OK. Kita sambung penceritaan dari artikel Projek buku keretapi : Perjalanan Kuala Lumpur ke Ipoh.... Mari! :]
Masuk tengah malam kami kembali ke stesyen keretapi Ipoh...
Sementara menunggu keretapi Ekspress Langkawi yang akan membawa kami ke Hatyai sampai, kami berlegar-legar di ruang menunggu. Sempatlah berbual-bual dengan 3 orang gadis Barat. Rupa-rupanya mereka baru pertama kali sampai ke Malaysia dan setelah beberapa hari, mereka kini mahu kembali ke Bangkok melalui Hatyai. Peliknya 3 gadis ini berasal dari 3 tempat yang berjauhan... seorang dari California, seorang Ireland, seorang Austria. Entah kenapa mereka boleh menuntut di universiti yang sama di Hong Kong...
Sambil itu ada sejumlah orang lain menunggu keretapi yang sama.Tidak lama kemudian keretapi yang ditunggu pun sampai...
Saya mengambil kesempatan untuk mendapatkan sedikit rehat. Maklumlah, kan dah lewat malam? Namun apabila keretapi berhenti, saya akan terbangun lalu mengambil gambar. Lihat artikel Ipoh railway station and others in the dark di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Sampai ke Sungai Petani langit mula kelihatan cerah...
Tapi kami harus menunggu lagi sehingga menghampiri Gurun sebelum langit cukup terang untuk dikatakan siang lalu kelihatanlah Gunung Jerai yang penuh lagenda itu. Lihat banyak lagi gambar di Views of Gunung (Mount) Jerai from train.... Turut disertakan adalah klip video memaparkan pemandangan gunung dikelilingi sawah padi menghijau...
Sawah menghijau terus memenuhi pemandangan apabila menghampiri Alor Setar.
Ibunegeri Kedah ini memiliki stesyen keretapi yang agak menarik. Lihat Alor Setar and on.
Sesuai dengan gelaran Kedah sebagai negeri "jelapang padi" sawah terus memenuhi pemandangan...
Sawah juga terus mengisi pemandangan apabila memasuki negeri Perlis yang pernah menjadi sebahagian daripada Kedah. Namun selepas melepasi Arau, bukit-bukit batu kapur mula mencuri tumpuan.

Bukit-bukit batu kapur terus berdiri megah sehingga menghampiri Padang Besar. Lihat The limestone hills of Perlis.
Di Padang Besar kami harus turun keretapi untuk pemeriksaan immigresyen...
Sambil itu saya mengambil peluang melihat keadaan stesyen yang terletak di sempadan negara Malaysia dan Thailand. Lihat Enter Padang Besar, gateway to Thailand.
Perjalanan diteruskan masuk ke Hatyai.
Setelah sejam gitu meninggalkan Padang Besar kami pun menghampiri stesyen...
Di sini keretapi diletakkan tidak semestinya betul-betul di sebelah platform. Ada masanya penumpang perlu turun di atas landasan...
Kemudian pandai-pandailah memanjat ke atas platform berdekatan...
Ada masanya pula kita perlu memanjat naik keretapi lain untuk sampai ke platform di sebelah!
Nah. Sekarang baru kami sampai ke bangunan utama stesyen. Lihat The station at Hatyai.
Seterusnya kami berjalan kaki sekeliling bandaraya Hatyai. Lihat The colours of Hatyai.
Masalahnya saya mendapati sukar untuk mendapatkan tandas awam yang ada paip di dalam. Sampai waktunya saya terasa perlu untuk membuat 'deposit bank' dan kami juga sebenarnya perlu mandi membersih seraya menyegarkan badan. Kami pun mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam tempatan untuk ke masjid terdekat.
Pemandu membawa kami ke masjid yang kelihatan di kanan ini. Kebetulan ada restoran Islam bernama Sumatra di sebelah.
Melihat perkarangan masjid saya deja vu panjang. Lihat artikel Masjid Pakistan di Hatyai (Pakistan mosque in Hatyai) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan