Rabu, Julai 25, 2007

Kesan peninggalan kerajaan lama di Lembah Bujang

Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. Saya kini berada di Kuala Kangsar setelah bermalam di Masjid Batak Rabit berhadapan kawasan pemakaman keluarga saya semalam. Siang tadi sempat melawat istana Raja Muda di Teluk Intan yang sudah rosak kerana tidak digunakan sejak tahun 1940an gitu, sempat juga melawat sekali lagi makam Sultan ke 22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Shah I yang memerintah tahun 1850an di Durian Sebatang.
Di sini biarlah saya bercerita ringkas... Semasa membuat posting terbaru dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH bertajuk The ancient valley of Bujang in Merbok, timbul gerak untuk berkongsi selebih gambar yang sepatutnya diletakkan dalam cerita itu masuk ke blogspot ini. Maka ini dia...

Rasanya nama ini cukup terang... Candi Pendiat yang ada diletakkan di kawasan Museum Arkeologi Lembah Bujang di Merbuk, Kedah...


Inilah candinya...



Candi Bukit Batu Pahat. Adapun gambar-gambar ini diambil dalam pengembaraan sebelum ini (sebelum pengembaraan sekarang)... Saya berada di kawasan ini pada 18 Januari 2007...


Kalau tak salah saya, Candi Bukit Batu Pahat ini adalah satu-satunya candi di kawasan ini yang memang berasal daripada sini... Yang lain-lain diangkut lalu dipasang semula daripada kawasan-kawasan lain, contohnya Pengkalan Bujang yang terletak sekitar 6km dari sini...


Tu dia... Baru disebut, dia dah keluar... Sedangkan semasa saya menulis perkataan Pengkalan Bujang untuk gambar tentang Candi Batu Pahat, saya tak tahu pun akan keluar nama Pengkalan Bujang dalam gambar seterusnya... Saya setakat menulis menurut gerak hati yang muncul supaya rasa lega, itu aje... Sudah sifat saya begitu, apabila datang sesuatu gerak rasa, saya perlu melampiaskannya (bukan gerak rasa suruh buat maksiat ya)... Kalau tidak, saya jadi tidak senang duduk nanti kerana ada kerja yang tertunda...


Inilah candinya...



Dan setelah selesai menziarahi candi-candi ini, baru saya rasa lepas suatu beban. Terus pergi ke kawasan air terjun Bukit Batu Pahat yang terletak bersebelahan... Tengok-tengok takda orang lain, dapatlah saya mandi telanjang hehe!

Oh... Satu peringatan ringkas... Adapun saya tergerak untuk pergi ke Lembah Bujang di Merbok ini kerana sekitar bulan Disember 2006, saya mendapat gerak hati mengatakan bahawa candi-candi di Kedah bukanlah milik orang Hindu seperti dinyatakan sejarah rasmi yang dipelopori Barat tetapi milik orang Islam belaka... Tetapi sejarah ini diputar-belitkan sementara berhala-berhala ditanam di tempat tertentu agar kita jadi keliru akan asal-usul sebenar bangsa Melayu dan Islam.

Hmm... Cukuplah... Mungkin cerita Kaitan agama Hindu dan Buddha dengan Syariat Nabi ... boleh membantu pemahaman lebih mendalam... Sila!






4 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Minta maaf jika comment ini tiada kaitan dengan artikel saudara.

    Cuma saya tergerak hati nak tanya macam mana nak tahu sama ada kita ni ada keturunan nabi atau tidak. Saudara ada salasilah dlm bentuk pdf or any other file format ke tak?

    FYI, saya org Perak. Keturunan dari sebelah opah dan atok sebelah bapa dan ibu dari Sumatera. Buat masa sekarang ini tengah nak habiskan PhD di Imperial College London. Tengah tension saja browse website dan tergerak hati nak tengok website ni. Dunia kata habiskan PhD ni, tapi hati kata, this is not what you want!

    Lepas habis baca comment ni, tolong padamkan comment ni ye! (belajor tinggi, tapi nak padamkan comment pun tak reti!) bukannya apa.. nak privacy sikit.

    BalasPadam
  2. Wassalam saudara. Saya rasa biarkan sahaja komen ini di sini dahulu. Memang saya boleh padamkan tetapi elok juga rasa saudara ini dikongsi ramai. Tidak ada yang perlu dimalukan atau dirahsiakan.
    Untuk jawaban kepada soalan saudara, saya pun tak tahu bagaimana hendak memberi jawaban yang pasti. Setengah orang tahu mereka keturunan Nabi kerana keluarga ada menyimpan salasilah dan rekod. Contohnya keluarga Sayyid dan Sharifah yang berasal daripada kabilah Ba'Alawi daripada Hadramaut.
    Ada pula yang tok-nenek moyangnya sengaja merahsiakan sejarah keluarga sendiri atas sebab-sebab tertentu... Salah satunya kerana tidak mahu dikesan musuh. Ada pula yang tak mahu anak cucu berbangga dengan keturunannya. Tetapi selalunya ada klu-klu tertentu, contohnya orang kata kita ni keturunan baik-baik. Lepas tu dari segi fizikal, walau macamanapun rupa-paras kita diubah oleh cuaca tempatan, tetap ada sedikit ciri-ciri Arab yang boleh dilihat... Mungkin hidung mancung, mata coklat, rambut perang... Kalau sawo-matang pun selalunya ada ciri-ciri kemerahan apalagi kalau kulit putih cerah.
    Lain daripada itu adalah tanda-tanda seperti sifat yang lain daripada orang kebanyakan... Sifat berfikir tentang nasib ummah, tamadun kenegaraan serta makna sebenar Islam di kala semua orang sibuk cari duit nafsu-nafsi fikir keluarga sendiri sehingga sanggup menjual-beli ayat-ayat Quran.
    Ada rasa tertentu apabila mendengar orang berselawat dan baca Yassin walaupun ketika itu kita sedang jahil tak peduli agama sebab ada zat dalam tubuh-badan yang tersentuh.
    Selebihnya, mungkin dapat melihat perkara yang orang lain tak nampak... Dengan secara tak sengaja dapat melihat masa hadapan, selalu dapat mimpi yang benar dan sebagainya.
    Itu sahaja asaya dapat jawab buat masa ini ya, Insyaallah!
    Oh... Lagi satu, selalunya orang darah Nabi ni ada satu sifat lurus bendul yang tidak akan menipu walaupun akalnya panjang bertahap Genius... Kalau nak kelentong orang, macam-macam cerita best dia boleh reka.
    Satu peringatan, apabila dah tahu kita keturunan Nabi maka tanggunjawab kita lebih besar berbanding orang lain... Kita tak boleh makan duit zakat dan tak boleh terima sedekah. Dan kita sebenarnya ada tanggungjawab besar untuk memimpin masyarakat ke arah kesejahteraan!

    p/s: Alang-alang dah kat London tu pi le jenguk British Museum kawasan manuskrip (entah ada entak tak)... Masa saya kat sana 1991-1995 ada gak dipamirkan kitab-kitab lama Melayu bertulisan Jawi. Memang ada rasa lain macam bila pi sana... Wassalam!

    Subhanallah... Tiba-tiba dapat satu rasa... Silap-silap saudara ni ada kena-mengena belah kerabat saya juga, belah Laksamana Raja Mahkota yang berkait dengan kerabat diraja Aceh, Bugis dan Perak... Hmm...
    Cuba pi jengok http://merahsilu.blogspot.com/2006/12/pengembalian-jenazah-laksamana.html tengok apa rasa...

    BalasPadam
  3. Undang-Undang Kedah
    Penulis: Mariyam Salim
    Penerbit: DBP

    No. KK: 340 104125101
    No. ISBN: 9836282106
    Tahun Terbitan: 2005

    Undang-undang Kedah ialah hasil transliterasi manuskrip lama bertulisan tangan yang merupakan teks undang-undang negeri Kedah. Manuskrip undang-undang ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu sebelum abad ke-19 telah menggunakan sastera sebagai wadah untuk mengendalikan seluruh aspek kehidupan mereka. Sebagai sebuah bandar pelabuhan dan perdagangan pada masa itu, teks undang-undang Kedah banyak membicarakan tentang pelabuhan dan perdagangan selain menyentuh sedikit tentang hukuman mengikut hukum Islam bagi pesalah yang melanggar hukum syarak, panduan menjadi pemimpin dan anak yang baik, cara membuat bunga emas, dan membicarakan sedikit adat istiadat dan pantang larang diraja, hukuman jenayah dan nikah kahwin."

    BalasPadam
  4. how you explain about the artifact found? 1st century of hindu and buddha artifact found. how about the 9th Hindu Raja at kedah renounced Hinduism convert to Islam? you are too SS.

    BalasPadam