Hmm... Terasa hendak menyertakan sebahagian cerita mengenai Iskandar Zulkarnain yang ada dikemukakan dalam buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"... Sila baca...
-------------------------
“Kalau begitu, benarlah kata orang, Iskandar Zulkarnain di dalam Al-Quran dengan Alexander the Great yang diagung-agungkan para pengkaji Barat adalah orang yang sama,” rakan lama Rasyid, Daniel bersuara setelah membaca beberapa mukasurat awal kitab Sejarah Melayu. Anak muda yang sedang mengolah-balik buku kedua “Berpetualang ke Aceh” mengangguk bersetuju. Kebetulan sudah sampai ke bab yang menyebut asal-usul kerajaan Melaka... Walaupun sejarah Barat menyatakan baginda berbangsa Greek, ini tidak bercanggah dengan kata-kata Sejarah Melayu bahawa Iskandar Zulkarnain berbangsa Rum, satu istilah yang asalnya merangkumi semua bangsa Eropah tetapi akhirnya disempitkan untuk merujuk kepada bangsa Roman yang mendirikan empayar yang berpusat di Rome, Italy.
“Tetapi ada sarjana Islam yang tidak setuju bahawa mereka orang yang sama,” pemuda itu memberi penerangan. “Ini kerana pengkaji Barat mendakwa Alexander the Great adalah penyembah berhala malah ada yang menuduhnya seorang lelaki homosexual! Sedangkan Al-Quran menyatakan Iskandar Zulkarnain sebagai seorang raja yang saleh, pendakwah yang keluar membawa cahaya agama Allah ke semua wilayah yang ditaklukinya. Lagipun perkataan ‘Zulkarnain’ itu bermakna ‘dia yang memiliki dua tanduk’, bukan sekadar nama. Maka ada yang menafsirkannya sebagai raja yang memerintah Timur dan Barat... Ada juga yang kata, yang dimaksudkan dua tanduk itu adalah mahkota perang yang dipakai baginda.”
Daniel berfikir sejenak. “Kalau begitu sesiapa pun boleh menjadi Iskandar Zulkarnain jika memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan,” dia berkata.
“Boleh juga,” jawab Rasyid. “Maka itu sesetengah sarjana Islam mencalonkan Raja Cyrus dari Parsi atau salah seorang Raja-raja Himyar dari Yaman yang masing-masing pernah menakluki wilayah yang sangat luas sebagai Iskandar yang dimaksudkan. Tetapi calon utama mereka ialah Cyrus yang dilahirkan di Persis (sekarang Fars), barat-daya Iran, abad ke 6 sebelum Masihi, wilayah yang menerbitkan nama Parsi ataupun Persia dan pusat kepada empayar yang dikenali sebagai Achaemenid Empire.”
Cyrus the Great adalah cucu Astyages, raja bangsa Medes yang zalim. Tetapi baginda dibesarkan sepasang suami-isteri penggembala kambing lalu menjadi manusia berakhlak terpuji lagi berkarisma yang bakal muncul sebagai seorang pahlawan yang handal. Cyrus membentuk sebuah pasukan tentera yang hebat dan pada tahun 550 SM berjaya menumpaskan Astyages. Kemudian baginda menyatukan bangsa Medes dengan sebuah lagi bangsa utama Parsi iaitu Parsia lalu menakluki satu demi satu wilayah sehingga sebelum meninggal dunia pada tahun 529 SM, baginda telah memiliki empayar luas merangkumi India, Babylon, Mesir dan Eropah! Maka Cyrus menepati tafsir yang mengatakan perkataan Zulkarnain itu bermakna ‘dia yang memiliki dua tanduk’ kerana berjaya menakluk Timur dan Barat. Baginda juga dikenali sebagai seorang raja yang tidak menyembah berhala. Lebih menarik, masih wujud sebuah ukiran batu menunjukkan raja itu memakai mahkota bertanduk dua menyebabkan sesetengah sarjana Islam yakin, orang inilah Zulkarnain sebenar yang disebut di dalam Al Quran.
“Apapun, mungkin juga Alexander the Great yang memerintah Makedonia dari tahun 356 hingga 323 SM dengan Iskandar Zulkarnain yang tersebut dalam Al-Quran adalah orang yang sama,” kata Rasyid. “Mungkin kenyataan sarjana Barat mengatakan baginda penyembah berhala dan homosexual pula yang serong? Sepertimana Barat menyerkap jarang pengamal pelbagai agama di Hindi sebagai penganut agama Hindu belaka?”
Lagipun anak muda itu yakin, sarjana-sarjana Barat yang dipelopori para pemikir bangsa Yahudi Zionis memang telah lama melakukan fitnah terhadap ajaran Islam serta tokoh-tokoh berkaitan dari dahulu sampailah sekarang. Bukankah mereka pernah melakukan ini ketika menceritakan tentang Perang Salib antara tentera Islam dan Kristian? Maka tentera Islam difitnah berlaku kejam lagi tidak berperi-kemanusiaan?
“Mungkin mereka sengaja memfitnah peribadi Alexander the Great supaya kita tidak tahu baginda juga pernah membawa agama Tauhid? Dengan mengatakan baginda seorang penyembah berhala malah lelaki homoseksual, tentu susah untuk sesiapa menerima akan kemungkinan baginda sebenarnya orang yang beriman, apalagi seorang pendakwah Islam Syariat Nabi Ibrahim seperti disebut dalam kitab Sejarah Melayu... Supaya kita tidak nampak kesinambungan Islam daripada Nabi Adam sampai sekarang, sehingga ramai yang menganut fahaman sempit bahawa Islam itu cuma bermula daripada Nabi Muhammad SAW 1425 tahun dahulu?”
Rasyid percaya Iskandar Zulkarnain yang diceritakan di dalam kitab Sejarah Melayu memang seorang penakluk besar dan pembawa agama Islam Syariat Nabi Ibrahim AS... Pada zamannya, belum muncul Nabi Isa AS, apatah lagi Nabi Muhammad SAW. Dalam perjalanan mengembangkan agamalah, baginda telah menakluki benua Hindi lalu berkahwin dengan anak Raja Kinda Hindi, Tuan Puteri Shahrul Bariyah... Maka tersebutlah dalam kitab itu akan pernikahan mereka menurut Syariat Nabi Ibrahim yang disaksikan oleh penasihat dan wazir baginda iaitu Nabi Khidir AS.
Mengikut Sejarah Melayu lagi, dari perkahwinan ini lahirlah Raja Aristun Shah yang memerintah Hindi selama 350 tahun (Kenapa? Tak percaya ke?) sebelum digantikan anaknya Raja Aftus. Kemudian naik Raja Aska’inat, diikuti Raja Kasdas, Raja Amtabus, Raja Zamzius, Raja Kharus Ka’inat, Raja Arhat Aska’inat dan seterusnya Raja Kudar Zakuhun anak Raja Amtabus. Selepas itu Raja Nikabus menaiki takhta diikuti Raja Ardishir Babegan yang beristerikan anak kepada Raja Nurshirwan Adil, raja Mashrik dan Maghrib (Timur dan Barat), juga dikenali sejarahwan Barat sebagai Nurshirwan the Just. Nurshirwan yang berasal daripada Dinasti Sassanid memerintah empayar Parsi atau Persia, satu di antara dua empayar terbesar di dunia pada zaman itu (sebuah lagi adalah empayar Rom), dari tahun 531 hingga 579 Masihi. Untuk pengetahuan, Nabi Muhammad SAW dilahirkan semasa Raja Nurshirwan memerintah Parsi, iaitu sekitar 570 Masihi.
Perkahwinan Raja Ardishir dengan puteri kepada Raja Nurshirwan menerbitkan seorang anak laki-laki bernama Raja Dermanus. Menurut kitab itu, anak cucu bagindalah yang akan memegang kerajaan besar di Hindi turun-temurun sampai kepada Raja Tersi Berderas, anak kepada Raja Zimrut bin Raja Tersi bin Raja Dermanus bin Raja Ardishir Babegan bin Raja Kudar Zakuhun bin Raja Amtabus bin Raja Sabur bin Raja Aftus bin Raja Aristun Shah bin Raja Iskandar Zulkarnain.
Tersi Berderas pula beristerikan anak Raja Sulan, raja di negeri Amdan Nagara yang menguasai Hindi dan Sindi (hampir ke China), seorang anak cucu keturunan Raja Nurshirwan Adil juga. Maka bertemu lagi keturunan Raja-raja Hindi yang mempunyai titisan darah Iskandar Zulkarnain dengan keturunan Raja-raja Parsi dan lahirlah Raja Suran yang akan mewarisi kerajaan Amdan Nagara kemudian menurunkan Raja-raja Melayu daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain... Itulah yang tersebut sebagai asal-usul Raja-raja Melaka yang turun ke Bukit Siguntang!

Den macam tak cayo cerito ini. Mana ekau dapek cerito ni?
BalasPadamCerita ni ada dalam buku SULALATUS SALATIN iaitu SEJARAH MELAYU. Ataupun nama lainnya MALAY annals xsilap. Buku yg sama tetapi terdapat 3 versi penulis serta olahan xsilap saya. Versi raffles katanya berada di muzium negara barat. Mahukan info lebih sila rujuk google. Sy pon masih membaca sulalatus salatin versi samad said.
PadamTapi sya lebih yakin Cyrus the great adalah zulqarnain,,
BalasPadamFakta nya.. Cyrus penakluk media dan persia timur dan barat,dan Cyrus jugak ada bukti yg dia raja yg adil dan bijaksana tidak zalim pada bgsa yg dia takluki.. Dan Cyrus jugak yg mengembalikan kaum yahudi ke tanah yg di janjikan mereka setelah menjadi budak atau hamba di masa era nekabudnezar..dan bahkan Alexander the great menjadi Cyrus sebagai sosok penting bgi dia. Dan satu lgi fakta Cyrus ni masih lagi bgsa semitic