Sabtu, Februari 13, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Bermain-main di Tanjung Sepat

Memandangkan petang ini kami mahu kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat, sesuailah bahagian kedua siri "Jalan-jalan anak-beranak" ini dilepaskan sekarang...

Tengahari 5 Disember 2009. Kami anak-beranak menghadiri satu majlis perkahwinan di Tanjung Sepat. Malam sebelumnya kami telah membuat sambutan ulangtahun ke 81 bapa mertua saya di rumahnya, orang yang kami panggil Bapak. Alhamdulillah, acara yang dirancang cucu sulung Bapak itu dihadiri hampir semua ahli keluarga... anak-anak 13 orang, cucu lebih 50 orang, cicit 10 orang.. campur isteri dan suami masing-masing memang lebih isi 2 buah bas...


Petangnya pula timbul rasa untuk berjalan-jalan di jeti nelayan Tanjung Sepat...


Tempatnya menarik, ada pemandangan tersendiri...


Anak-anak dan beberapa orang sepupu sebelah sini pun seronok...



Al-Rasyid yang umurnya ketika itu baru sebulan 3 minggu gitu mungkin belum faham...




Tak mengapa. Janji budak-budak gumbira gitu...





Rasyid mula melalak. Nak susu agaknya...






Apapun perjalanan diteruskan hingga ke hujung jeti...






Budak-budak memujuk Al-Rasyid.






Kemudian mereka melihat pula gelagat orang memancing di hujung jeti. Untuk melihat banyak lagi gambar sekitar jeti, lihat artikel lama View from/of the jetty at Tanjung Sepat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .

4 ulasan:

  1. ada masa meh layan kat blog aku......mat cput

    http://mywelding-p1e.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Hehe. Mat Ciput pun dah buat blog gak. Siap ada welding lagi... :]

    BalasPadam
  3. Hehe. Mat Ciput pun dah buat blog gak. Siap ada welding lagi... :]

    BalasPadam