Amacam? OK tak gambar yang saya photoshopkan?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini cerita-cerita tahyul yang banyak mengenengahkan segala macam hantu dan jin giat menarik perhatian penonton di kaca televisyen juga di pawagam. Sekarang, muncul pula satu trend baru menimbulkan kelucuan melalui kekurangan semulajadi manusia seperti yang diketengahkan dalam siri cerita "Halimah Jongang". Tidak cukup itu timbul pula cerita baru bertajuk "Fatimah Juling". Diakui memang ada kecenderungan semulajadi kita sebagai manusia biasa untuk merasa lucu dengan keadaan-keadaan kekurangan Bani Adam ini. Namun yang menjadi persoalan bagi saya, kenapa nama-nama terhormat Melayu dan Islam seperti Halimah dan Fatimah pula dijadikan bahan ketawa?
Saya tidak tahu siapakah yang ada memakai nama Halimah pada zaman Nabi Muhammad SAW dan sekitarnya tetapi saya pasti ia pernah menjadi milik wanita-wanita terhormat. Nama Fatimah pula seperti kita tahu adalah nama puteri Rasulullah SAW yang paling disayangi baginda. Isteri kepada Saidina Ali Karamallahuwajha ini juga merupakan ibu kepada cucu-cucu Nabi iaitu Saidina Hassan dan Saidina Hussein. Oleh kerana keturunan Nabi Muhammad SAW atau Ahlul Bait dari dahulu hingga sekarang semuanya berasal daripada cucu-cucu ini maka boleh dikatakan Saiditina Fatimah adalah ibu kepada Ahlul Bait di mana-mana!
Saya tak tahu apakah motif sebenar menerbitkan cerita lucu memakai nama Halimah kemudian Fatimah ini. Yang saya pasti ia bakal malah telah menjadikan nama-nama ini bahan ketawa juga ejekan serta percubaan murah untuk menarik perhatian ramai. Sekarang apa kata kita ubah sedikit konsep ini? Oleh kerana tidak dapat dielakkan, untuk menarik perhatian ramai melalui kelucuan maka sesetengah pihak terus mahu menerbitkan cerita dengan menonjolkan kekurangan atau kecacatan yang boleh menimbulkan gelak-ketawa, saya sarankan kita ubah nama watak-watak yang ingin ditonjolkan.
Jangan lagi gunakan nama-nama elok yang sebenarnya melambangkan jiwa lembut terhormat orang Melayu dan Islam. Sebaliknya apa kata kita gunakan pula nama-nama 'perasan' yang selalu digunakan agar seseorang itu kelihatan lebih moden dan canggih kononnya walhal ia cuma meniru-meniru nama keBaratan?
Biar saya letakkan beberapa cadangan. Mungkin pihak penerbit cerita boleh mempertimbangkan... siapa tahu dengan cara ini akan mendapat lebih perhatian di televisyen dan pawagam, mungkin juga menang beberapa award di persada antarabangsa pula?
1. Stephanie Jongang. Saya bantai aje dahulu. Nama Mat Saleh ni. Kan canggih, kalau rambut perang, mata pakai contact lens biru atau hijau, baju dedah-dedah, tiba-tiba jongang?
2. Elizabeth Juling. Ni lagi satu ni. Cakap Mat Salehnya mungkin berbuih-buih walaupun dengan loghat Manglish Cina perasan pandai cakap Omputih. Pakai baju dedah nampak pangkal buah dada dengan bulu ketiak tebal terjojol. Pakai spek tebal tapi masih tak dapat menyembunyikan matanya yang juling.
3. Carmen Buncit. Nama ni rasanya amoi Cina suka pakai. Cuba nama Carmen ni dibuat watak jadi model iklan Smartshop yang konon boleh jadi fit pakai alat exercise kat dalam TV tu. Padahal perutnya sebenarnya buncit berlapis-lapis...
4. Hillary Layut. Mungkin boleh dibuat watak perempuan tua yang tak sedar diri ada hati nak jadi Ketua Wanita ke hapa perintah dunia, pakai botox dan segala macam ubat kecantikan tapi hakikatnya tetap layut jua.
5. Julia Tempang. Nama Julia ni kiranya salah satu nama yang perempuan Melayu pulak suka pakai. Jasmin pun boleh. Cerita selebihnya rekalah sendiri...
6. Diana Pekak. Lebih kurang macam nama Julia lah jugak. Potensi untuk membuat cerita lawak pekak badak sangatlah luas.
7. Angelina Untut. Heh! Tak tahu nak kata apa dah. Nama ini kiranya sewaktu dengan Isabella dan nama-nama glamour sebagainya. Cuba dibagi Angelina ini suka pakai mini skirt nak nampak seksi konon tapi kakinya sebelah untut. Nak tambah lucu mungkin dia juga selalu terkentu-kentut. Amacam?
8 dan seterusnya... terbuka kepada cadangan. Letaklah apa-apa nama. Pendek-kata janganlah letak nama-nama elok seperti Halimah dan Fatimah dijadikan bahan gurauan yang sebenarnya boleh menghina orang Melayu dan Islam! Sekian...
Halimah, mungkin boleh refer kepada ibu susuan Baginda.
BalasPadamBetul tu .....elok diubah kadang2sakit hati gak dgr lagu limah jongang....
BalasPadams.k eddie hamid.
Hmm...
BalasPadamSemalam muncul satu komen yang terang-terang cuba menyakitkan hati saya. Kemudian saya buang. Tadi muncul lagi satu. Dah isteri saya pun mahu dikutuknya! Saya buang lagi...
Melihat pada gaya komen, saya tahu ia orang sama yang dari dahulu suka membuat kacau di sini. Yang saya musykil kenapa pula dia sakit hati melihat artikel ini sedangkan saya membuatnya agar orang tidak mempermainkan nama-nama baik seperti Halimah dan Fatimah...
Kemudian saya fikir balik. Ah, baru saya teringat. Orang yang suka buat kacau ini terasa agaknya. Satu, memang lama dahulu dia memperkenalkan diri dengan memakai nama berbau Mat Saleh. Kedua, dia siap terang-terang dan dengan bangga lagi menyebut dirinya keturunan Bani Israel, sebab itu dia kononnya cantik lagi putih, Ketiga, rasanya semua yang melihat komen-komennhya dahulu tahu betapa dia membenci Ahlul Bait... kerana irihati keturunan Rasulullah SAW lebih dimuliakan daripada keturunannya yang konon dari Bani Israel. Keempat... dia ada terkantul apabila menyebut beratnya 60 kg sedangkan tingginya lebih kurang 150 cm. Itu bermakna dia orang obes lagi gemuk. Patutlah obses selalu mengacau orang! Dua sifat buruk ditambah sifat tak ngaku salah sendiri lalu sentiasa cuba sentiasa cari salah oranglah yang menyebabkan dia terus tak laku, tak ada pasangan hingga kini...
Maka saya tambah lagi cadangan nama-nama berbentuk Mat Saleh untuk dijadikan cerita...
a. Sofiya Obes...
b. Katrina Obses...
Amacams! :]
Salam,
BalasPadamweh tak habis2 lagi ke tukang kacau tu mengacau kat blog ni? Apa masalahnya yek?
Salam saudara Radzi.Dalam hal ini sebenarnya nak timbulkan kelucuan tetapi telah mengguris orang yang bernama Halimah dan Fatimah.
BalasPadamEjek mengejek pasti berlaku jika kanak-kanak perempuan dengan nama itu.