Jumaat, Julai 11, 2008

Sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan... Selesaikan segalanya di Muzium dan Kota Lukut...

Assalamualaikum. Dalam artikel Sambung lagi perjalanan ke Negeri Sembilan... Muzium dan Kota Lukut yang dibuat 4 hari lalu saya setakat dapat memaparkan video klip hingga sampai ke luar muzium Lukut. Di sini biar disambung ceritanya dalam klip-klip video hingga tamat lawatan ke Lukut termasuk di muzium juga Kota Lukut itu sendiri ya...

Lihatlah sendiri 9 klip video yang terpapar ini... Inilah yang sempat saya sajikan malam ini (ketika menulis ayat ini sudah masuk jam 11.16 malam woo!!!), setelah mengambil sejumlah masa untuk menyajikan artikel-artikel berkaitan dengan gambar-gambar statik di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi.

Oh, sebelum saya bergerak, nak bagi tahu le... Tadi baru saya tersedar gambar beruk kiut yang diletakkan dalam artikel yang dibuat ketika mula-mula masuk ke Internet Cafe untuk sessi penulisan hari ini sebenarnya telah digunakan dalam blogspot si Syahir @ Ultraman iaitu http://silatpanglimakasim.blogspot.com/. Kedua, ada pembaca mencadangkan agar klip-klip video ini dibuat VCD atau DVD yang boleh dijual on-line untuk semua...

Adapun memang saya dan cameraman saya Zaidi @ PerpatihTulus memang bercadang untuk berbuat begitu. Sekurang-kurangnya dapat juga menampung kos hobi kami ini ya. Lalu saya minta para pembaca agar memberikan feedback pada ruangan komen ini. Apakah anda berminat atau sudi membeli video rakaman kami nanti? Yang tentunya kualitinya akan jauh lebih baik dari yang terpapar di blogspot ini! Insyaallah...


p/s:
Ini adalah posting ke 361 di blogspot ini... 361 = 19 x 19. Ada apa-apa makna ke? Sekian, selamat malam! :]



































2 ulasan:

  1. as'kum MS,

    saya raser penubuhan Mageran dah dekat......

    BalasPadam
  2. Wassalam... Perhatikan keadaan sosio-politik dunia bulan Ramadhan ke Syawal. Perhatikan juga selepas Olimpik Beijing camana... Sejauh mana prinsip ekonomi dunia yang sebenarnya bubble ekonomi gak sebab banyak sangat perniagaan atas angin boleh maintain... Takut2 ada freefall penyusutan Dollar US. Kalau jadi cam tu apalah kesan seterusnya yek...
    Local politics tu cuma reflection kecik je dpd politik dunia sebab politik dunia secara umum dah dibentuk kuasa2 Yahudi Zionis yang ada agenda sendiri nak menghancurkan dunia... Kalau ada pemikir macam Che Det mungkin boleh gak insulate macam kes masa Soros attack dulu... Ini zaman Pak Lah, kena plak bebudak tingkat 4 memang nak create condition yang boleh bagi firesale kita punya assests kat Singapore, habis tu cam no?
    Dalam kita kecoh-kecoh bab politik, minyak, harga makanan naik dan sebagai kat Malaysia ni rasanya ada permainan silap mata besar di sebalik tabir sedang berlaku... Tak tahu le betapa byk asset atau company strategik kita sedang dalam proses transfer sedangkan kita sedang sibuk ngan hal lain.
    Begitu juga peringkat dunia... Dalam sibuk menjangkakan kemungkinan world-wide recession, kita terlupa apa yang berlaku di Palestin. Entah2 dah berapa byk orang Arab kena keluar, orang Yahudi dapat tanah baru. Tapi seperti biasa, Yahudi Zionis ni pandai main silap mata... Diaorang senang2 je create conflict bagi kita pecah kepala... Dalam semua orang pecah kepala tu le tak sedar rupa2nya semua orang kena liwat dengan dia, hahahahahaha!


    p/s: Agak2 Temple of Solomon kat bawah Masjidil Aqsa tu dah berapa peratus siap ek?

    BalasPadam