Setelah membuat beberapa artikel di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berdasarkan koleksi gambar perjalanan bulan Ogos yang baru diguna-pakai kini, baru saya boleh menunaikan janji yang dibuat ketika menulis artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... lebih 3 minggu lalu. Biar dicopy and paste balik isi berkenaan.. Antara lain, saya berjanji untuk menulis tentang...
1. Cerita Linggi dan Kuala Linggi... satu pencarian makam lama berdasarkan petunjuk yang diberi melalui satu komen di blogspot ini...
Mari! :]
Petang Jumaat sehari sebelum masuk bulan puasa atau Ramadhan baru-baru ini, saya dan isteri yang ketika itu sedang mengandung 8 bulan meninggalkan Kuala Lumpur untuk kembali ke rumah ibu bapa saya di Muar, Johor. Dalam perjalanan, teringat pesanan seorang pembaca di blogspot ini lalu tergerak untuk menghala ke Masjid Qariah Linggi...

Di kawasan belukar belakang masjid terdapat makam seorang ulamak bertaraf wali bernama Sheikh Jamaluddin Al-Linggi. Beliau adalah bapa kepada ulamak terkenal yang pernah menjadi mufti Negeri Sembilan awal abad ke 20 Masihi iaitu Sheikh Muhammad Said Al-Linggi.


Kalau tak salah ingatan, makam-makam berdekatan ini milik pembesar yang memerintah Linggi, dikenali sebagai Datuk Muda Linggi. Ia adalah pangkat yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga tertentu, katanya berdarah kerabat diraja Bugis!







p/s: Nota tambahan dibuat pagi Jumaat...
Apabila dilihat kembali artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... baru tersedar, saya telah pun menunaikan sedikit janji yang dibuat apabila memaparkan artikel Perkahwinan seorang sepupu, perjumpaan keluarga dan rancangan buku terbaru... 11 hari lalu. Ini kerana ia menepati 2 perkara yang telah dijanjikan untuk disajikan di blogspot ini, saya copy and paste balik apa yang dijanjikan...
3. Berkenaan Hari Raya itu sendiri terutama peristiwa sekitar perkahwinan seorang sepupu perempuan dengan jejaka dari New Zealand yang telah menetap di Australia, diadakan pada hari raya ketiga...
4. Perkahwinan sepupu pada raya ketiga ini telah mengumpulkan 4 generasi keluarga besar sebelah ibu. Dari situ tercetus idea untuk mengumpul butir salasilah keluarga belah ini yang lebih dikaitkan dengan bangsa Jawa...
Terpulanglah jika nanti ingin memanjangkannya dalam artikel-artikel baru atau membiarkan setakat cukup apa yang ada. Selepas selesai cerita berkenaan Linggi, yang tinggal cuma satu perkara janji iaitu...
2. Cerita perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang dibuat pertengahan bulan puasa... yang ni harus panjang dan bersiri kerana melibatkan banyak lokasi...
Harap maklum.