Jumaat, November 17, 2006
Susah-payah satu perjuangan
Apapun, prinsip di atas boleh dipakai jika bercakap tentang penulis yang kerjanya setakat menulis sahaja... Tidak perlu memikirkan hal lain seperti rupa-bentuk kulit buku, aktiviti promosi, pengedaran dan sebagainya. Tulislah mengikut selera pembaca seperti diarahkan syarikat penerbitan terkemuka yang mampu mewar-warkan buku anda ke seantero dunia, kemudian biarkan mereka menguruskan segalanya. Bagaimana pula keadaan penulis yang terpaksa berhempas-pulas membuat segala-galanya daripada menulis, editting, lay-out, graphic design sampai ke penerbitan dan pemasaran? Bagaimanakah keadaan sebenar seorang penulis jika dia terpaksa berbuat semua ini tanpa sokongan orang lain?
Memang ada penulis yang menerbitkan buku sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana syarikat penerbitan yang dikenali ramai, terutama dalam bidang penulisan politik tetapi mereka selalunya mampu mengupah orang untuk menyiapkan buku itu bagi pihak mereka. Kenapa? Sebab banyak di antara mereka sebenarnya "diupah" untuk menaikkan pihak tertentu dan menjatuhkan pihak yang lain... Maka pencarian hidup mereka terjamin bukan kerana jualan buku tetapi tajaan pihak tertentu yang mahu buku yang ditulis memenuhi agenda serta mengikut hala-tuju mereka... Dan pihak yang menaja penulis sebegini secara semulajadi memang sedia memasarkan buku penulis tersebut melalui segala alat kuasa yang dimiliki kerana memang mahu isinya ditatap seramai mungkin untuk memastikan agenda mereka membentuk persepsi masyarakat umum mencapai matlamat.
Sekarang, bagaimana pula keadaan penulis yang tidak mahu langsung bersekongkol dengan pihak-pihak yang berkepentingan? Bagaimana jika anda betul-betul mahu memperjuangkan sesuatu yang anda percayai sepenuh jiwa-raga, sesuatu yang bukannya popular, menongkah arus zaman malah boleh menggugat kestabilan mereka yang berkepentingan sedangkan pihak lain mungkin tidak nampak niat baik anda malah ramai pula yang menuduh bukan-bukan? Belum dikira lagi pihak lain yang memang tidak mahu anda berjaya malah cuba menghalang usaha anda selagi boleh!
Para pembaca sekalian, siang tadi, saya digerakkan Allah SWT untuk menulis sebuah surat permohonan kepada Perpustakaan Negara tentang satu skim yang sudah sebulan saya ketahui wujud tetapi baru sekarang saya mendapat sedikit kekuatan semangat untuk cuba terlibat sama. Maka saya pun pergi ke sana untuk berjumpa dengan Ketua Pengarahnya. Sayangnya, beliau sudah keluar dari pejabat kerana ada hal lain... Nasib baiklah Personal Assistant nya sudi melayan dan memberi jaminan surat ini akan mendapat perhatian sewajarnya.
Petang itu, dalam perjalanan kembali ke rumah makcik di Ampang, hati saya tergerak pula untuk berkongsi surat ini dengan para pembaca... Niat saya, supaya semua orang boleh nampak, bukan senang mahu menjadi penulis yang betul-betul ada pegangan dan perjuangan. Sila... Baca... Fahamilah susah-payah satu perjuangan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...
Hmm... Ada sedikit masalah... Saya tidak tahu cara untuk attach file ke blogspot ini dan ini perlu jika saya mahu mengekalkan format surat itu seperti asalnya... Tidak mengapalah... Saya copy sahaja isi surat itu di sini. Pedulikan format, yang penting pembaca faham maksud isi... Ini dia...
Mohd Fahrulradzi b. Mohamad Sapiee,
Lot 646, Jalan 9,
Taman Ampang Utama,
68000 Ampang.
Puan Siti Zakiah Aman,
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia,
232, Jalan Tun Razak,
50532 Kuala Lumpur ..................... 17 November 2006
Puan,
Mohon dimasukkan ke dalam skim pembelian terus buku daripada penulis
Saya Mohd Fahrulradzi b. Mohamad Sapiee atau Radzi Sapiee difahamkan pihak Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai skim untuk menolong penulis bebas di Malaysia supaya mampu terus berkarya dengan membuat pembelian terus buku daripada penulis. Untuk makluman, saya telah menerbitkan sebuah novel karya sendiri bertajuk “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti” dengan nombor ISBN 983-42031-0-1 pada bulan Jun. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih termasuk rangkaian kedai buku MPH dan Popular Bookshops. Masalahnya, saya adalah seorang penulis baru dan novel ini sedikit melawan arus kerana cuba mengenengahkan 1,200 tahun sejarah Melayu Islam yang jarang disentuh mana-mana pihak. Sedangkan pasaran lebih meminati novel-novel ringan berunsur cinta dan sebagainya.
