Jumaat, Julai 11, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Selesaikan segalanya di Muzium dan Kota Lukut...

Assalamualaikum. Dalam artikel Sambung lagi perjalanan ke Negeri Sembilan... Muzium dan Kota Lukut yang dibuat 4 hari lalu saya setakat dapat memaparkan video klip hingga sampai ke luar muzium Lukut. Di sini biar disambung ceritanya dalam klip-klip video hingga tamat lawatan ke Lukut termasuk di muzium juga Kota Lukut itu sendiri ya...

Lihatlah sendiri 9 klip video yang terpapar ini... Inilah yang sempat saya sajikan malam ini (ketika menulis ayat ini sudah masuk jam 11.16 malam woo!!!), setelah mengambil sejumlah masa untuk menyajikan artikel-artikel berkaitan dengan gambar-gambar statik di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.

Oh, sebelum saya bergerak, nak bagi tahu le... Tadi baru saya tersedar gambar beruk kiut yang diletakkan dalam artikel yang dibuat ketika mula-mula masuk ke Internet Cafe untuk sessi penulisan hari ini sebenarnya telah digunakan dalam blogspot si Syahir @ Ultraman iaitu http://silatpanglimakasim.blogspot.com/. Kedua, ada pembaca mencadangkan agar klip-klip video ini dibuat VCD atau DVD yang boleh dijual on-line untuk semua...

Adapun memang saya dan cameraman saya Zaidi @ PerpatihTulus memang bercadang untuk berbuat begitu. Sekurang-kurangnya dapat juga menampung kos hobi kami ini ya. Lalu saya minta para pembaca agar memberikan feedback pada ruangan komen ini. Apakah anda berminat atau sudi membeli video rakaman kami nanti? Yang tentunya kualitinya akan jauh lebih baik dari yang terpapar di blogspot ini! Insyaallah...


p/s:
Ini adalah posting ke 361 di blogspot ini... 361 = 19 x 19. Ada apa-apa makna ke? Sekian, selamat malam! :]



































Monyet kiut dan apa yang terbaru kini...



Assalamualaikum... Tadi semasa melihat isi ke belakang c-box, terlihat pula satu link gambar yang diletakkan seorang pembaca. Terasa nak masuk lalu terserlahlah muka beruk yang kiut-miut ini! Terus terasa nak buat satu posting menggunakan gambar ini! Dan posting ini juga boleh digunakan untuk menceritakan beberapa perkara yang berlaku pada saya kebelakangan ini, mana yang boleh cerita le... Hehe! :]

OK... Pertama sekali tentang mengemaskinikan blogspot ini... Seperti para pembaca setia tahu, saya dalam proses penceritaan sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan yang dibuat 2 minggu lalu. Pada masa yang sama saya juga sedang membuat proses editting siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk persediaan kemungkinan akan membuat cetakan kedua selain edisi Internet yang boleh dibeli dan dibaca on-line dari mana-mana lokasi di dunia, Insyaallah!

Adapun proses editting itu sudah masuk buku kedua yang sub-title nya adalah "Membela Syiar yang Asal" dan kini ia hampir siap, sudah selesai lebih 93 peratus! Pada masa yang sama, saya sebenarnya kurang sihat. Memang kerja ini banyak memakan tenaga dan fikiran, pada masa yang sama ada gangguan-gangguan halus yang tidak mahu kerja saya siap selain gangguan zahir dan batin dari arah lain yang melibatkan hal-hal peribadi terutama berkenaan orang-orang yang saya sayangi.

Keadaan ini membuat saya terasa malas dan kurang cergas untuk menjenguk Internet dan menulis di blogspot. Tetapi usaha untuk menyampaikan cerita harus diteruskan juga kerana ia adalah sebahagian dari peranan saya di muka bumi! Bila dah beberapa hari tak menjengok, tengok-tengok dah banyak dah klip-klip video sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan telah dimasukkan ke YouTube oleh sahabat saya merangkap cameraman Zaidi @ PerpatihTulus. Maka itu saya harus mengemaskini blogspot ini walaupun diri terasa begitu berat dan kurang sihat.

Di samping itu, saya harus juga mengemaskinikan blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) seiring dengan perkembangan di sini kalau mahu adil dalam penceritaan. Kan dah saya sebut bahawa gambar-gambar statik atau still pictures pengembaraan terbaru akan dipaparkan bersama? Oleh kerana klip-klip video telah diletakkan di sini, maka gambar-gambar statik harus di letak di blogspots lain bukan? Itu yang kadang-kadang saya malas hendak menulis kerana apabila dah mula menulis, saya harus menulis untuk kesemuanya...

Apapun, akan saya cuba paparkan dan kemas-kinikan apa yang patut dan dapat malam ini... Tapi saya tak boleh terlalu di Internet Cafe kerana harus kembali ke rumah ibu saudara di Ampang paling lambat pun sekitar jam 11 malam sedangkan ketika menulis ayat ini sudah masuk jam 8.23!

Oh... Apa lagi yang terbaru dari saya? Biar saya berterus-terang. Adapun disebabkan sedikit terkilan dengan kata-kata ayah ketika kali terakhir kembali ke kampung ibu di Muar awal tahun, saya tidak pernah kembali lagi ke sana mahupun berjumpa mereka. Bukan saya tak mahu malah saya amat sayang dan merindui mereka! Tetapi saya rasa dah susah berkomunikasi dengan ayah secara baik selagi saya masih menduda dan hidup dalam keadaan sekarang tanpa rumah sendiri dan keluarga, masih lagi keluar mengembara ke sana-sini walaupun tidak sekerap dahulu. Lalu saya bercadang tidak mahu kembali ke Muar malah tidak mahu berjumpa mereka walaupun mereka datang ke Kuala Lumpur... Selagi saya belum berumahtangga semula. Silap-silap Hari Raya ini pun saya tak balik berjumpa keluarga!

Tetapi semenjak dua menjak ini timbul rasa rindu yang kuat pada mereka. Ketika bermalam seorang diri di sebuah rumah keluarga di Kajang, tiba-tiba ibu menalifon memberitahu mereka mahu datang! Saya sebenarnya rasa gembira tetapi resah harus bertemu-muka dengan ayah. Ternyata apabila mereka datang Rabu malam Khamis, suasana jadi lebih nyaman malah semalam, apabila melihat mereka di rumah dan apabila saya keluar kembali ke Kuala Lumpur kerana harus menyelesaikan dahulu hal lain, saya terasa begitu tenang... Tenang yang sudah agak lama tidak dirasai begitu!

Oh... Lagi satu. Motosikal besar kesayangan saya yang sudah 4 tahun tidak berjalan sudah siap diperbaiki sepenuhnya. Tunggu masa sahaja untuk diambil kemudian haruslah buat apa yang patut seperti check-up di Puspakom, insurans dan hidupkan road-tax.

Terimakasih kepada mereka-mereka yang tolong menghulurkan bantuan untuk meringankan beban belanja membaiki motosikal. Saya diberitahu kos keseluruhan dapat dikawal sedikit kurang dari RM3,000... Alhamdulillah kerana melihat keadaan motosikal semasa mula-mula 'dipersembahkan' ke kedai, tak mustahil kos itu boleh melonjak lebih RM5,000! Lihat artikel Harapan baru untuk motosikal besar kesayanganku! yang dibuat lebih 2 bulan lalu. Lihat juga artikel Apakah ada esok lagi untuk motosikal besar kesayanganku ini? yang dibuat 2 minggu sebelum itu!

Sekian, saya harus memulakan proses mengemaskini blogspot... Mulakan di blogspots lain dulu ya... Selamats!

Isnin, Julai 07, 2008

Sambung lagi perjalanan ke Negeri Sembilan... Muzium dan Kota Lukut

Alang-alang Zaidi dah meletakkan banyak klip video masuk ke YouTube, eloklah saya mengaturnya lagi jadi artikel di blogspot ini. Selepas bertandang ke makam Raja Jumaat, kami pun pergi ke muzium serta Kota Lukut. Lihat dan dengar sendirilah apa yang diceritakan ya... Nanti insyaallah cerita akan disambung dengan laluan ke Port Dickson sebelum ke Tanjung Tuan di mana sepupu saya Nizam dan rakannya Asri akan turut "mematahkan tulang belakang" naik turun bukit meredah hutan untuk melihat apa yang ada di sana...

Eh... Ini dah melangkah cerita ni sedangkan muzium dan Kota Lukut ada cerita menariknya yang tersendiri. Sila! :]








Hek eleh! Bila saya tengok klip-klip video ini sendiri satu-persatu, baru saya perasan bahawa cerita yang dipaparkan baru setakat ulasan di hadapan Muzium Lukut. Belum lagi masuk ke dalam muzium, belum lagi naik bukit untuk melihat apa yang ada di Kota Lukut! Dan selepas itu kami masuk muzium lagi untuk melihat beberapa pameran yang kami terlupa nak melihatnya awal sebelum itu. Ertinya kena keluarkan dahulu semua cerita ini baru kita boleh ke Port Dickson kemudian ke Tanjung Tuan ya. Selamat malam! :]

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Ziarah ke makam Raja Jumaat

Wah... Baru nak buka Internet malam ni. Baru perasan rupanya Zaidi @ PerpatihTulus dah letak banyak klip video dalam YouTube. Jadi biarlah saya kumpulkan jadi posting kat sini ya. Insyaallah besok lusa akan saya letak gambar statik atau still picture yang berkaitan jadi artikel dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...

Terimakasih Zaidi kerana mengambil masa memproses klip-klip video ini kemudian memasukkannya ke YouTube. Terimakasih Merbawi kerana memberi cadangan-cadangan yang membina dalam menghasilkan format video yang cukup elok dan lebih senang dimasukkan on-line. Sila semua! :]