Isnin, Mac 30, 2009

Menunaikan hajat 6 tahun tertunda di Gua Kota Gelanggi dan makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh...

Dalam artikel Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini... yang dibuat Selasa lalu, saya ada memberitahu harus melepaskan cerita tentang perjalanan ke Jengka itu dua minggu lalu serta perjalanan lain yang berkaitan sebelum saya dapat beralih ke mood penceritaan seterusnya melibatkan beberapa kenangan lama dengan wanita-wanita yang pernah muncul dalam hidup saya. Sedikit rasa telah pun dilepaskan melalui artikel Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau... sebelum saya disibukkan dengan sedikit aktiviti sekitar persidangan atau perhimpunan UMNO 2009 di PWTC baru-baru ini. Sekarang bolehlah saya menyambung cerita kembali... mari!


Pada penghujung artikel Dari atas highway Karak hingga ke Pulau Tawar... singgah sebentar ke makam Mat Kilau ada disebut cerita akan disambung dengan lawatan ke Gua Kota Gelanggi...



Sebenarnya selepas lawatan ke Pulau Tawar, saya telah cuba mencari Gua Kota Gelanggi. Dah jumpa dah bukitnya tapi tak jumpa jalan masuknya... mungkin sebab Tuhan mahu saya menolong ibu dan ayah saya mencari jalan ke rumah tempat sepupu saya akan melangsungkan pernikahan malam itu?



Setelah lebih 15 minit berpusing-pusing mencari jalan masuk sedangkan bukit batu kapur yang mengandungi kompleks Gua Kota Gelanggi sudah jelas kelihatan di depan mata, saya pun mengalah lalu menghala ke Jengka. Sebaik sahaja masuk ke pusat bandar Jengka, kelihatan papan tanda menghala ke hospital di mana terletaknya rumah sepupu saya.

Sebaliknya saya terasa mahu mengisi minyak kereta terlebih dahulu. Siapa sangka di hadapan stesyen Petronas yang terletak lagi 3 km ke hadapan menghala jalan masuk ke Temerloh, boleh terserempak kereta ayah yang ketika itu terletak di tepian jalan luar stesyen.

Bayangkan, sudah 2 bulan saya tidak bertemu mereka, boleh terserempak di tempat itu. Memang kami dijangkakan akan bertemu di rumah pengantin perempuan malam nanti, Jumaat malam Sabtu. Rupa-rupanya ayah sedang mencari arah ke hospital sedangkan saya dan isteri sudah lebih dahulu ternampak arah itu. Maka dengan takdir Tuhan dapatlah kami berjumpa lalu pergi ke rumah pengantin bersama-sama.

Apapun, saya tidak mengambil banyak gambar sekitar majlis pernikahan. Satu sudah pun dipaparkan pada artikel Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini... sedangkan sejumlah gambar sekitar Gua Kota Gelanggi telah diletakkan dalam 3 artikel yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi. Sila lihat :-


A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - the way in...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - enter Gua Tongkat...

A visit to Gua (cave of) Kota Gelanggi - Gua Balai and out...



Oh... ini adalah rumah peranginan tempat kami menginap malam itu. Maaf, saya langsung tidak mengambil apa-apa gambar sekitar majlis persandingan yang diadakan tengahari Sabtu. Biasa le... gambar-gambar itu sudah ramai saudara-mara lain mengambilnya. Saya lebih berminat untuk mengambil gambar-gambar lain dalam perjalanan untuk dikongsi.

Untuk pengetahuan, lawatan ke Gua Kota Gelanggi dilakukan saya dan isteri sejurus sebelum majlis itu. Pagi itu saya terasa tidak boleh duduk diam... sudah begitu dekat dengan Gua Kota Gelanggi tetapi belum sampai lagi ke situ. Mana boleh?

Selepas majlis nanti kami harus bergegas ke Kuala Lumpur kerana ada hal penting. Bila pula ada masa untuk datang ke Jengka lagi? Nasib baik isteri memahami... sanggup menemani saya mencari lagi jalan masuk ke Gua Kota Gelanggi walaupun dia sedang berbadan dua. Atau dia risau hendak melepaskan saya keluar berjalan-jalan seorang diri? Takut terjumpa mana-mana 'minah' nanti? Hehe! Gurau je... ni mesti kena cubit nanti bila dia dapat tahu saya tulis begini, hehe! :]


Saya cuma mengambil gambar pemandangan dari rumah peranginan ini. Boleh kelihatan di latar-belakang ialah Gunung Senyum yang katanya juga memiliki gua-gua menarik di dalamnya. Ah! Cukuplah saya dah sampai ke Gua Kota Gelanggi setelah lawatan ke situ 6 tahun tertunda. Lihat kembali sedutan dari buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" yang ada diletakkan di dalam artikel Perjalanan ke Jengka dan mood penceritaan terkini...


Selesai majlis saya dan isteri pun bergegas untuk kembali ke Kuala Lumpur, singgah berehat sebentar di Temerloh...


Bukan apa daa... nak makan ikan patin masak lemak gulai tempoyak kat tepi Sungai Pahang. Sedap memang sedap... tetapi tentang harganya, nampaknya kami kena sembelih! Tak mengapa le, bukan selalu. Sedikit gambar sekitar Temerloh ada diletakkan dalam artikel In Temerloh for a dish of ikan patin... yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi.



Kemudian kami pergi bersolat di masjid ini, sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Itu yang terasa nak buat artikel Masjid (mosque of) Abu Bakar, Temerloh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.


Selepas ini, mungkin esok lusa cerita akan disambung dengan perjalanan terbaru ke Perak yang dibuat untuk bertandang ke rumah pengantin lelaki di Bagan Datoh. Sebelum itu, semasa di Kuala Lumpur, saya tergerak untuk memanjat naik ke Batu Caves lalu dijadikan artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk-tajuk ini.


Inside Batu Caves...

A climb up Batu Caves...


Sekian, selamat malam! :]


6 ulasan:

  1. Salam...

    Wah..makan ikan patin masak tempoyak...rindu arrr...nak makan ikan patin..ish..dah meleleh air liur ha nih... Abg ngan akak makan ikan patin temerloh area mane nih? kalo silap kedai bahaye wooo..sepotong ikan patin dlm semangkuk leh kene rm60 taw..sy biasa g semangkuk tu rm6-8 hinggit je..rasa same je..tapi tak larat ar nak beratur..kalo sampai awal kul 11 lebih ok ar...

    bile la nak gi lagi nih..nnti nak kesane roger2 lagi...

    BalasPadam
  2. Salam..

    Hehe...Raden..teringin Raden tak sama dengan Akak..nnti kalau Akak tak dapat makan..anak "ngences"..
    Lagi parah..

    Masa kami makan mmg area tu le harganya..tapi tak puas ler..siap hirup kuah sampai habis..

    Tak pe le..asal lepas nak rasa makankan..

    K..standby 20th April yea..leh join kami nanti ..

    BalasPadam
  3. Le... baru ingat, gulai masak tempoyak le, bukan masak lemak. Kena buat pembetulan le.

    Adapun tentang bab yang saya sebut kena sembelih, tu walaupun memang ikan patin mahal, bukan saya tak pernah makan di KL malah sudah banyak kali gitu juga di tempat lain. Ikan patin masak gulai tempoyak juga... kalau mintak orang masak, siap campur petai lagi...

    Saya dah lupa berapa harga saya kena charge kat Temerloh tu tapi memang terlebih harga dari kat KL. Apakah kos mengambil ikan patin dari Sungai Pahang yang terletak bersebelahan lebih mahal dari kos membawa ikan patin sama ke KL? Rasanya tidak.

    Walaupun saya kena charge sekitar belasan Ringgit, tak le sampai RM60 macam si Raden sebut, ia tetap lebih mahal dari sepatutnya.

    OK le. Katakan betul harga ikan patin kat Temerloh mahal. Apa hal pulak satu gelas teh ais berharga RM2 di warung tepian jalan? Kat restoran mamak yang besar-besar di KL pun paling mahal RM1.50. Jadi saya ni dah kena sembelih atau tidak? Kita bukan baru hidup atau baru sekali makan gulai ikan patin woo, cuma kali ni aje le baru merasa makan di Temerloh...

    BalasPadam
  4. Le... baru ingat, gulai masak tempoyak le, bukan masak lemak. Kena buat pembetulan le. Adapun tentang bab yang saya sebut kena sembelih, tu walaupun memang ikan patin mahal, bukan saya tak pernah makan di KL malah sudah banyak kali gitu juga di tempat lain. Ikan patin masak gulai tempoyak juga... kalau mintak orang masak, siap campur petai lagi... Saya dah lupa berapa harga saya kena charge kat Temerloh tu tapi memang terlebih harga dari kat KL. Apakah kos mengambil ikan patin dari Sungai Pahang yang terletak bersebelahan lebih mahal dari kos membawa ikan patin sama ke KL? Rasanya tidak. Walaupun saya kena charge sekitar belasan Ringgit, tak le sampai RM60 macam si Raden sebut, ia tetap lebih mahal dari sepatutnya. OK le. Katakan betul harga ikan patin kat Temerloh mahal. Apa hal pulak satu gelas teh ais berharga RM2 di warung tepian jalan? Kat restoran mamak yang besar-besar di KL pun paling mahal RM1.50. Jadi saya ni dah kena sembelih atau tidak? Kita bukan baru hidup atau baru sekali makan gulai ikan patin woo, cuma kali ni aje le baru merasa makan di Temerloh...

    BalasPadam
  5. kalau ke area temerloh... memang mahal...sebab brg2 kat sana mahal... saya asal temerloh n skang da duduk di kl pun rasa kl lebih jimat....

    BalasPadam
  6. Huh. Kalau macam ni berpeluh2 le duduk Temerloh. Kalau duduk Jerantut pula asyik terkentut2... :]

    BalasPadam