Selasa, Februari 26, 2008

Jalan-jalan Kedah: Sekitar Alor Setar pula...

OK... Saya mahu menghabiskan cerita jalan-jalan di Kedah di secepat mungkin. Lagipun dalam perjalanan terbaru yang dibuat ke sana lebih sebulan lalu, saya cuma berada 3 malam di sana sebelum tergerak untuk mengembara lagi di Perak... Maka sambungan terus daripada cerita Jalan-jalan Kedah: Apa ada sekitar Sungai Petani...
Oh... Baru teringat. Dalam posting bertajuk Salam dari Sungai Siput, Perak... yang dibuat sebulan lepas, saya sebenarnya telah membuat ringkasan akan laluan perjalanan-perjalanan dan tempat-tempat yang telah diziarahi di Kedah. Maka biar saya copy and paste sedikit ke sini sebagai pembuka cerita...

Cukuplah diberitahu jika hari Isnin saya berlegar-legar di sekitar Sungai Petani dan dapat pergi ke Makam Tok Soh dan Makam Daeng Parani, hari Selasa pula saya dapat menziarahi Makam Sheikh Abdul Qadir ibni Hussin Shah Alirah yang dikatakan mangkat tahun 904 Masihi (lebih 1,100 tahun dulu wooo...) di Langgar, Alor Setar dan Makam Datuk Maharaja Kadhi Sheikh Abdul Jalil (hidup 1710-1782) di Jitra, bapa kepada Sheikh Abdul Samad al-Falembani yang menulis kitab-kitab Tasawuf terkenal Sairus Salikin dan Hidayatus Salikin.

Hmm... Baru saya sedar, saya tidak memberitahu yang saya telah naik ke Menara Alor Setar. Memang pun cerita ini patut dimulakan tentang "kenaikan" itu... Hehe! :]

Pagi Selasa 22 Januari 2008. Badrul ada kerja di Alor Setar. Lalu daripada rumah Pak Chak di Kampung Ruat, Yan tempat kami menginap, saya pun menumpang naik kereta ke sana dengan rancangan untuk melawat tempat-tempat tertentu di sekitar bandaraya ibunegeri Kedah itu.

Lokasi pertama yang terfikir (dan ternampak sebab daripada jauh boleh kelihatan) adalah Menara Alor Setar. Kali terakhir (dan kali pertama) saya naik ke atasnya adalah dalam tahun 1997, ketika sedang mengembara seorang diri menaiki motosikal besar keliling Semenanjung Malaysia...


Menara setinggi 165 metre bersamaan ketinggian bangunan 54 tingkat ini ialah mercu tanda kebanggaan Alor Setar moden...


Walaupun tempat melihat untuk pengunjung terletak pada separuh ketinggian menara iaitu aras 88 meter, ia sudah cukup untuk memberikan pemandangan yang menakjubkan sekitar bandaraya Alor Setar. Untuk melihat gambar-gambar pemandangan ini, sila masuk Views on top Alor Setar's telecommunication tower... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ....


Selepas itu saya berjalan-jalan di sekitar bandaraya dengan rancangan untuk menaiki bas ke Langgar iaitu destinasi seterusnya. Apabila berhubung dengan Bad, ternyata pula dia boleh habis kerja awal iaitu sebelum jam 12. Maka eloklah juga dia pergi sekali, sekurang-kurang senanglah sikit naik kereta...

Bad pula tergerak untuk mengajak seorang kawan lain yang lebih tua. Rupa-rupanya kawan ini juga minat menziarahi makam-makam lama dan kampungnya pula terletak di Langgar. Tetapi dia pun tidak tahu di manakah makam tertentu yang ingin saya dicari di sana itu...

Alhamdulillah, setelah bertanya kepada orang dan berpusing-pusing di keliling pekan Langgar, berjumpalah kami dengan makam yang dicari. Ia sebuah makam lama berusia lebih 1,100 tahun milik seseorang yang dikenali sebagai Sheikh Abdul Qadir. Tetapi generasi tua di sini pun belum tentu tahu akan kewujudannya...

Sebenarnya ini adalah kali ketiga saya jalan-jalan cari makam di Langgar, Kedah. Kali pertama, saya pergi ke makam diraja... Ceritanya telah dinukilkan setahun lepas dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Bertandang ke makam diraja Langgar, Kedah? (A visit to the royal mausoleum at Langgar, Kedah?) ... Kali kedua pula saya memang hendak mencari Makam Sheikh Abdul Qadir tetapi tidak tahu tempatnya lalu sampai ke makam lama lain pula... Kali ini, nampaknya sudah sampai masa saya menyambung wasilah dengan pemilik makam ini. Sila baca ceritanya yang baru dibuat tadi, tajuknya Sebuah makam berumur 1,100 tahun di Kedah! (A 1,100 year old tomb in Kedah!) ...


Kemudian kami singgah di sebuah masjid lama yang terletak sekitar 100 meter sahaja daripada kawasan pemakaman diraja Kedah. Tetapi kawan Badrul yang katanya berasal daripada Langgar pun baru kini tahu akan kewujudannya sedangkan saya pula terjumpa masjid ini semasa kali pertama sampai ke Langgar. Mungkin elok juga dibaca lagi cerita Bertandang ke makam diraja Langgar, Kedah? (A visit to the royal mausoleum at Langgar, Kedah?) untuk memahami apa yang berlaku... Tadi pula saya telah membuat sebuah posting ringkas bertajuk Sebuah masjid lama di (and old mosque in) Langgar, Kedah...

Kawan Badrul (lupa pula nama, abang apa entah) kemudian mencadangkan kami pergi menziarahi sebuah makam di pekan Jitra, sekitar 20km kalau tak salah saya ke utara Alor Setar... Dalam perjalanan itu ternampak masjid ini yang nampak agak menarik juga. Tapi kami tak singgah ke dalam...


Di Jitra, kami singgah mengambil seorang sepupu kepada kawan Badrul yang lebih tahu akan kedudukan makam yang dimaksudkan. Ternyata ia adalah satu lawatan yang sangat bermakna kerana pemilik makam ini bukan sembarangan orang... Beliau adalah ayahanda kepada Sheikh Abdul Samad al-Falimbani yang amat terkenal dalam dunia Tasawuf Melayu... Sila baca artikel Makam Datuk Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil yang dibuat di blogspot ini lebih awal tadi untuk mengetahui kisahnya...


Dalam perjalanan kembali ke Alor Setar, kami ternampak pula masjid yang agak unik ini. Rasanya, kalau saya jadi penguasa, mungkin akan saya panggil "Masjid Bawang"... Boleh ke? :]


Kami singgah makan (lupa pulak makan apa tapi memang sedap giler...) di sebuah persimpangan antara Jitra dan Alor Setar. Dalam pada itu terkeluar cerita akan bukit berdekatan yang ada unsur-unsur mistik. Terus tergerak untuk pergi ke sana...


Di satu bahagian, terdapat sebuah rumah tinggal yang menurut kawan Badrul dan sepupunya dipanggil orang kampung sebagai tinggalan istana lama...


Orang lain menunggu dalam kereta sementara saya melihat lebih dekat. Ternyata ada ruangan yang agak besar di dalam... Saya pun masuk... Teringat pula akan Istana Raja Muda di Teluk Intan yang kini sudah jadi tempat jin bertendang. Ceritanya ada di sini... Istana Raja Muda (The regent's palace), Teluk Intan, Perak


Saya tak ingat lokasi sebenar bangunan tinggal tadi. Yang pasti ia terletak berhadapan papan-tanda di dalam gambar ini...


Dalam perjalanan keluar daripada kawasan itu, masih di sekitar kaki bukit tadi, kelihatan pula sebuah kawasan kubur lama dengan tinggalan-tinggalan tembok yang menyerupai kubu lama...


Sekali lagi saya turun kereta untuk melihat lebih dekat. Kali ini sepupu kepada kawan Badrul yang pernah bekerja sebagai warden penjara ikut turun sekali...


Lihat... Ia seperti tinggalan tembok lama...


Di sebelahnya pula ada runtuhan seperti tembok yang membentuk satu bulatan. Entah untuk apa...

Selepas itu, kami menghantar sepupu kawan Bad balik ke Jitra, kawan itu pula dihantar balik ke Alor Setar. Lalu kami pula kembali ke Kampung Ruat, Yan. Habis le cerita ini...

Yeaaayyy!!! Lepas ni nanti, boleh le buat cerita pasal perjalanan terbaru naik Gunung Jerai lalu selesailah cerita-cerita Kedah. Boleh bergerak ke cerita-cerita Perak pula. Yipppeee!!! :]

2 ulasan:

  1. SERABUT gaya penulisan blog ni.. branching merata2 xboleh nk fokus apa kau nak cerita sbnrnya bro?

    Pastu gambar2 pulak xletak notation...lain cerita lain gambarnya. bahasa penulisan pun macam indon baru mendarat ke Malaysia..

    hadoi lah! igt nk le cari psl sejarah2 Melayu ni.. pening kepala baca!

    BalasPadam