Isnin, November 22, 2010

Lawatan tak dijangka ke Brunei - Kawasan kaya minyak di Seria

Sedar tak sedar dah nak masuk artikel ke 10 untuk siri cerita Brunei ni dah...



Jumaat 6 Ogos 2010, anak-anak Hajah Sopiah mengambil kami untuk berjalan jauh.


Buat pertama-kali sejak menjejakkan kaki ke Brunei kami pergi ke tempat hampir 100 km di luar Bandar Seri Begawan. Untuk pengetahuan jarak terpanjang garis terus (iaitu tanpa melalui liku-liku mengikut bentuk mukabumi) dari hujung barat ke timur Brunei adalah sekitar 135 km, jarak utara ke selatan pula sekitar 113 km. Kiranya perjalanan ini boleh dikira merentas hampir seluruh kawasan pesisir pantai Brunei.


Destinasi kami adalah rumah ibu bapa Hajah Sopiah di satu tempat bernama Lumut sekitar 10 km sebelum bandar Seria.


Kami sampai cukup awal untuk berehat sebentar sebelum bersolat Jumaat di masjid berdekatan.


Menariknya masjid ini dibina oleh seorang hartawan tempatan untuk mengenangkan anak perempuannya yang meninggal dunia ketika sedang belajar di United Kingdom. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Zainab, Seria di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas solat terlihat sebuah kereta ada plet nombor 131, nombor kegemaran saya dan isteri. Kereta jenis Suzuki ini nampaknya agak popular di Brunei.


Petang selepas Asar diadakan kenduri di rumah ibu bapa Hajah Sopiah.


Itulah tujuan utama kami pergi ke sini sehingga kami anak-beranak datang berbaju tradisional Melayu. Lihat artikel Family kenduri at Seria di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Biar diberitahu biarpun tempat ini sendiri dipanggil Lumut, ia adalah sebahagian dari kawasan kaya minyak pantai barat Brunei yang dipanggil Seria. Kami pun mengambil peluang melawat pantai terdekat di mana boleh kelihatan pelantar-pelantar minyak di Laut China Selatan. Lihat The waters off Brunei's Lumut.



Sementara masih ada baki cahaya matahari kami juga menghala ke bandar Seria.



Untuk pengetahuan di sinilah pusat utama industri minyak bagi seluruh Brunei. Ada terdapat binaan untuk mengenangkan sudah lebih 1 billion tong minyak berjaya diperolehi dari sekitar. Lihat One Billionth Barrel Monument.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan