Selasa, Julai 24, 2007

BKA Tour Run: Alor Setar ke Kuala Kangsar sebelum melaporkan di Ipoh

Alhamdulillah dan Subhanallah, saya telah berjaya menyiapkan 5 artikel baru dalam tempoh 8 jam kebelakangan ini (termasuk tidur dalam 5 jam begitu) untuk blogspot-blospot saya, 4 di BERPETUALANG KE ACEH dan 1 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sila masuk ke link-link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:-



The Penang part of Kuala Muda
Batu Feringghi: A day at the beach...
Masjid (mosque of) Lebuh Aceh. A trip down memory ...
Penang... As they say, the pearl of the orient!
Masjid (mosque of) Sayong, Kuala Kangsar


Maka bolehlah saya memberi laporan terbaru tentang pengembaraan kini yang dilakukan sambil mempromosi siri buku "Berpetualang ke Aceh". Cukuplah laporan bergambar ringkas ya. Saya rasa penat dan perlu berehat lagi sedikit sebelum memulakan langkah untuk ke Teluk Intan, Insyaallah tengahari... Ini dia...


Adapun kali terakhir laporan "BKA tour run" dibuat adalah daripada Alor Setar Khamis lepas. Siang itu, saya sempat menggantungkan poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" di hadapan bangunan Universiti Tun Abdul Razak di Jalan Langgar, Alor Setar...


Petang Khamis, saya ke Sungai Petani lalu tidur di sana. Keesokannya pagi Jumaat, terus saya cari sudut yang sesuai untuk mempamirkan poster, kali ini berdekatan Jalan Patani...


Sementara menunaikan solat Jumaat, poster sempat ditayangkan di hadapan Masjid Jamek Sungai Petani!


Ini pula di stesyen bas Kulim... Perhatikan poster BKA di celah warna-warni iklan-iklan lain...


Selepas bermalam di Kulim, saya pun memulakan perjalanan ke Perak. Singgah sebentar berehat sambil ziarah ke Masjid Gunung Semanggol.... Gantunglah poster BKA di hadapan...


Ini pula di stesyen bas Taiping...



Nah... Bila diambil daripada sudut jauh, barulah nampak, bagaimana 'mengarut'nya kerja saya menggantung poster di tempat-tempat awam. Heh! :]


Ini pula digantung dalam bilik tidur hotel murah di Kuala Kangsar tempat saya berehat setelah sampai daripada Taiping Sabtu malam Ahad...


Pagi keesokannya, terus cari sudut yang sesuai untuk mempamirkan poster... Tu dia, di hadapan bangunan MCA cawangan Kuala Kangsar pun jadi!


Yang ni kalau tak tahu kat mana, rasanya tak payahlah mengaku sebagai orang Malaysia. Masjid Ubudiyah di Kuala Kangsar cukup terkenal sebagai salah satu, mungkin satu-satunya simbol utama bandar diraja Perak malah semasa kecil dahulu, saya cukup ingat masjid ini sebagai gambar hiasan untuk setem (dah lupa untuk berasa sen) walaupun ketika itu saya belum pernah sampai ke Kuala Kangsar!


Ini pula di Kati... Setelah ditinggalkan seorang rakan yang menghala ke Lenggong. Dalam pada itu terfikir juga, nak gantung poster ke tidak, nak gantung ke tidak. Tapi apabila memikirkan bas ke Kuala Kangsar boleh tiba-tiba muncul, saya rasa tak payahlah menggantung poster kali ini... Takut kelam-kabut hendak membuka dan mengikatnya, kemudian terkejar-kejar hendak menanggalkannya untuk mendapatkan bas...

Adapun pada awalnya, saya bercadang untuk menziarahi rumah ibubapa rakan ini, rakan yang akhir sekali saya ketemu September lalu setelah dia rela mengusung saya ke sana ke mari melawat beberapa lokasi di Kuala Kangsar menggunakan keretanya. Kalau tidak susah juga... Selalunya saya boleh bertahan jalan kaki berbatu-batu atau naik bas ke untuk ke mana-mana tetapi kali ini saya terasa begitu penat. Kalau tidak ada rakan bernama Asri ini, kemungkinan besar saya setakat mampu menziarahi makam diraja di Bukit Chandan sebelum pergi.

Pertolongan Asri menyebabkan saya juga dapat mencari makam Sheikh Abdul Qadir di Kuala Kangsar, makam yang menurut sesetengah cerita menandakan salah satu tempat persinggahan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani ketika melawat Tanah Melayu! Untuk pengetahuan, Sheikh Abdul Qadir diketahui hidup di Baghdad abad ke 12 Masihi... Siapa sangka baginda sebenarnya telah beberapa kali melawat bumi sebelah sini malah ada cerita rahsia menyebut Sultanul Awliya ini pernah menjadi raja di sebuah kerajaan lama di bumi Melayu ini!

Apapun, ada banyak lagi cerita menarik yang boleh dikongsi di sini tetapi biarlah ia dikeluarkan apabila ada peluang dan kelapangan masa nanti ya. Berbalik pada gambar di atas di Kati...

Pada awalnya memang saya mahu bermalam di rumah ibubapa Asri di Lenggong sebelum mengikutinya ke Sungai Siput malam nanti atau keesokan pagi. Daripada Sungai Siput, saya boleh menumpang Asri menghala ke tempat kerjanya di Ipoh dan seterusnya saya boleh pergi ke kampung ayah di Teluk Intan. Tetapi apabila mengenangkan barangan yang dibawa agak banyak sedangkan Asri sekarang ada seorang anak dan dia sendiri perlu membawa banyak barang nanti, saya mengambil keputusan untuk turun ke Kati sebelum mendapatkan bas ke Kuala Kangsar.

Daripada Kuale (panggilan orang Perak terhadapa Kuala Kangsar) saya dapat pergi Ipoh di mana seorang rakan muda yang boleh dikira sebagai adik angkat sudah sedia menyambut. Maka bermalamlah saya di rumahnya... Kebetulan pula ada line wi-fi Internet rumah sebelah. Dapatlah saya menumpangnya untuk membuat posting-posting baru di blogspot-blogspot saya. Selesailah apa yang patut, cukuplah cerita buat masa ini ya... Insyaallah tengahari nanti saya akan ke Teluk Intan pula. Wassalam! :]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan