Sabtu, Januari 22, 2011

Mencari jejak Merong - Pokok besar, Alor Setar dan surau tepi kubur

Hmm. Tanpa membuang masa kita sambung cerita dari Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai.



Puas melihat Gunung Jerai perjalanan turun pun dimulakan.



Sampai satu bahagian terlihat sebuah pokok besar yang ada sesuatu agak pelik. Saya pun turun kereta untuk melihat lebih dekat.



Ada batu nesan di pangkal pokok.



Tetapi apabila dilihat lebih dekat ia cuma batu nesan yang boleh diletakkan siapa sahaja di pangkal pokok. Entah siapa le punya kerja... (terlupa nak ambil gambar yang menunjukkan batu nesan boleh diangkat begitu saja).



Perjalanan diteruskan ke utara.



Nampak tak langit semakin gelap?



Nah. Matahari hampir terbenam.



Terpaksalah berhenti mencari makan.



Bukan apa. Mana boleh lewat-lewatkan waktu berbuka puasa? Berbukalah walau dengan sedikit juadah dan air...



Oh. Untuk sesiapa yang tak tahu cerita ketika itu dah pertengahan bulan Ramadhan. Perjalanan pun disambung waktu Maghrib.



Sampai di Alor Setar kami terus menuju ke Masjid Zahir.



Pemandangan Menara Alor Setar dari perkarangan masjid.



Kami mandi membersihkan badan di bilik air masjid sebelum melihat ke dalam. Lagipun kami belum bersolat Maghrib.

Saya tak pasti jika pernah masuk ke Masjid Zahir waktu malam. Yang saya pasti setelah banyak kali ke sana, baru kali ini terlihat ada lagi ruang solat di hadapan. Lihat artikel Night visit to Masjid (mosque of) Zahir di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan ke barat-laut Alor Setar.



Destinasinya sebuah surau kecil 11 km perjalanan.


OK. Pada hujung artikel Mencari jejak Merong - Perjalanan ke utara pun dibuka... saya ada menyebut telah mendapat petunjuk akan bagaimana perjalanan ke utara ini harus dibuat agar dapat melawat seberapa banyak tempat dan menunaikan apa-apa hajat sedangkan pada hujung artikel Mencari jejak Merong - Keistimewaan Gunung Jerai pula disebut petunjuk itu akan disebut pada artikel seterusnya. Maka biar ditunaikan janji.



Pertengahan 2008 isteri saya mendapat mimpi ada orang memberitahu agar dia bersuluk 3 malam di sebuah pondok berhampiran tanah perkuburan. Di situ ada sebuah makam yang dikaitkan dengan Saidina Ali dan Saidina Hassan. Isteri saya kemudian menceritakan isi mimpi. Saya mendapati ia menepati ciri-ciri satu lokasi berdekatan Alor Setar walaupun pondok dalam mimpi mungkin telah digantikan dengan surau tepian kubur.

Sejak itu saya berazam akan membawa isteri ke sana tetapi masih belum mendapat masa yang sesuai untuk menurut saranan dalam mimpi. Apabila timbul peluang cuti beberapa hari untuk berjalan ke utara dapatlah saya membawanya ke sana. Tetapi bagaimana rancangan untuk berjalan jauh hingga ke Hatyai sebelum kembali melalui Perlis lalu singgah ke makam Sultan Muzaffar Shah I Kedah berdekatan kaki Gunung Jerai dapat diselaraskan dengan suluk 3 malam yang harus dibuat di satu lokasi sahaja? Sedangkan ada begitu banyak tempat yang ingin disinggahi dalam perjalanan.

Ikut rancangan asal yang menurut pusingan besar lawan arah jam kami boleh tidur di mana saja suka. Mungkin satu malam di Alor Setar, satu di Hatyai, diikuti satu di Perlis sebelum bermalam di Pulau Pinang ataupun Perak. Esoknya sambung sahaja perjalanan sehingga kembali ke rumah. Suluk 3 malam pula akan mengikat kami ke satu tempat. Terfikir juga mungkin satu perjalanan khas yang lain harus dibuat untuk itu. Tapi berapa lama nak tunggu sehingga ada peluang dan kesempatan? Cuti lebih 3 hari bukan selalu dapat. Bila dapat bukan selalu larat, perlu ada banyak kudrat untuk berjalan jauh selain cukup duit belanja...







Masuk bersolat sunat Tarawikh di surau. Adapun di puncak Gunung Jerai baru saya mendapat petunjuk, perjalanan jauh ke utara melawat banyak tempat boleh diselaraskan dengan suluk 3 malam dengan cara bermalam di surau berkaitan. Tak perlulah beramal atau berada di situ 24 jam, cukup dengan cara beriktikaf asalkan sebahagian malam dihabiskan di surau berdekatan makam. Siangnya jalanlah puas-puas. Pergilah ke mana sahaja suka asal cukup 3 malam di surau.

Dengan petunjuk inilah perjalanan seterusnya. Tentang makam siapakah itu, biar diceritakan kemudian. Butiran perjalanan juga akan diberikan sambil cerita dikembangkan. Untuk makluman, ini adalah artikel ke 797 di sini. Hampir-hampir menyerupai nombor plet kereta kami iaitu 7997. Kira samalah tu. Habis takkan nak tunggu sampai dah tulis 7997 artikel baru boleh dikaitkan. Nak mampus ke hapa... heh! :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan