Sabtu, Julai 28, 2007

Sampai masanya untuk meninggalkan Perak dan masuk ke Selangor...

Gambar Sungai Bernam yang menandakan sempadan Perak-Selangor di Tanjung Malim/Ulu Bernam, diambil lebih sebulan lalu... Gambar yang mula dipaparkan dalam artikel "Berpetualang ke Aceh" tour run 3 inilah yang menjadi gambar latarbelakang poster baru promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"!

Subhanallah... Saya kini berada di Tanjung Malim setelah bermalam semalam di masjid jamek sana. Adapun, jadilah ia malam ke 7 di Perak, setelah berada 6 malam di Kedah, 5 malam di Kelantan dan 4 di Pahang.
Di sini biar saya bercerita ringkas kerana sudah sangat penat untuk menyiapkan beberapa perkara tertunda... Selain penat mengembara, saya juga perlu meluahkan cerita dalam blogspot-blogspot saya untuk tatapan umum... Bukan senang woo nak-nak bila kepala dah mula sakit-sakit dan badan tak sedap demam-demam sakit urat akibat penat selain gangguan secara halus daripada pihak tak bertanggungjawab...
Menurut syarat-syarat pengembaraan yang saya dapat 2-3 hari kebelakangan (siapa yang faham, faham le...) sekarang sampailah masanya untuk saya bergegas ke Selangor. Samada terus balik ke Kuala Lumpur atau bermalam di tempat lain, yang pasti, saya WAJIB meninggalkan Perak sebelum Maghrib.
Nasib baiklah sempadan Perak-Selangor terletak cuma 1 km sahaja daripada Internet Cafe tempat saya sedang menulis. Cuma saya perlu menyiapkan beberapa cerita di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dan sekarang barulah saya dapat menyiapkannya...
Inilah link-link untuk cerita-cerita baru ini... Silalah jengok... Maaf ya, kali ini tak dapat disertakan gambar sekali kerana saya perlu bergegas sekarang... Wassalam! :]

Khamis, Julai 26, 2007

Mengambil berkat di Teluk Intan?

Sukacita dimaklumkan, tadi saya baru sahaja menyiapkan artikel ke 88 untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan artikel ke 44 untuk SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Pengumuman ini pula bermakna, saya telah membuat artikel ke 155 di sini... Mereka yang mengenali saya tentu faham bagaimana saya mempunyai perkiraan dan gerak rasa tersendiri melibatkan nombor.
Sebenarnya saya masih mahu berkongsi beberapa buah artikel lagi di blogspot-blogspot saya, ada banyak lagi... Cuma masa serta keadaan kesihatan yang sering berubah-rubah ditambah faktor penat berjalan (dah lebih 3 minggu on the road tak balik rumah woo...) sahaja yang tidak mengizinkan sedangkan saya perlu juga meluahkan apa yang terbuku daripada pengembaraan yang lepas-lepas.
Apapun, ini bermakna saya boleh berehat sebentar daripada menulis... Tetapi belum dapat berehat daripada berjalan kerana selepas ini saya perlu menziarahi Makam Raja Ahmad dan Makam Keramat Kuala Bidor sebelum selesai kerja-kerja di Teluk Intan...
Oh... Biar saya berikan link untuk artikel-artikel baru yang dibuat dalam tempoh masa 24 jam ini berserta gambar hiasan... Bacalah... Banyak message yang tersurat dan tersirat hasil gerak hati dan ilham yang muncul tiba-tiba semasa menulis... Sila... :]



The ruins of Pengkalan Bujang




The ancient valley of Bujang in Merbok



Cukuplah ya... Saya perlu bergerak sekarang, makan tengahari pun belum, begitu juga solat... Nasib baik saya boleh buat jamak. Doakan kejayaan saya ya kawan-kawan... Kalau ikutkan, tubuh badan dan jiwa saya sudah sangat berat menanggung sakit serta bebanan zahir dan batin untuk membuat apa yang patut... Memang ada pihak-pihak tertentu melalui cara-cara tertentu yang cuba menghalang. Apapun, saya anggap sudah tersurat inilah perjalanan hidup saya... Semoga segala yang diusahakan terutama untuk mencungkil sejarah Melayu Islam yang digelapkan dapat memberikan manfaat kepada semua. Wassalam...

Rabu, Julai 25, 2007

Kesan peninggalan kerajaan lama di Lembah Bujang

Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. Saya kini berada di Kuala Kangsar setelah bermalam di Masjid Batak Rabit berhadapan kawasan pemakaman keluarga saya semalam. Siang tadi sempat melawat istana Raja Muda di Teluk Intan yang sudah rosak kerana tidak digunakan sejak tahun 1940an gitu, sempat juga melawat sekali lagi makam Sultan ke 22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Shah I yang memerintah tahun 1850an di Durian Sebatang.
Di sini biarlah saya bercerita ringkas... Semasa membuat posting terbaru dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH bertajuk The ancient valley of Bujang in Merbok, timbul gerak untuk berkongsi selebih gambar yang sepatutnya diletakkan dalam cerita itu masuk ke blogspot ini. Maka ini dia...

Rasanya nama ini cukup terang... Candi Pendiat yang ada diletakkan di kawasan Museum Arkeologi Lembah Bujang di Merbuk, Kedah...


Inilah candinya...



Candi Bukit Batu Pahat. Adapun gambar-gambar ini diambil dalam pengembaraan sebelum ini (sebelum pengembaraan sekarang)... Saya berada di kawasan ini pada 18 Januari 2007...


Kalau tak salah saya, Candi Bukit Batu Pahat ini adalah satu-satunya candi di kawasan ini yang memang berasal daripada sini... Yang lain-lain diangkut lalu dipasang semula daripada kawasan-kawasan lain, contohnya Pengkalan Bujang yang terletak sekitar 6km dari sini...


Tu dia... Baru disebut, dia dah keluar... Sedangkan semasa saya menulis perkataan Pengkalan Bujang untuk gambar tentang Candi Batu Pahat, saya tak tahu pun akan keluar nama Pengkalan Bujang dalam gambar seterusnya... Saya setakat menulis menurut gerak hati yang muncul supaya rasa lega, itu aje... Sudah sifat saya begitu, apabila datang sesuatu gerak rasa, saya perlu melampiaskannya (bukan gerak rasa suruh buat maksiat ya)... Kalau tidak, saya jadi tidak senang duduk nanti kerana ada kerja yang tertunda...


Inilah candinya...



Dan setelah selesai menziarahi candi-candi ini, baru saya rasa lepas suatu beban. Terus pergi ke kawasan air terjun Bukit Batu Pahat yang terletak bersebelahan... Tengok-tengok takda orang lain, dapatlah saya mandi telanjang hehe!

Oh... Satu peringatan ringkas... Adapun saya tergerak untuk pergi ke Lembah Bujang di Merbok ini kerana sekitar bulan Disember 2006, saya mendapat gerak hati mengatakan bahawa candi-candi di Kedah bukanlah milik orang Hindu seperti dinyatakan sejarah rasmi yang dipelopori Barat tetapi milik orang Islam belaka... Tetapi sejarah ini diputar-belitkan sementara berhala-berhala ditanam di tempat tertentu agar kita jadi keliru akan asal-usul sebenar bangsa Melayu dan Islam.

Hmm... Cukuplah... Mungkin cerita Kaitan agama Hindu dan Buddha dengan Syariat Nabi ... boleh membantu pemahaman lebih mendalam... Sila!






Selasa, Julai 24, 2007

BKA Tour Run: Alor Setar ke Kuala Kangsar sebelum melaporkan di Ipoh

Alhamdulillah dan Subhanallah, saya telah berjaya menyiapkan 5 artikel baru dalam tempoh 8 jam kebelakangan ini (termasuk tidur dalam 5 jam begitu) untuk blogspot-blospot saya, 4 di BERPETUALANG KE ACEH dan 1 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sila masuk ke link-link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:-



The Penang part of Kuala Muda
Batu Feringghi: A day at the beach...
Masjid (mosque of) Lebuh Aceh. A trip down memory ...
Penang... As they say, the pearl of the orient!
Masjid (mosque of) Sayong, Kuala Kangsar


Maka bolehlah saya memberi laporan terbaru tentang pengembaraan kini yang dilakukan sambil mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh". Cukuplah laporan bergambar ringkas ya. Saya rasa penat dan perlu berehat lagi sedikit sebelum memulakan langkah untuk ke Teluk Intan, Insyaallah tengahari... Ini dia...


Adapun kali terakhir laporan "BKA tour run" dibuat adalah daripada Alor Setar Khamis lepas. Siang itu, saya sempat menggantungkan poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" di hadapan bangunan Universiti Tun Abdul Razak di Jalan Langgar, Alor Setar...


Petang Khamis, saya ke Sungai Petani lalu tidur di sana. Keesokannya pagi Jumaat, terus saya cari sudut yang sesuai untuk mempamirkan poster, kali ini berdekatan Jalan Patani...


Sementara menunaikan solat Jumaat, poster sempat ditayangkan di hadapan Masjid Jamek Sungai Petani!


Ini pula di stesyen bas Kulim... Perhatikan poster BKA di celah warna-warni iklan-iklan lain...


Selepas bermalam di Kulim, saya pun memulakan perjalanan ke Perak. Singgah sebentar berehat sambil ziarah ke Masjid Gunung Semanggol.... Gantunglah poster BKA di hadapan...


Ini pula di stesyen bas Taiping...



Nah... Bila diambil daripada sudut jauh, barulah nampak, bagaimana 'mengarut'nya kerja saya menggantung poster di tempat-tempat awam. Heh! :]


Ini pula digantung dalam bilik tidur hotel murah di Kuala Kangsar tempat saya berehat setelah sampai daripada Taiping Sabtu malam Ahad...


Pagi keesokannya, terus cari sudut yang sesuai untuk mempamirkan poster... Tu dia, di hadapan bangunan MCA cawangan Kuala Kangsar pun jadi!


Yang ni kalau tak tahu kat mana, rasanya tak payahlah mengaku sebagai orang Malaysia. Masjid Ubudiyah di Kuala Kangsar cukup terkenal sebagai salah satu, mungkin satu-satunya simbol utama bandar diraja Perak malah semasa kecil dahulu, saya cukup ingat masjid ini sebagai gambar hiasan untuk setem (dah lupa untuk berasa sen) walaupun ketika itu saya belum pernah sampai ke Kuala Kangsar!


Ini pula di Kati... Setelah ditinggalkan seorang rakan yang menghala ke Lenggong. Dalam pada itu terfikir juga, nak gantung poster ke tidak, nak gantung ke tidak. Tapi apabila memikirkan bas ke Kuala Kangsar boleh tiba-tiba muncul, saya rasa tak payahlah menggantung poster kali ini... Takut kelam-kabut hendak membuka dan mengikatnya, kemudian terkejar-kejar hendak menanggalkannya untuk mendapatkan bas...

Adapun pada awalnya, saya bercadang untuk menziarahi rumah ibubapa rakan ini, rakan yang akhir sekali saya ketemu September lalu setelah dia rela mengusung saya ke sana ke mari melawat beberapa lokasi di Kuala Kangsar menggunakan keretanya. Kalau tidak susah juga... Selalunya saya boleh bertahan jalan kaki berbatu-batu atau naik bas ke untuk ke mana-mana tetapi kali ini saya terasa begitu penat. Kalau tidak ada rakan bernama Asri ini, kemungkinan besar saya setakat mampu menziarahi makam diraja di Bukit Chandan sebelum pergi.

Pertolongan Asri menyebabkan saya juga dapat mencari makam Sheikh Abdul Qadir di Kuala Kangsar, makam yang menurut sesetengah cerita menandakan salah satu tempat persinggahan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani ketika melawat Tanah Melayu! Untuk pengetahuan, Sheikh Abdul Qadir diketahui hidup di Baghdad abad ke 12 Masihi... Siapa sangka baginda sebenarnya telah beberapa kali melawat bumi sebelah sini malah ada cerita rahsia menyebut Sultanul Awliya ini pernah menjadi raja di sebuah kerajaan lama di bumi Melayu ini!

Apapun, ada banyak lagi cerita menarik yang boleh dikongsi di sini tetapi biarlah ia dikeluarkan apabila ada peluang dan kelapangan masa nanti ya. Berbalik pada gambar di atas di Kati...

Pada awalnya memang saya mahu bermalam di rumah ibubapa Asri di Lenggong sebelum mengikutinya ke Sungai Siput malam nanti atau keesokan pagi. Daripada Sungai Siput, saya boleh menumpang Asri menghala ke tempat kerjanya di Ipoh dan seterusnya saya boleh pergi ke kampung ayah di Teluk Intan. Tetapi apabila mengenangkan barangan yang dibawa agak banyak sedangkan Asri sekarang ada seorang anak dan dia sendiri perlu membawa banyak barang nanti, saya mengambil keputusan untuk turun ke Kati sebelum mendapatkan bas ke Kuala Kangsar.

Daripada Kuale (panggilan orang Perak terhadapa Kuala Kangsar) saya dapat pergi Ipoh di mana seorang rakan muda yang boleh dikira sebagai adik angkat sudah sedia menyambut. Maka bermalamlah saya di rumahnya... Kebetulan pula ada line wi-fi Internet rumah sebelah. Dapatlah saya menumpangnya untuk membuat posting-posting baru di blogspot-blogspot saya. Selesailah apa yang patut, cukuplah cerita buat masa ini ya... Insyaallah tengahari nanti saya akan ke Teluk Intan pula. Wassalam! :]



Isnin, Julai 23, 2007

Lapolan Ipoh mali... Tatak sombong punya!

Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. Ini adalah malam kedua saya di Ipoh setelah meninggalkan Kuala Kangsar semalam. Ada cerita-cerita yang menarik beberapa hari kebelakangan yang ingin dikongsi bersama tetapi biarlah saya menyelesaikan beberapa perkara yang tertunda ya, antaranya adalah menulis sebahagian pengembaraan terdahulu Disember hingga Februari di dalam blogspot berbahasa Inggeris saya, BERPETUALANG KE ACEH .
Adapun kali terakhir saya membuat update di sini adalah cerita Akhirnya, Masjid Brunei di Danau Tok Uban! Khamis lepas. Ini diikuti dengan 7 buah cerita untuk blogspot Inggeris berdasarkan perjalanan yang lalu (bukan perjalanan sekarang) melalui Terengganu, Kelantan dan Pahang serta 3 buah cerita tentang tempat-tempat bersejarah di Perak untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .
Sessi-sessi penulisan itu yang dilakukan semasa dalam pengembaraan di Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim, Kedah diakhiri dengan terjemahan cerita Masjid Brunei dalam bahasa Inggeris untuk digunakan dalam blogspot berbahasa Inggeris, terjemahan yang juga boleh digunakan dalam blogspot saya yang satu lagi iaitu dalam dwi-bahasa. Hasilnya, jadilah cerita tentang Masjid Brunei sebagai artikel ke 151 dalam blogspot ini, artikel ke 77 dalam BERPETUALANG KE ACEH dan 40 dalam SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .
Pada saya, ini adalah nombor-nombor cantik yang ada maknanya yang tersendiri. Maka itu saya tidak mahu membuat apa-apa penambahan baru dalam blogspot-blogspot saya yang akan mengubah jumlah nombor-nombor ini... Sehinggalah saya masuk ke Perak dan sampai masa yang sesuai.
Ternyata setelah berada di Ipoh, barulah ada gerak berserta keluangan masa dan peluang yang sesuai untuk menambah cerita. Cuma saya rasa eloklah ditambah untuk blogspot Inggeris dahulu kemudian blogspot dwi-bahasa lebih-lebih lagi kerana hati ini meluap-luap untuk melepaskan cerita-cerita tentang Pulau Besar, Melaka di BERPETUALANG KE ACEH diikuti sedikit cerita tentang Pulau Besar, Perak di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Oh... Biar saya beri sedikit gambar berserta link sebagai pembuka selera ya... Ini dia...


Ceritanya di Pulau Besar 1: Enter the 'big' island!




Sila masuk Pulau Besar 2: Why so many long tombs?


Nak tau cerita meh pi sini... Pulau Besar 3: Time to move on...

Dan akhir sekali, cerita dwi-bahasa tentang Pulau Besar di Perak pula. Ini gambarnya...




Link nya ialah Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak...
Baiklah, sementara ada peluang dan masa ini, biar saya cuba buat beberapa lagi update dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH supaya dapat dilepaskan beberapa pengalaman yang terbuku daripada pengembaraan yang terdahulu ya. Wassalam!