Rabu, Mac 03, 2010

Jalan-jalan anak-beranak : Ke Port Dickson terus ke Tanjung Tuan

Setelah sekian lama, baru saya tergerak untuk menyambung kembali siri "Jalan-jalan anak-beranak". Bersambung daripada artikel Jalan-jalan anak-beranak : Bermain-main di Tanjung Sepat yang dibuat 2 minggu lalu.


Pagi 6 Disember 2009. Setelah 2 malam di kampung isteri di Tanjung Sepat sampailah masa untuk kami menyambung perjalanan mengambil kesempatan sempena cuti sekolah. Saya isteri dan anak-anak kami pun bergambar bersama bapa mertua saya yang dipanggil Bapak. Turut bergambar adalah dua orang sepupu mereka...



Erin bersama sepupu-sepupu lain...



Kemudian baru kami meninggalkan kampung. Melalui pekan lama Sepang kami menuju ke Port Dickson. Tetapi keadaan yang amat sibuk dengan berbondong-bondong pengunjung musim cuti sekolah datang ditambah kesesakan jalan dengan kenderaan banyak merangkak menyebabkan kami hilang mood untuk berehat di sana...


Sebaliknya kami meneruskan perjalanan lebih jauh ke selatan hingga ke Tanjung Tuan...



Kalau tak salah ingatan kali terakhir saya ke sini adalah pada bulan Julai 2008 bersama sepupu dan 2 orang rakan. Lihat video-video klip yang terdapat dalam artikel Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Bertandang ke Tanjung Tuan : Rumah api dan sekitarnya... dan Lagi di Tanjung Tuan... Pulau Intan dan satu tempat keramat... ...




Rasanya inilah kali pertama isteri sampai ke sini. Anak-anak pula dah tentu belum pernah sampai sebelum ini...





Tanjung Tuan dan rumah api lama yang terletak di atas puncak bukit dikelilingi hutan simpan yang memiliki pemandangan yang agak menakjubkan...






Cuma disebabkan kami datang anak-beranak dengan budak-budak, apalagi baby Al-Rasyid ketika itu baru berumur tak sampai pun 2 bulan maka perjalanan kami terhad ke kawasan terdekat di sekeliling rumah api...
















Kemudian kami turun untuk melihat pantai-pantai yang mengapit tepian semenanjung kecil merangkap tanjung ini. Pantai utara terletak di dalam Negeri Sembilan, boleh kelihatan bandar Port Dickson di latar-belakang...




Pantai selatan pula terletak di dalam negeri Melaka. Peliknya cuma sedikit kawasan sekitar Tanjung Tuan ini sahaja yang terletak di dalam negeri itu. Bukit-bukit yang kelihatan sebelah kiri masuk balik ke dalam sempadan Negeri Sembilan. Sempadan Melaka cuma bersambung kembali nun jauh di sekitar kuala Sungai Linggi, ditanda oleh bukit yang kelihatan samar di tengah gambar.



p/s: Seharusnya artikel ini dibuat sehari selepas selesai menyajikan artikel Jalan-jalan anak-beranak : Bermain-main di Tanjung Sepat 2 minggu lalu. Ini kerana pada hari itu iaitu Tahun Baru Cina 2010 saya, isteri dan Al-Rasyid ada membuat perjalanan ke Port Dickson sebelum melepasi Tanjung Tuan untuk menghadiri majlis reunion Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), sekolah lama isteri saya yang diadakan di Teluk Pelandok. Lihat artikel Tranquil Teluk Pelanduk near Linggi yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.

Awalnya kami ke Seremban dari Tanjung Sepat tetapi itu cerita lain. Berbalik pada tempoh-masa "Jalan-jalan anak-beranak" ini berlaku. Adapun kami ke Tanjung Sepat 4 Disember 2009 untuk menghadiri sambutan ulangtahun Bapak yang ke 81. Alhamdulillah ia dihadiri oleh semua 4 generasi ahli keluarga termasuk Bapak sendiri. Namun dukacita dimaklumkan bahawa gambar kami bersama Bapak seperti tertera paling atas adalah gambar pertama dan terakhir bersama. Ia adalah kali pertama Bapak melihat Al-Rasyid sedangkan Erin dan Haziq sudah lama tidak bertemu, sejak disekolahkan di Kelantan penghujung 2008. Sebulan lebih kemudian Bapak menghembuskan nafas terakhirnya waktu Subuh. Al-Fatihah untuk Bapak.

Untuk isteriku yang tersayang Nor Afidah binti Yusof, Abang tetap ada untuk menjagamu Sayang. Bapak meninggal dunia dalam keadaan aman dikelilingi segala sanak-saudara. Lagipun sudah sampai masanya. Lebih elok Bapak kembali menemui Pencipta daripada hidup umur panjang tetapi terus menanggung sakit-sakit tua... apalagi Bapak sebenarnya amat merindukan Mak yang sudah lebih awal kembali ke alam sana. Maka biarlah mereka bersatu di Alam Barzakh, tinggallah kita-kita ini meneruskan perjuangan hidup di alam maya dengan cabaran masing-masing yang tersendiri... :]

3 ulasan:

  1. Salam,

    saya pernah ke rumah api Tanjung Tuan itu, menarik dan cantik tempatnya..tp banyak monyet..kebetulan masa saya pergi, pintu pagar dikunci, saya panjat pagar..hahaha...kelakar, terasa macam budak sekolah yang nakal masa tu...

    BalasPadam
  2. assala mualaikum bapak radzie, sudah ke pergi ke telok halimunan di tg tuan berhampiran nya terdapat perkuburan lama dimana pihak muzium cuba "membongkar rahsia" tidak dapat dijalankan kerana "gannguan" misteri.ade anak muda yang menjaga kawasan itu dimana karektor dan air muka sentiasa berubah manakala orang lama disitu memang telah arif kerana adakala orang jumpa ditempar lain pada hal dia disitu.almarhum YDP besar negeri sembilan dahulu selalu "berjumpa" dia. dia selalu berpesan di telok halimunan itu jika terdengar suara orang mengaji, "boleh dengar jangan ikut" katanya.pada batu tmpat dia menenangkan hatinya"terdapat" kalimah La ila ha il lallah dan terdapat kesan timbul. kami pernah melihat sewaktu "latihan ikhtiar hidup 2003 dlu".mintalah keizinan dia utk menginap di "pondok usang Nya".

    BalasPadam
  3. salam lagi pak radzie, sambung sedikit tambahan latar belakang "anak muda" d tg tuan tu. air muka tenang tapi tegas, budi bahasa terpuji, kalau berimam kannya: bacaannya nyata surah nya pendek doa nya panjang, hidup nya serba rengkas tetapi banyak cara/dijumpai disituasi yang berbeza. beliau menjadi rebutan antara golongan istana, perguruan bela diri, perbomohan(perubatan) dan jalan sufi.beliau memilih jalan ke sufi an.beliau banyak nama dan perwatakan berbeza-beza sehingga lah masuk dalam majalah tahun 2001 dimana gambar beliau dalam kusut masai, garang dan tidak terurus.

    BalasPadam