Kita cepatkan siri penceritaan Brunei ini demi memenuhi target untuk menyelesaikan segalanya sebelum Jumaat akan datang. Bersambung terus daripada artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Pusing satu pulau... kaitan Labuan dengan Dinasti Al-Kamil?.
Kami pun mengambil tempat di dalam feri.
Feri meninggalkan Labuan menghala kembali ke Brunei. Lihat artikel Returning to Brunei from Labuan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Setelah satu setengah jam di laut sampailah ke kompleks jeti di Muara. Kelihatan seorang pegawai Brunei memberi amaran agar jangan mengambil gambar.
Alhamdulillah, secara rasminya kami telah masuk ke Brunei buat kali kedua, yang menariknya dalam tempoh 5 hari iaitu setelah sampai dari KLIA hari Ahad. Anak-anak Hajah Sopiah iaitu Jep dan Mariam sudah sedia menunggu. Mereka pun membawa kembali ke tempat penginapan.
Selain melalui Bandar Seri Begawan tempat penginapan kami juga boleh dicapai melalui jalan lain dari Muara. Ini membuat saya meminta mereka agar mengambil jalan ke Jerudong. Ada sesuatu yang sudah lama mahu dilihat di sana...
Kebetulan kami belum bersolat Zohor mahupun Asar. Eloklah dijamakkan bila timbul kesempatan. Saya pun meminta mereka membawa ke masjid terdekat. Menariknya sebaik sahaja ternampak masjid ini timbul rasa deja vu yang terang amat.
Sebenarnya sepanjang perjalanan di Brunei ini saya ada beberapa kali mengalami deja vu tetapi kurang terang. Pemandangan sekitar Luba misalnya (lihat Lawatan tak dijangka ke Brunei - Mengkaji salasilah di Muzium Brunei dan keindahan makam di Luba) dan bukit-bukit tepian Sungai Brunei yang boleh kelihatan dari Masjid Omar Ali Saifuddin hingga ke Muzium Teknologi Melayu (lihat Lawatan tak dijangka ke Brunei - Masjid Omar Ali Saifuddin, makam Sultan Syarif Ali dan Syarif Adam... dan Lawatan tak dijangka ke Brunei - Kota Batu, Sultan Bolkiah dan Pulau Chermin) pernah dilihat dalam bayangan atau mimpi secara samar-samar. Namun apabila terlihat masjid di Jerudong yang dipanggil Masjid Maryam, ternyata itulah deja vu paling terang pernah saya alami di Brunei sekurang-kurangnya untuk setakat itu. Apakah istimewanya masjid yang dinamakan sempena seorang bekas isteri Sultan?
Agak menarik juga apabila terlihat kain tutup pintu Kaabah tergantung di mihrab masjid. Apakah ia kain yang asli? Tidak kelihatan orang lain ketika itu untuk saya bertanya. Tetapi saya percaya ia memang kain asli. Bukan susah untuk sebuah negara Islam kaya seperti Brunei untuk mendapatkan kain asli dari Ka'abah yang setahu saya sentiasa ditukar baru setiap tahun. Apalagi Sultan Brunei adalah berketurunan Sharif atau Raja Mekah... baginda sendiri sentiasa membuat sumbangan peribadi untuk menyelenggara Masjidil Haram. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Maryam, Jerudong di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Tu dia. Tanpa disangka saya boleh terjumpa sebuah masjid yang menimbulkan rasa deja vu yang kuat. Walhal tujuan saya ke sekitar ini adalah untuk melihat Jerudong Park, sebuah taman tema permainan yang pernah diibaratkan sebagai Disneyland Asia Tenggara.
Namun Jerudong Park nampaknya tidak lagi hebat seperti dahulu malah kelihatan tidak lebih dari sebuah taman permainan di kawasan perumahan elit mahupun funfair. Lihat artikel Jerudong Park (or rather, what's left of it).... Apapun sekurang-kurangnya kami anak-beranak sudah menjejakkan kaki dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaannya. Esok Insyaallah kami akan membawa pembaca melihat keadaan barat Brunei yang kaya dengan galian petroleum mentah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan