Sabtu, Februari 13, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Bermain-main di Tanjung Sepat

Memandangkan petang ini kami mahu kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat, sesuailah bahagian kedua siri "Jalan-jalan anak-beranak" ini dilepaskan sekarang...

Tengahari 5 Disember 2009. Kami anak-beranak menghadiri satu majlis perkahwinan di Tanjung Sepat. Malam sebelumnya kami telah membuat sambutan ulangtahun ke 81 bapa mertua saya di rumahnya, orang yang kami panggil Bapak. Alhamdulillah, acara yang dirancang cucu sulung Bapak itu dihadiri hampir semua ahli keluarga... anak-anak 13 orang, cucu lebih 50 orang, cicit 10 orang.. campur isteri dan suami masing-masing memang lebih isi 2 buah bas...


Petangnya pula timbul rasa untuk berjalan-jalan di jeti nelayan Tanjung Sepat...


Tempatnya menarik, ada pemandangan tersendiri...


Anak-anak dan beberapa orang sepupu sebelah sini pun seronok...



Al-Rasyid yang umurnya ketika itu baru sebulan 3 minggu gitu mungkin belum faham...




Tak mengapa. Janji budak-budak gumbira gitu...





Rasyid mula melalak. Nak susu agaknya...






Apapun perjalanan diteruskan hingga ke hujung jeti...






Budak-budak memujuk Al-Rasyid.






Kemudian mereka melihat pula gelagat orang memancing di hujung jeti. Untuk melihat banyak lagi gambar sekitar jeti, lihat artikel lama View from/of the jetty at Tanjung Sepat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

Rabu, Februari 10, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Kuala Selangor sebagai tempat pembukaan...

Dalam artikel Akan datang: Petualangan Al-Rasyid ke Aceh! saya ada menyebut akan membuat satu siri kecil baru sebelum bercerita tentang perjalanan terbaru saya ke Aceh dengan isteri yang turut disertai anak kecil kami Al-Rasyid. Setelah beberapa hari termangu-mangu malas hendak menulis biarlah dimulakan siri baru itu. Ini dia...


Pada suatu hari awal bulan Disember tahun lepas, sekali lagi saya tergerak untuk membawa isteri dan Al-Rasyid berjalan-jalan ke Bukit Melawati di Kuala Selangor...


Kali ini kami turut membawa 2 orang anak kami yang lebih tua, Erin dan Haziq serta 2 orang sepupu mereka...

Adapun 2 orang anak kami ini bersekolah di Kelantan dan duduk bersama sepupu-sepupu ini di rumah seorang bapa saudara. Alhamdulillah, untuk cuti sekolah hujung tahun mereka dapat kembali ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri. Dapatlah kami membawa mereka berjalan-jalan...


Maka dapatlah dimulakan satu siri perjalanan yang boleh dikira menggabungkan unsur-unsur "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan" yang dibuat bersama Erin dan Haziq ketika Al-Rasyid sudah 8 bulan 'menetap' di dalam perut dengan "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan..." yang dibuat sebaik sahaja isteri tamat tempoh pantang melahirkan anak. Sebab itu siri baru ini cuma dapat dimulakan setelah links untuk artikel-artikel yang membentuk dua siri terdahulu itu telah berjaya dikumpulkan. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan" dan Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"...



Apapun, yang penting anak-anak kami dapat bersama berjalan-jalan dan nampaknya sepupu-sepupu mereka juga seronok dengan keadaan.




Kami singgah sebentar di tepi jambatan yang menyeberangi Sungai Selangor... ada sebuah warung kecil untuk kami makan ringan.





Malam harinya kami berjalan-jalan ke Kampung Kuantan untuk melihat populasi kelip-kelipnya yang dikatakan antara yang terbesar di dunia!




Kami kembali ke rumah lewat malam. Kelihatan Al-Rasyid begitu kepenatan. Cukuplah ini sebagai pelincir merangkap pembuka penceritaan...