Tengahari Jumaat 28 Mei 2010, kami sekeluarga pun bersedia untuk berjalan jauh lagi.












Oh. Lupa nak beritahu. Mungkin ada yang tertanya-tanya... adapun tajuk siri baru ini ialah "Jalan-jalan Perak sebelah barat", jadi kenapa pula saya boleh bercerita tentang tempat-tempat di Selangor? OK. Jawabannya senang. Satu, tempat-tempat ini cuma dilawati dalam perjalanan masuk ke Perak melalui pantai barat. Lagipun Sungai Bernam adalah sempadan semulajadi antara negeri Selangor dan Perak... dari Sungai Air Tawar boleh kelihatan Perak di seberang, begitu juga dari Sabak Bernam.
Namun jawaban yang saya rasa lebih sesuai dan boleh membuat kita berfikir jauh ialah semua tempat-tempat ini pernah terletak di dalam negeri Perak. Daerah Bernam itu sendiri memang diketahui dalam sejarah rasmi adalah bekas jajahan takluk Perak. Sultan ke 13 Perak, Sultan Muzaffar Shah III pernah menjadi Raja Bernam sebelum menaiki takhta Perak tahun 1728. KeSultanan Selangor pula muncul paling awal pun tahun 1743. Ini disebabkan sejarah menyebut Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak cuma ditabalkan sebagai Sultan pertama Selangor pada tahun 1766 walaupun baginda dikatakan telah mengangkat dirinya sebagai pemerintah Selangor sejak 1743.
Pertabalan tahun 1766 itu penting kerana ia baru dikira rasmi dan diiktiraf. Sejarah turut menyebut Sultan Salehuddin ditabalkan dengan nobat Sultan Perak. Ini menunjukkan pengaruh tinggi keSultanan Perak apalagi ia merupakan satu-satunya warisan keSultanan Melaka daripada titisan darah Raja Melaka yang masih wujud ketika itu. Semasa itu kerajaan Johor-Riau-Lingga yang mewarisi kebanyakan jajahan takluk Melaka masih berdiri megah. Namun raja-rajanya sejak tahun 1699 adalah keturunan Bendahara, bukan Raja Melaka.
OK. Kalau tak salah ingatan, daerah Bernam terkeluar dari Perak semasa Sultan kedua Selangor Sultan Ibrahim memerintah 1778-1826. Kalau tak salah, seorang cucu baginda, Raja Yunus juga dikenali sebagai Raja Unos telah menjadikan Bernam sebagai negeri pemerintahannya yang bebas berdiri sendiri. Cuma pada zaman anaknya Raja Hitam memerintah, baru Bernam secara rasmi masuk dalam Selangor. Ini berlaku atas desakan Inggeris lalu wujudlah sempadan yang kita lihat sekarang di mana Sungai Bernam menjadi sempadan antara Perak dan Selangor walhal Kampung Kota yang pernah menjadi pusat pemerintahan terus berada di dalam negeri Perak.
Tapi itu cerita sebelah Bernam. Seperti disebut di atas, keSultanan Selangor cuma muncul secara rasmi tahun 1766. Ia pun berpusat di Bukit Melawati juga dikenali sebagai Bukit Selangor. Bukit ini terletak di mudik kanan Sungai Selangor, atau kalau dilihat dalam peta kira-kira bersamaan bahagian selatan sungai. Melihat pada keluasan Sungai Selangor di sekitar itu, saya percaya sungai ini juga pernah menjadi sempadan negeri. Tidak mustahil kawasan seberang sungai hingga ke Bernam dahulu memang terletak di dalam Perak, bersesuaian dengan tajuk kecil artikel ini : "Antara Sungai Selangor dan Sungai Bernam". Rujuk balik artikel Mimpi pelik Kuala Selangor... yang dibuat seminggu lalu... lihat sekali komen yang ada. Rasanya ia memang satu petunjuk untuk menerangkan keberadaan kerajaan Selangor dan Perak suatu masa dahulu...
A'kum Radzi
BalasPadamSempena mengujungi ke Perak elok lah perabihkan dulu acara Ziarah Makam yang mana belum habis di ziarahi itu dan last sekali Ke Benting Beras Basah . Ziarah lah semacam mana sultan2 dulu hendak bertabal ...... baru ada ummmmp dan banyak pertunjuk akan dpt .
Waalaikumussalam.Cadangan yang baik tu. Tengok le kalau ada gerak lagi dan dipermudahkan Allah. Letih tu nak ziarah setiap 33 makam Sultan Perak nak2 yang kat tempat ceruk2.
BalasPadamPertabalan Sultan lain le... naik balai gambang dari hulu sampai ke hilir Sungai Perak memang boleh jejak setiap makam dengan senang. Cukuplah dengan ziarah yang sudah dibuat 3 bulan lalu. Lihat http://merahsilu.blogspot.com/2010/05/siri-ziarah-al-rasyid-ke-makam-makam.html. Saya telah berniat cuma akan melawat lagi makam setiap Sultan dan terus jejak ke Beting Beras Basah jika tiba2 datang kemudahan seperti menaiki balai gambang tanpa saya sendiri mengatur dan merancang. :]
Salam saudara radzie. Kalau nak ziarah makam tu kalau saya nak join boleh tak?...saya nie memang ada kena mengena...tapi tak tahu nak soreh mcm mana... ada lah dapat petunjuk ..saya pergi makam megat terawis dan kemudiannya pergi ke makam sultan mansur shah(tak pasti) yg ghaib di dlm masjid kota lama .. katanya nak mengdap kena lah jumpa bendahara dulu baru boleh jumpa sultan...saya pergi dgn bonda saya.....saya pergi bula 12 tahun lepas...allahuallam lah..bcos saya nie ilmunya kurang....
BalasPadamAda cita2 nak ganti Azlan ka ? ...... Kami sokong n bantu apa yg terdaya .Dan satu lagi Makan Raja Kahar kena bagi sampai . Utk panduan Tuan , cuba pergi kesitu melalui jln darat pula ... dgn keazaman yg kuat saja bolih sampai . Kalu sampai kesitu rata kembali Makam tersebut yg diselebungi busut sampai menutup kepala batu nisan .
BalasPadamWassalam. Untuk Anon July 19, seeloknya saudara teruskan ziarah dengan keluarga sendiri. Saya susah nak janji. Untuk Anon July 20, apakah Raja Kahar yang dimaksudkan adalah Sultan Iskandar Zulkarnain?
BalasPadamOrg kampong kat situ cukup 'mesra' dgn nama Raja Kahar yg 'mangkat bersama2 7 dayang2nya' dr Iskandar Dzulkarnain .
BalasPadamPokok besar kt kubur pasir penambang tu dah kena tebang. X de dah pokok tu.. Tengok gambar ni terimbau pasir penambang yg lama tu
BalasPadam