Isnin, Mei 12, 2008

Apa ada di Tok Bali, Kelantan?

Beberapa tahun lalu saya pernah pergi ke Kota Bahru, Kelantan lalu turut menginap di sebuah hotel di mana wanita kesayangan saya Nur juga ada bersama sejumlah pelakon dan crew film untuk membuat shooting selama lebih seminggu di sekitar itu. Pada suatu hari, seorang rakan dari Kuala Terengganu menalifon memberitahu datuknya baru sahaja meninggal dunia. Tengah malam itu juga setelah selesai kerja, saya dan Nur menaiki sebuah kereta untuk ke sana.

Dalam perjalanan itu, kami tersilap memasuki jalan kampung lalu sampai ke satu tempat bernama Tok Bali. Ada sesuatu yang saya dapat rasakan di sana tetapi tidak dapat melihat dalam kegelapan malam itu... Lalu saya berazam suatu hari nanti akan menghabiskan sedikit waktu di sini.

Saya tak tahu apa yang istimewa tentang Tok Bali. Bila ditanya pada orang, setakat yang mereka tahu, Tok Bali cuma terkenal sebagai tempat nelayan menurunkan tangkapan dan diketahui orang pun kerana jambatannya yang agak tinggi, hampir naik menjulang 45 darjah sebelum turun kembali ke bawah. (Gambar sekitar jambatan telah saya letak di blogspot saya yang lain...)

Azam untuk ke sana menyebabkan saya mengambil jalan melalui Kuala Besut untuk masuk ke Kelantan apabila saya mengembara lagi ke Pantai Timur melalui Terengganu penghujung tahun 2006. Tetapi keadaan saya yang amat kepenatan ketika itu selain diserang demam teruk dan penyakit beguk menyebabkan saya setakat lalu di Tok Bali tanpa singgah pun di sana...

Dalam perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang telah selesai sekitar lebih sebulan lalu, baru saya akhirnya singgah di tempat ini, pada 1 April 2008! Dan di atas jambatannya yang tinggi itu, baru saya tergerak menalifon Nur setelah tidak berhubung sejak awal tahun kerana ada gaduh sikit. Lalu Nur menasihatkan saya agar bermalam di sana.

Di bawah adalah gambar-gambar sekitar Tok Bali yang diambil 1-2 April... Sila lihat, apa yang ada di Tok Bali, Kelantan? Yang pasti saya deja vu lagi di sini... Sekian! :]





















9 ulasan:

  1. Salam MS,

    Gambar dari atas, no.2 bot nelayan di atas darat, mcm pemandangan acheh lepas tsunami jek.
    Gambar no.3 , angle bagus ek. Mcm flyover tu nak pegi ke kayangan jek. Boleh la pi melawat Cik Siti atau P.Saadong. hehehe

    -awanbadai-

    BalasPadam
  2. Hehe... Betul gak tu... Macam kapal yang tersadai kena pukul Tsunami kan?
    Tu le, gambar no 3 tu pulak kira macam lagu Led Zeppelin kot? Stairway to Heaven.
    Apapun, aku harap ada orang boleh bagi feedback kat sini, apakah Tok Bali ni ada sejarah lama yang tersembunyi? Bila aku tanya orang sini, tak da sapa pun yang tahu... Paling kuat pun orang kata memang dulu ada hamba Allah di panggil sebagi Tok Bali tapi setakat tu le depa tau... Rasa aku Tok Bali ini mungkin seorang wali gak... Rasa aku aje le...

    BalasPadam
  3. cantik ek, area kelantan, ni, ada laut biru, ada langit biru, ada jambatan tinggi, ada pokok..pokok rhu.

    BalasPadam
  4. bolehkah saudara hubungi saya di latifahmohdnor@yahoo.com? Dr. Hamid Arshad bapa saudara Sameerah Mohd. Nawi sebelah ibunya? Ibunya atau bapanya orang Kelantan saya tidak pasti. Itu kawan sekolah rendah saya. Kami bertemu lagi di Maahad Muhammadi P, Kota Bharu.

    Benarlah ada hikmah di sebalik pertemuan dan perpisahan. Semoga tertaut kembali suatu siri pengembaraan yang panjang.

    Saya baru pertama kali membuka Facebook adik ipar saya Dr. Ashraf Damrah yang baru berkahwin dengan adik saya di Jordan bulan Ramadhan ini. Webpagenya memaparkan mereka berdua di Pantai Tok Bali dalam bulan Mac tahun ini. Dr. Ashraf di sini untuk bertunang dengan adik perempuan saya.

    Saya membuka video anda. Wajah anda mirip sepupu2 saya sebelah ayah. Sekian.

    BalasPadam
  5. Ibu Sameerah adik kepada isteri Dr Hamid. Ayahnya orang Kelantan, Bachok kalau tak salah. Boleh hubungi saya melalui e-mail merahsilu@hotmail.com

    BalasPadam
  6. Eh sat. Mana saudari nampak pasal Sameerah dan Dr Hamid Arshat? Saya takda sebut pun dalam artikel ini...

    BalasPadam