibuat hampir 4 bulan lalu.


Destinasi yang mahu dituju adalah masjid ini. Ada makam salah seorang ulamak yang tersenarai sebagai 7 wali Melayu oleh sebuah buku. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Tuan Hussin, Titi Gajah dan Makam (Tomb of) Tuan Hussin Kedah.


4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, saudara sudah sampai ke kampung kelahiran saya iaitu kampung Alor Rambai, tak jauh dari istana Raja Bersiong.

    Tidak pasti akan kesahihan istana tu, tapi saya pernah dengar akan cerita istana Raja bersiong tu dulu smasa kecil dari Allahyarham datuk dan nenek saya.

    Tetapi malangnya, istana tu masih seperti tu dari dulu sampai sekarang, tanpa ada usaha-usaha untuk mengelokkannya sebagai bahan sejarah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tadi ada satu jawaban nampaknya diberi oleh orang Kedah tentang istana tersebut. Ia kelihatan lebih munasabah...

    http://artmelayu.blogspot.com/2011/02/istana-palace-of-raja-bersiong.html

    BalasPadam
  3. Pengarang berpetualang ke aceh ka? Minat sy buku tu. Slmt dtg ke kg saya, bukit pinang, brdkatan msjd bkt pinang

    BalasPadam