Setelah membuat beberapa artikel di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berdasarkan koleksi gambar perjalanan bulan Ogos yang baru diguna-pakai kini, baru saya boleh menunaikan janji yang dibuat ketika menulis artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... lebih 3 minggu lalu. Biar dicopy and paste balik isi berkenaan.. Antara lain, saya berjanji untuk menulis tentang...
1. Cerita Linggi dan Kuala Linggi... satu pencarian makam lama berdasarkan petunjuk yang diberi melalui satu komen di blogspot ini...
Mari! :]
Petang Jumaat sehari sebelum masuk bulan puasa atau Ramadhan baru-baru ini, saya dan isteri yang ketika itu sedang mengandung 8 bulan meninggalkan Kuala Lumpur untuk kembali ke rumah ibu bapa saya di Muar, Johor. Dalam perjalanan, teringat pesanan seorang pembaca di blogspot ini lalu tergerak untuk menghala ke Masjid Qariah Linggi...

Di kawasan belukar belakang masjid terdapat makam seorang ulamak bertaraf wali bernama Sheikh Jamaluddin Al-Linggi. Beliau adalah bapa kepada ulamak terkenal yang pernah menjadi mufti Negeri Sembilan awal abad ke 20 Masihi iaitu Sheikh Muhammad Said Al-Linggi.


Kalau tak salah ingatan, makam-makam berdekatan ini milik pembesar yang memerintah Linggi, dikenali sebagai Datuk Muda Linggi. Ia adalah pangkat yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga tertentu, katanya berdarah kerabat diraja Bugis!







p/s: Nota tambahan dibuat pagi Jumaat...
Apabila dilihat kembali artikel Gambo lama Sekolah Sains dan rancangan bercerita seterusnya... baru tersedar, saya telah pun menunaikan sedikit janji yang dibuat apabila memaparkan artikel Perkahwinan seorang sepupu, perjumpaan keluarga dan rancangan buku terbaru... 11 hari lalu. Ini kerana ia menepati 2 perkara yang telah dijanjikan untuk disajikan di blogspot ini, saya copy and paste balik apa yang dijanjikan...
3. Berkenaan Hari Raya itu sendiri terutama peristiwa sekitar perkahwinan seorang sepupu perempuan dengan jejaka dari New Zealand yang telah menetap di Australia, diadakan pada hari raya ketiga...
4. Perkahwinan sepupu pada raya ketiga ini telah mengumpulkan 4 generasi keluarga besar sebelah ibu. Dari situ tercetus idea untuk mengumpul butir salasilah keluarga belah ini yang lebih dikaitkan dengan bangsa Jawa...
Terpulanglah jika nanti ingin memanjangkannya dalam artikel-artikel baru atau membiarkan setakat cukup apa yang ada. Selepas selesai cerita berkenaan Linggi, yang tinggal cuma satu perkara janji iaitu...
2. Cerita perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang dibuat pertengahan bulan puasa... yang ni harus panjang dan bersiri kerana melibatkan banyak lokasi...
Harap maklum.
Salam MS,
BalasPadamtentu ada kaitan Linggi ini dengan gelaran kepada Raja Ahmad, yang memanggil dirinya sbg Tok Linggi. Mungkin juga serumpun keluarga yang sama.
wallahualam.
http://rajaahmad.blogspot.com
Wassalam.
BalasPadamTu le. Tak tau nak kata macamana. Ada yang kata nama Linggi tu berasal dari Lingga iaitu bahagian Riau yang terletak di Pulau Sumatera. Tentang Raja Ahmad pula, seperti diketahui ramai, satu versi menyebut baginda berasal dari Minangkabau, satu lagi versi pula menyatakan baginda sebagai bekas Sultan Johor-Riau-Lingga.
Apapun, daripada mana pun baginda datang, harus difikirkan juga mengapa baginda memakai nama Tok Linggi. Apakah kerana pernah menetap di Linggi ataupun di Lingga yang namanya kemudian membentuk nama Linggi?
Sejarah daerah Linggi itu sendiri pula lebih pada penguasaan kerabat diraja Bugis yang ada kena-mengena dengan Riau juga Selangor. Yam Tuan Riau Daeng Kemboja, anak Daeng Parani pernah bermastatutin di Linggi dan mendirikan kota di Bukit Supai. Seorang kerabat diraja Selangor iaitu Raja Jumaat dan kaum kerabat Bugisnya mendirikan kota Lukut yang juga ada kaitan dengan Linggi. Secara rata Linggi adalah stronghold Bugis... ia satu-satunya daerah di Negeri Sembilan yang tidak mengikut Adat Perpatih yang berasal dari Minangkabau. Jadi apa cerita semua ini? :]
Salam,
BalasPadamooh, dulu ada terdengar cerita org area port dickson tu berperang dgn Selangor. kununnya waktu tu orang kuat belah Selangor nakkan area tu. Tapi org bugis port dickson sendiri yg fight balik.
org yg bercerita tu dh meninggal, x silap sy dia org Linggi juga. kira keturunan pendekar yg fight dulu tu la. Sy dgr cerita tu pun rasa pelik juga.
abang tanyalah org lama kat situ.
labu
Saya pun asal dari baka al linggi ada sebuah makam tepi tembok masjid linggi..almarhum haji muhammad hussian al haji zainuddin anak murid asli dan pertama al marhum al haji muhammaad said al al linggi ...bertaraf wali juga tapi low profile
BalasPadamBoleh tunjuk lokasi Masjid Qariah Linggi di google map?
BalasPadamBanyak terima kasih :)
assalamualaikum saudara Radzi Sapiee...di sini saya ingin membuat sedikit pembetulan berkenaan kenyataan saudara tentang pangkat Dato' Muda Linggi yg (diwarisi turun-temurun dalam keluarga tertentu). untuk pengetahuan saudara..yg membuka Linggi ialah anak2 & cucu dari keturunan To' Awaluddin dan Kakaknya To' Serilah. Kedua mereka ini adalah dari keturunan Bugis Daeng 5 beradik. Mereka telah membuang gelaran DiRaja kerana merajuk. nak di katakan, masyarakat Linggi berkembang dari hasil perkahwinan di antara anak, cucu, cicit To' Awal Dgn To'Serilah...sampai sekarang masih ada lagi yg berkahwin walaupun sudah jauh 3,4 sepupu..masyarakat Linggi di panggil waris2 Linggi..jawatan Dato' Mula Linggi boleh di sandang oleh sesiapa sahaja dari waris2 linggi dengan mengamalkan muafakat bil kitab wassunati qabulatan minat ustaz ilamanati atau Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan. Utk menjadi Dato' Muda Linggi, Waris2 Linggi harus mendapatkan kata sepakat dari setiap waris2 Linggi. Walaupun Linggi ini berada di Negeri Sembilan..Linggi satu-satunya daerah yg tidak mengamalkan Adat Pepatih.
BalasPadamsekian
Wassalam. Terimakasih. Yep, bab To' Awal dan To' Serilah tu saya baru tahu dalam 1-2 bulan,lepas baca satu buku pasal Linggi kat Perpustakaan Negara. Kalau tak salah ingatan diaorang ni anak Daeng Chelak kan? Tu sebab boleh duduk kat Rembau masa Raja Ali jadi Yam Tuan Muda Rembau. Sebab Raja Ali tu anak Raja Aman @ Daeng Alampaki ibni Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak. Kira suku-sakat belaka...
BalasPadamSalam. Oarng Linggi banyak berjasa pada negara. Antaranya: Pendeta Za'aba, Datuk Muhammad Yusuf (adik Za'aba)(Pendidik/Pesuruhjaya Pengakap Pertama - 1957, Ahli Majlis Persekutuan, Setiausha Sulit Agong Pertama, Tan Sri Datuk Lokman Yusuf (Datuk Bandar Pertama Kuala Lumpur), Dato Seri Iskandar Dzakurnain Badaruddin (KSU Pelancongan & Ketua Pengarah EPU), Tan Sri Datuk Dr Mohd Said Mohd (Menteri Besar Negeri Sembilan, 1959-1969), Sheikh Said Jamaluddin al-Linggi (Pelopor Tarekat Ahmadiah Asia Tenggara), Sheikh Ahmad Said (Mufti Besar Malaya & Mufti Negeri Sembilan), Dato Hj Murtadza Ahmad (anak Sheikh Ahmad - Mufti Negeri Sembilan, 1987-2009),Dato Ahmad Zainal Abidin (anak Datuk Muhammad Yusuf)(mantan Duta Besar Ke Kanada dan mantan Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu, 1980-1988), Prof. Khalid Muhammad Yusuf (anak Datuk Muhammad Yusuf)(pelukis terkenal negara), Prof. Emeritus Dato Mohd Ikram Said (UKM), Dato' Nurhayati (EPU)(1st lady KSU ???), Ramli Jonet (mantan pemain Bolasepak Kebangsaan), Haron (Presiden Persatuan Guru-Guru)dan ramai lagi.
BalasPadam