Rabu, Mei 07, 2008

Semalam di Kuala Besut sebelum masuk ke Kelantan...

Saya dah hilang mood nak bercerita. Rasanya tiada guna lagi memberi ilmu free sehingga selalu penat bersengkang-mata, habis duit banyak lagi di Cyber-Cafe sedangkan ia sering tidak dihargai malah diri saya pula dipandang buruk kerana bercerita dengan gaya jujur yang tak reti nak cover line agar kelihatan muluk sentiasa.
Tetapi disebabkan kelemahan diri ini yang mengharap agar hari-hari bahagia akan datang sebaik sahaja selesai meluahkan segala yang terbuku dalam dada, maka biar disajikan lagi gambar-gambar koleksi perjalanan terbaru ke Pantai Timur... Untuk makluman, ini adalah gambar-gambar terpilih daripada sekitar gambar ke 830 ke atas gitu dalam koleksi ini sedangkan jumlah gambar perjalanan ini hampir 1,400 ke semuanya! Pendek-kata masih banyak yang perlu dilepaskan lagi...
Oleh itu harap maklum... Mulai hari ini, saya akan paparkan sahaja gambar-gambar tanpa apa-apa cerita dan komen sehingga semua ini selesai...
Cara begini lebih senang, tak lah saya termangu-mangu berjam-jam di hadapan komputer untuk mendapatkan gerak penulisan.. Gerak penulisan yang kadang-kala cuma akan keluar apabila saya nyatakan kesedihan emosi atau perkara berkaitannya yang berlaku pada suatu ketika secara jujur tanpa berselindung seperti yang biasa orang lakukan supaya tidak terbuka pekung di dada...
Selepas ini, jika ada perkara, gambar makam, sejarah atau sebagainya yang tak faham, harap google dan cari sendiri ya... Tak guna saya penat-penat mengenengahkan pandangan dan pengalaman sendiri jika di luar sana lagi ramai pembaca yang lebih pandai membuat andaian sendiri... Apa-apa yang tak cukup copy and paste saja le dari mana-mana ya. Sekian! :]















10 ulasan:

  1. Assalamualaikum....
    Abg dah 'penat'?
    Tak ape bang, kalau abg dah mula muak dengan perangai org di luar sana yg lebih suka berandaian, maka dengan tindakan tindakan ni harapnya dapat menenangkan fikiran abg.
    Pd sy, posting abg yg sudah 600+ (kalau tak silap) belum terbaca lagi, itu tandanya apa yg terpendam dlm hati abg sudah mungkin hampir habis terluah...
    Apapun, buatlah apa yg abg suka untuk diri sendiri.... hidup ni mmg mcm2 dugaannya...
    happy slalu, wassalam..... :)

    BalasPadam
  2. jgn macam tu my pren... for me ur da best...kau berbakat,takkan nak batalkan niat pertama ko dalam penulisan blogger ini...ada orang berdakwah dengan mulut,lidah,tangan,nyanyian dll.Ini semua mengikut bakat yang dikurniakan jadi baik ko teruskan...dlm mana buat jahat pun kena kutuk apatah pula buat baik,nampak tak?. kan sama2 kena kutuk, jadi baik kita buat baik dapat pahala insya'Allah..pedulikan apa orang nak kata ini dunia bagi org yang mahu memahami atau yang faham bukan bagi org2 yang nak tunjuk hebat...ko sabar jek...aku suka penyampaian ko....

    BalasPadam
  3. tak kenal takpa tapi tujuan sama...aku pun tak tahu apa aku tulis...aku harap ko karang tulisan ko sprt sebelum ini....kalau aku nak cari maklumat mcm tak mampu aku, adik kakok....teruskan je la....mana tau nanti nampak alamatnya?

    BalasPadam
  4. ish bro, ada kes apa ni?
    terkejut kami.
    apa yang terjadi ni?
    kami penyokongmu berasa amat terkejut.
    story sikit. sy ketinggalan sejak akhir2 ni.

    H.......

    BalasPadam
  5. Aslamualikum bro

    Jangan mengalah bro, teruskan dengan cara bro, yang jujur tu.. pedulikan apa orang nak kata.. yang penting ini bro punya blog.. sapa yang tak faham yang tak reti pulangkan kepada ya rab.. yang penting bro teruskan kalu bro mengalah bro macam bersetuju dengan diaorang.. keep your pure and dignity for ur and out there...
    sesiapa yang tak paham diluar sana take it or live it.. respek smua orang

    BalasPadam
  6. Salam buat Merah,

    Sdr yang telah diberikan hati berkaryalah, berkatalah mengikut kata hati sdr, bukan pujian mereka yang di cari, Mereka yang tiada hati tak mengenal diri sendiri dan tak mahu mengenali diri.Rahmat dariNya yang dicari, hati datang dariNya, hati berkata keranaNya semoga sdr akan sentiasa dirahmatiNya. Jangan hanya kerana luncai yang terjun, sdr ikut terjun, jangan kerana nyamuk sdr membakar kelambu. Biar patah sayap sdr, bertongkatkan paruh sdr daki terus kepuncak. Sebelum mengambil keputusannya tepuklah dada biar hati yang memberi kata.

    wasalam.

    BalasPadam
  7. Aisey Fly, janganlah jauh hati.... yang berperangai & berfikir pelik2 tu ignore jer.... Masih ramai lagi la fren, yang sayang and appreciate you..... take me for an example.... how long have we known each other? Since 1982, right? And you are still a dear friend to me no matter what other people said about you!!! Chill out bro!!

    BalasPadam
  8. Salam radzi & salam semua,
    Pabila qudrat dah berunjur pulang, penatlah yg datang..., bak lahap dikambus oleh muak kekenyangan.

    Hidup ini umpama sebuah karangan cerita, disebaliknya berbaris-baris mutasabihat yg terlipat disebalik ayat2nya,..mungkin.

    "Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka , supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari"."-Q

    Allahu...

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Jangan pernah berpuas asa wahai saudaraku, dikau mungkin dijadikan Allah SWT untuk berdakwah dan mencurahkan ilmu melalui cara seperti ini... Kelak di hari akhirat engkau tersenyum puas melihat hasilnya...

      Padam