Kami telah mendapat maklumat bahawa air mula surut jam 8 pagi sebelum beting panjang pasir di tengah kuala Sungai Perak yang membentuk apa yang dipanggil Beting Beras Basah dapat timbul lalu boleh dilihat. Kalau pergi seminggu sebelum itu tentu tidak dapat kerana ketika itu air mati. Walaupun kawasan beting cuma diliputi air cetek separas betis gitu, rugilah jika menjejakkan kaki tanpa dapat melihat betingnya. Hmm... teringat begitulah keadaannya ketika Sultan Azlan Shah ditabalkan agaknya. Klik sini untuk melihat gambar.
Sejurus sebelum sampai ke Bagan Datoh kami singgah makan di satu kampung.
Perjalanan kami ditemani seekor belalang.
Perjalanan harus diteruskan dengan berjalan kaki menaiki pelantar batu. Turun dari kereta ternampak burung helang terbang di atas dalam bentuk bulatan sama seperti ketika hendak meninggalkan rumah 2 minggu lalu. Rujuk balik artikel Menyelesaikan bab Perak : Cerita sebenar Puteri Buih dan Tiang Bertarah di Sungkai berserta Kota Laksamana
Sebelum sampai ke penghujung pelantar, saya turun sebentar melihat pondok yang kalau tak salah ingatan dipanggil Panca Persada ini. Lihat artikel Panca Persada Beting Beras Basah? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Tanpa dirancang cerita kecil tentang Panca Persada itu menjadi artikel ke 444 di blogspot tersebut. Ini membuatkan saya mahu merujuk juga kepada artikel ke 444 di blogspot ini (lihat Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita) dan 444 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH (lihat The 444th step... forward on and march!). Mungkin ada kaitan antara kesemuanya?
OK. Biar diberitahu menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah bukanlah perkara mudah jika bukan dengan bot. Lihat betapa susahnya kami anak beranak harus bertungkus-lumus meredah lumpur sehingga saya hampir tenggelam hingga ke aras pinggang. Takut juga mati lemas terpacak dalam selut. Lihat artikel Walking to Beting Beras Basah dan Stepping foot on it... Beting Beras Basah that is yang baru dibuat tadi.
Namun semuanya amat berbaloi. Lihat video klip di atas. Di ketika kami risau tidak mampu lagi mengambil risiko menyeberangi selut dalam Allah memudahkan perjalanan kembali ke darat. Lihat artikel 'Escape' from Beting Beras Basah juga video klip bawah.
Alhamdulillah... kiranya perjalanan Jumaat itu adalah kemuncak kepada perjalanan menziarahi setiap makam Sultan Perak di sepanjang Sungai Perak bulan April, perjalanan yang baru betul-betul dapat dikira tamat apabila menjejakkan kaki ke makam Sultan Iskandar Zulkarnain 2 minggu lalu. Selain itu ia juga adalah penzahiran niat yang sudah bersarang lama. Lihat artikel lama berikut...
Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!
Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak!
Ke Beting Beras Basah bersama isteri... nyaris tenggelam dalam selut daaa!
Seminar Beting Beras Basah, keluarga Al-Shahab dan faktor 191
Cuma timbul satu sahaja masalah ketika kembali ke darat. Dalam kesibukan mengangkat anak turun dari bot mengharungi sedikit laut, dengan tidak disedari kamera terkena air. Dah tak boleh hidup, la ni hantar repair kat kilang mungkin kena tunggu sebulan baru siap... maklumlah, harapkan warranty je. Akibatnya sejak itu saya tidak dapat mengambil gambar. Ruginya rasa bila hujung minggu itu kami sekeluarga keluar bersama ibu dan bapa pergi ke Tanjung Sepat, Morib, Cyberjaya dan Putrajaya tetapi tidak dapat merakamkan apa-apa. Nasib baik gambar-gambar yang diambil sebelum itu dapat diselamatkan. Tu yang dapat tengok balik gambar di Beting Beras Basah. Alahai... :]
SERABUT gaya penulisan blog ni.. branching merata2 xboleh nk fokus apa kau nak cerita sbnrnya bro? susunan bahan pn bersepah2 takde flow mcm blogger2 lain. Blogger budak sekolah rasany alagi teratur dn menarik untuk dikongsi ilmu.
BalasPadamPastu gambar2 pulak xletak notation...lain cerita lain gambarnya. bahasa penulisan pun macam indon baru mendarat ke Malaysia..
hadoi lah! igt nk le cari psl sejarah2 Melayu ni.. pening kepala baca!
Orang IQ rendah memang rasa serabut baca. Pi ulangkaji bvku sejarah darjah 3...
BalasPadam