Isnin, Jun 21, 2010

Projek buku keretapi : Perjalanan Kuala Lumpur ke Ipoh...

Assalamualaikum semua. Kali terakhir saya bercerita mengenai perjalanan menaiki keretapi adalah pada artikel Projek buku keretapi : Tumpat ke Kuala Lipis sebelum kembali menaiki bas 27 Mei. Sekarang sampailah masa untuk menyambung kembali penceritaan dengan perjalanan yang dibuat ke utara... mari. :]


Sabtu 22 Mei saya melangkah lagi ke stesyen KL Sentral.


Tetapi tidak seperti perjalanan ke Pantai Timur yang dimulakan 5 pagi, kali ini saya melangkah selepas Zuhur dan cukup masa untuk makan di KFC bersama anak dan isteri.

Al-Rasyid turut makan sama tapi cuma kentang putar. Kami sedang menunggu jurugambar Faliq dari Karnadya datang sementara keretapi Ekspress Rakyat akan berlepas jam 3:17...


Tidak lama kemudian jurugambar pun sampai. Sampailah masa untuk meninggalkan anak isteri.



Keretapi sampai tempat pada waktunya dan kami pun bergegas ke dalam.




Keretapi singgah sebentar di stesyen lama Kuala Lumpur...





Walaupun kedudukannya sebagai stesyen utama telah digantikan KL Sentral, stesyen ini tetap penting dan ada daya tarikan.




Keretapi pun meninggalkan bandaraya...







Pemandangan dan latar-belakang menjadi penunjuk arah di manakah kami berada...






Keretapi terus meluncur sebelum berhenti di stesyen Tanjung Malim.






Perjalanan diteruskan sambil pemandangan Banjaran Titiwangsa terus menemani di sebelah timur.






Pemandangan luar terus menjadi teman bagi mereka yang tidak mahu terlelap.













Senaskah peta Malaysia turut menjadi penolong untuk mengisi masa dan mengenal-pasti apa yang bakal ditempoh.





Misalnya kita boleh tahu yang kita menghampiri Ipoh apabila melihat latar-belakang dengan banyak bekas lombong juga bukit batu kapur.




Oh... stesyen sepanjang perjalanan pula hampir sama sahaja serupa hingga membosankan. Lihat artikel The new but boring train stations between Kuala Lumpur and Ipoh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Nasib baik stesyen Ipoh masih dikekalkan bangunan lama. Oh, di sini kami berhenti dan turun atas sebab tertentu. Lihat Ipoh railway station.



Di hadapan stesyen terdapat pokok ini...






Inilah pokok Ipoh yang menjadi asal-usul nama bandaraya.







Seterusnya kami berjalan-jalan di sekitar Ipoh.







Kelihatan Sungai Kinta sungai utama di sebelah sini.





Oh, sebenarnya kami turun di Ipoh kerana mahu menaiki keretapi lain kemudian. Keretapi yang mahu dinaiki adalah Ekspress Langkawi hingga ke Hatyai, Thailand dan ia akan sampai ke Ipoh sekitar 1 pagi. Mungkin ada yang bertanya kepada tak naik sahaja Ekspress Langkawi dari Kuala Lumpur... kan itu lebih senang? Memang itu lebih senang tetapi tak dapatlah kami mengambil gambar siang hingga ke Ipoh kerana ia berlepas dari KL selepas 9:30 malam.

Sementara menunggu keretapi kami mengambil peluang berehat di Masjid Panglima Kinta. Ia adalah masjid tertua di Ipoh. Lihat artikel Mosque of Panglima Kinta revisited.




Di sebelah masjid terdapat makam keluarga dan waris Panglima Kinta. Kelihatan di sini makam Datuk Seri Azizul Hassan, ayahanda kepada pelakon Noor Azizah yang pernah memegang watak Masmirah dalam filem Enam Jahanam di samping seniman P. Ramlee. Bekas pembaca berita TV3 Aziah Jasmin Azizul juga adalah anakandanya. Kepada Aziah, kalau terbaca ini harap sentiasa sihat dan sejahtera...




Selepas mandi kami bersolat Maghrib di masjid lalu turut menjamakkan solat Isyaq...





Kemudian baru kami makan malam...





Sempat juga singgah di Ipoh Parade dengan niat mahu mengisi masa dengan menonton wayang... tapi tak jadi kerana jadual wayang tak kena dengan jadual keretapi, takut terlepas nanti...





Niat menonton wayang digantikan dengan jalan-jalan di satu tempat seperti pasar malam yang dipanggil Gerbang Malam.





Dapatlah juga menonton 'wayang'... satu persembahan kebudayaan. Cerita akan bersambung nanti...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan