Selasa, Julai 13, 2010

Jalan-jalan Perak sebelah barat : Mukadimah...

Assalamualaikum semua. Hari ini 13 haribulan Julai 2010 bersamaan 1 Syaaban 1431 Hijriah adalah tarikh yang amat sesuai untuk memulakan cerita baru. Apalagi saya sudah berjanji, setelah tamat bercerita perjalanan keretapi, saya akan mula bercerita tentang perjalanan ke Perak yang dibuat 28 hingga 30 Mei lalu. Cuma saya terasa harus melepaskan sedikit cerita tentang perjalanan di sekitar Selangor terlebih dahulu. Proses ini berjaya diselesaikan baru tadi dan sekarang bolehlah kita menumpukan perhatian kepada perjalanan Perak itu.

Kebetulan untuk himpunan gambar tahun 2010, gambar perjalanan Perak itu terletak dalam folder bernombor 13. Nampak kena sangatlah ini dengan tarikh yang tertera. Namun walaupun saya masih ada hingga tengah malam sebelum tarikh Masihi bertukar dari 13 haribulan ke 14, tarikh Hijriah pula akan berubah tidak lama lagi iaitu apabila masuk waktu Maghrib. Mustahil saya dapat menyiapkan satu cerita yang lengkap sebelum itu. Oleh itu biar dibuat sahaja satu cerita mukadimah sebagai pembuka selera.

OK. Sedikit tentang perjalanan ke Perak itu telah disebut dalam artikel Medan elektrostatik Atlantis? yang dibuat sejurus selepas perjalanan tamat. Biar dicopy and paste...

OK. Rancangan asalnya adalah untuk membawa keluarga bercuti ke Lumut dan Pulau Pangkor. Alang-alang dah ke situ, elok juga singgah ke Beruas dan kalau dah ke sana, elok juga pusing mengikut laluan Pantai Remis dan melihat sekelilingnya sebelum kembali ke Lumut. Oleh kerana kami pergi ke Lumut melalui Kuala Selangor iaitu laluan Pantai Barat, kami juga singgah di Sabak Bernam. Di sebelah sini ada beberapa kawasan yang saya belum pernah sampai seperti Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Lang yang terletak di muara Sungai Bernam. Pendek kata kami singgah bermacam-macam tempat.

Antara tempat-tempat ini ada beberapa yang agak misteri. Misalnya makam yang dikatakan milik Puteri Bunian di dalam hutan di satu lereng bukit. Namun rasanya ada tempat yang lebih menarik untuk mereka yang minat yang akan perkara-perkara pelik. Misalnya ada pantai menghadap ke laut di mana di laut berhadapan itu kata sesetengah orang terdapat sebuah kota yang mirip dengan pusat kerajaan purba dongengan Atlantis malah mungkin pusat Atlantis itu sendiri! Dan katanya ia masih boleh dilihat dengan mata batin.


Hmm. Nampaknya dua perenggan ini sudah cukup untuk menyimpulkan laluan yang diambil. Apa yang perlu dipanjangkan adalah pengalaman sebenar apa yang berlaku dan butiran lanjut termasuk tentang tempat yang disinggahi tetapiu tidakdisebut dalam 2 perenggan atas, misalnya air terjun di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas yang terletak di satu lereng Gunung Bubu. Seperti biasa saya cuma dapat menulis apabila timbul mood atau gerak rasa yang elok atau sesuai. Maka rasanya cukuplah ini sebagai mukadimah atau pembukaan yang sempat dibuat pada 13 Julai, ketika tarikh Islam atau Hijirahnya masih 1 Syaaban ya. Sekian buat masa ini... :]

2 ulasan:

  1. In my opinion you are mistaken. I can defend the position. Write to me in PM, we will discuss.

    BalasPadam
  2. Please do. E-mail your information at merahsilu@hotmail.com

    BalasPadam