Selasa, Februari 26, 2008

Makam Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil

Hmm... Posting bertajuk Jalan-jalan Kedah: Apa ada sekitar Sungai Petani... yang baru siap tadi adalah posting ke 244 dalam blogspot ini. Kebetulan apabila saya refresh blogspot ini untuk melihat posting baru itu keluar, jam menunjukkan pukul 2:44 pagi! Macam kena sangat...
Tetapi apabila saya refresh dashboard untuk kesemua blogspot saya, ternyata jumlah posting blogspot CATATAN SI MERAH SILU sebanyak 244 ini terasa janggal berbanding jumlah posting untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH iaitu 159 dan 95 untuk SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Jadi saya rasa ia perlu diselarikan dengan menjadikan jumlah di sini 245. Maka terimalah posting ke 245 yang sebenarnya hendak disimpan untuk hari lain. Ini dia...

OK... Saya tak mahu bercerita panjang kerana waktu sudah pun melepasi jam 3 pagi dan Internet Cafe di Kajang inipun sebenarnya sudah tutup... Tetapi dibiarkan lambat sedikit untuk beberapa pelanggan setia...


Diharap sedikit tulisan yang boleh dibaca dalam gambar-gambar ini boleh menerangkan akan "kelebihan" makam ini... Kalau tak kenal siapa itu Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil, sekurang-kurangnya saya percaya ramai pernah mendengar nama anaknya Sheikh Abdul Samad al-Falimbani yang terkenal di seluruh Nusantara dengan kitab-kitab Tasawufnya, antaranya berjudul Sairus Salikin (kalau tak salah ingatan)...


Di sayap kiri bangunan ada makam seorang pengikut...


Makam Sheikh... Kelihatan di dalam gambar saudara Badrul (kiri) dan seorang kenalan yang membawa kami ke sini...


Makam seorang lagi pengikut di sayap kanan...


Notis ini memberi petunjuk akan betapa makam ini dipandang tinggi oleh sesetengah pihak, hampir sama seperti Makam Sultan Ariffin Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka...


Di sini ada cerita-cerita yang menerangkan akan sirah perjalanan hidup serta peribadi diri Sheikh Abdul Jalil. Saya telah membuat keputusan mengambil gambar setiap helaian lalu dikongsi untuk para pembaca sekalian. Kalau kurang terang, pandai-pandailah cari jalan sendiri bagi terang... Misalnya copy masuk computer sendiri dan gunakan Photoshop lalu pakai contrast.

OK... Saya dah nak kena gerak ni... Di luar sana pula ternyata bandar Kajang sudah dilanda banjir. Allah! Macam-macam! Sekian!




















Hmm... Terlupa pulak. Gambar ini saya letak sebagai tanda meninggalkan makam dan penceritaannya. Insyaallah nanti kita sambung cerita-cerita Kedah. Selamat! :]

10 ulasan:

  1. Hi En. Radzi;

    I am interested in your article and photos of Makam Dato Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil. Do you have it in the English Language.

    Thank you in advance and anticipation.

    Sincerely; Nick Yeo (Singapore)

    BalasPadam
  2. Thanks for the interest En Yeo. Unfortunately I did not write a piece in English. Nevertheless you can find similar materials in my bilingual blogspot.Have a look at http://artmelayu.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, Tuan.

    Adakah makam ini yg terletak di bandar baru Jitra berdekatan ILP Jitra? Mohon terangkan sedikit lokasinya..

    Sekian. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Lokasinya di taman aman, lebih kurang 1km daripada ILP Jitra..

      Padam
  4. Wassalam. Setahu saya inilah satu-satunya makam terkenal di Jitra. Kalau tanya orang lama rasanya semua tahu. ILP Jitra saya tak tahu. Tapi saya ingat begini... kalau ambil jalan besar (bukan highway ya) dari Alor Setar ke Jitra, lagi 2-3 km ke Jitra gitu ada simpang kanan. Kat kiri tu ada masjid dengan 3 kubah hijau nampak macam bawang, masjid Tanjung Pauh rasanya. Masuklah ke kanan. Teruskan tak sampai 1 km dah boleh nampak bangunan makam kat kiri, tepi taman perumahan. Tapi kena cari jalan masuk le ikut tepi taman.

    BalasPadam
  5. Di Makam ini sekarang ada Imam yang pandai Ilmu Hitam dan bukan warganegara ini. Tolong hentikan.

    BalasPadam
  6. en. Sahruddin Esa,, mmg mkam nu dkt dgn ILP Jitra..klu terus ke dpn tu jumpa la ILP Jitra tu

    BalasPadam
  7. Wassalam. Wah. Ingat Kampung Datuk Keramat di KL tadi. Rupa-rupanya di Jitra. Terima kasih atas perkongsian saudara. Masa tulis artikel ini memang tak tahu Sheikh ni guru sultan. Dalam setahun dua lalu baru tahu. Ada baca dalam At-Tarikh Silsilah Kedah...

    BalasPadam
  8. Syeikh Abdul Jalil AlMahdani ni moyang isteri saya berketurunan Wan Kedah.

    BalasPadam