Isnin, Mei 12, 2008

Pusing-pusing kerana Raja Abdullah, suami Puteri Saadong! Atas permintaan Nur kedua...

Dari Tok Bali, saya berjalan kaki beberapa batu sebelum dapat menumpang orang ke bandar Pasir Puteh. Sedikit gambar sekitarnya telah diletakkan dalam blogspot saya yang lain... Seorang lagi wanita kesayangan saya, biar dipanggil sebagai Nur kedua ya menalifon meminta saya pergi menziarahi makam Raja Abdullah, suami kepada watak legenda Kelantan bernama Puteri Saadong. Dia juga telah meminta seorang saudaranya mengambil saya di sekitar Melor dan membawa saya berjalan-jalan.

Alhamdulillah, dapat saya ke makam Raja Abdullah. Gambar ini juga diletakkan pada blogspot lain... Petang itu, saya sempat ke Bukit Marak, dikatakan tempat Puteri Sa'adong pernah bersemayam. Raja perempuan Kelantan yang terkenal iaitu Chik Siti Wan Kembang juga dikatakan pernah bersemayam di sana.

Kemudian saya sempat bersolat malam di Masjid Kampung Laut di Nilam Puri sebelum dibawa untuk bermalam di rumah satu keluarga di Bachok. Esoknya sempat bersiar-siar di Pantai Irama, Bachok sebelum meneruskan pengembaraan ke tempat lain pula...

















5 ulasan:

  1. Salam MS,

    Gambar no.5 dari bawah tu, kelam aje ... cuma ada 3 biji lampu, apa cerita? Nak kata lampu jalan, tak nampak jalan pun, nak kata tgh lautan, mungkin gak .... org tangkap sotong ke tu?

    BalasPadam
  2. Hehe... Tu sebenarnya gambo kat luar Masjid Kampung Laut. Tapi ambik ngan kamera digital murah, jadi kelam le...
    Adapun gambar cam ni dipaparkan juga di sini untuk menunjukkan mood dalam perjalanan dan supaya orang lagi menghargai usaha-usaha mengembara mencari sejarah begini... Kalau orang dapat gaji besar, blogspot berbayar, jalan sana-sini naik kereta, pakai lagi kamera canggih, senang le dia menampilkan hasil kerja professional. Bandingkan dengan saya yang seringkali terpaksa berjalan kaki berbatu-batu, tidur di surau dan masjid, pakai kamera digital buruk, buat semua ini dalam keadaan hidup sebenar yang mencabar... Tak payah ceritakan sangat le mencabar camana... Senang cerita memang le mencabar... Cuba bayangkan diri anda umur 38 tahun, duda, takda kerja takda rumah takda kenderaan buat menda cam ni yang keluarga sendiri pun pandang serong...
    Tu le... Kalau dapat gaji besar ada kereta dan segalanya buat kerja cam ni, lain le jugak...
    Saya nak orang faham keadaan ini... Keadaan yang cuma boleh dilalui apabila ada semangat yang kuat serta keyakinan yang jitu dalam membuat satu perkara.
    Dan saya nak orang tahu, dalam keadaan beginilah baru sesetengah cerita yang tersembunyi dapat dibongkar kembali melalui petunjuk dan ilham Ilahi.
    Percayalah... Berapa banyak orang yang ada kemudahan, ada duit, ada kereta, ada rumah, ada keluarga yang memberi sokongan tapi tak dapat juga membongkar cerita-cerita seperti dipaparkan di sini? Setengah tempat yang saya ceritakan, orang kampung di situ sendiri tak pernah sampai... Ada yang takut nak jejak pun sebab takut kena tulah, tak pun takut kena sampuk jin hantu syaitan... Maka itu sangat berbeza, sangatlah berbeza keadaan melalui sesuatu pengalaman jika dibandingkan sekadar mendengar cerita daripada orang!
    Atau ada yang dapat pergi kerana ada peluang berserta keberanian untuk sampai ke tempat-tempat tertentu tapi takda dapat jugak cerita tersembunyi yang ingin dicari sebab takda wasilah dan salasilah yang meberikan laluan... Begitu le... Hehe! :]

    BalasPadam
  3. salam Radzi,

    apa pendapat saudara tentang seorang yg bernama raja putritengku anis yg mendakwa pewaris ke 7 puteri saadong...kenyataan beliau menarik dan memecah misteri kehilangan puteri saadong..kira2 450 tahun lalu.

    BalasPadam
  4. Wassalam. Tak tau le nak kata sebab dah banyak sangat orang tersampuk penyakit mengaku putera puteri ni. Tapi bab yang dia cerita pasal Puteri Saadong merajuk gi Aceh tukar nama jadi Puteri Hijau pas tu kawin Raja Aceh tu rasa macam betul...

    BalasPadam
  5. Apa yg saya dapat paham...puteri hijau dan puteri saadong adalah dr zaman yg berbeza....lg pun puteri saadong last hilang dihulu kelantan.. bukan ke acheh spt yg didakwa... saya dah lama mengkaji sejarah ni sejak dr bangku sekolah lg.. banyak dakwaan yg mengarut timbul ...tp saya bukan senang ditipu. .. dlm diri sya mengalir darah raja jembal .. kpd yg berminat kisah sejarah nya... cuba lah kaji dengan teliti jgn main serbu je. ..guna lojik akal waras. . Cuba la buat kajian secara mendalam ..memang saya akui sukar bg kita nak kaji sbb bnyk bukti2 hilang.. sekadar cerita lisan yg ada... cuba tengok peta kelantan...fokus pada pergerakan puteri saadong ...bermula dr kota mahligai ..bukit marak...kg bukit... gunung reng...gunung ayam kat dabong...dan ke hulu gua musang...area kuala betis.. sbb saya difahamkan dgn satu kisah yg masih panas...ada satu lokasi yg sukar dimasuki ..7 tingkat air terjun...dlm hutan kuala betis.. kawan saya bgtau .. kumpulan nya tersesat dan jumpa lokasi tu.. dan mereka terserempak dgn perempuan misteri.. dan mereka juga bgtau hanya sekali pandang dan terus hilang..

    BalasPadam