Biar saya berterus-terang. Saya adalah seorang lulusan B.Sc Mathematics daripada University of London (1991-1995) dan pernah menjadi wartawan akhbar The New Straits Times (1996-2001), tetapi disebabkan satu pencarian peribadi untuk memahami salasilah keluarga, saya telah meninggalkan kerjaya dan berbagai kesenangan hidup lalu keluar merantau ke merata tempat mencari jawaban. Setelah lebih 4 tahun berbuat begitu, saya mengambil keputusan untuk menceritakan pengalaman itu dalam bentuk novel fiksyen yang membuka sejarah lama kaitan kerajaan-kerajaan lama Islam seperti keSultanan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Aceh juga keSultanan Perak sampai sekarang dengan keKhalifahan Islam di Timur Tengah. Beberapa syarikat penerbitan buku telah menunjukkan minat tetapi meminta isinya dipinda menurut selera pasaran, dan tajuk buku yang didapati melalui ilham juga disuruh tukar.
Sebagai seorang yang percaya banyak sejarah Melayu sebenar telah digelapkan melalui proses social engineering serta dakyah ciptaan Barat untuk melemahkan jatidiri bangsa, saya tetap bertegas mahu mengeluarkan isi yang ditulis seadanya dan dalam bentuk yang telah dirangka. Maka itu saya mengambil keputusan mendaftarkan syarikat kecil bernama Wasilah Merah Silu Enterprise lalu membuat pinjaman wang daripada keluarga sebanyak RM18,000 untuk menerbitkan 3,000 naskah permulaan. Buku setebal 300 mukasurat dengan saiz kertas A5 ini dicetak dengan harga RM6 sebuah dan dijual dengan harga RM24.90. Pengedar pula bersetuju untuk bekerjasama dengan perjanjian akan membayar 50 peratus sahaja harga pasaran dan saya terpaksa akur.
Sekarang, terdapat 1,600 buku dalam edaran tetapi saya masih belum mendapat gambaran sebenar berapa naskahkah telah terjual, apatah lagi untuk mendapat sedikit wang hasil jualan. Cuma saya diberitahu, jualan telah bergerak elok berbanding semasa awal buku dikeluarkan tetapi tidaklah selancar jualan novel biasa di pasaran. Sebagai seorang penerbit dan penulis bebas yang kekurangan dana dan khidmat sokongan, saya tidak mampu membuat promosi selayaknya walaupun telah diberitahu melalui rangkaian Internet bahawa buku ini telah berjaya meraih golongan peminat tersendiri.
Puan, masih terdapat 1,200 naskah buku ini yang disimpan di gudang percetakan sedangkan saya telah menjual sendiri 123 naskah setakat ini secara direct-selling dan menghadiahkan 55 buah buku kepada pelbagai pihak termasuk 5 yang wajib diserahkan kepada Perpustakaan Negara. Buku ini sebenarnya adalah Jilid 1 daripada 3 bahagian “Berpetualang ke Aceh”. Buku 2 dan 3 sudah siap ditulis, buku 2 sudah 30 peratus siap diedit sendiri selain dalam proses lay-out dan masing-masing menunggu dana hasil jualan buku 1 sebelum ia dapat diterbitkan sedangkan hakikatnya, modal percetakan hasil pinjaman wang daripada keluarga pun belum dapat diperolehi balik. Oleh itu saya meminta jasa baik pihak puan supaya dapat memasukkan buku ini di bawah skim tersebut supaya saya mampu terus berkarya atau paling kurang pun dapat menyampaikan sedikit ilmu tentang sejarah kegemilangan Melayu Islam yang diperolehi melalui pelbagai siri pengembaraan serta pengalaman hidup yang ingin diturunkan melalui ketiga-tiga buku sebagai sumbangan tersendiri terhadap khazanah sastera keilmuan Melayu.
Di sini, saya hadiahkan senaskah buku “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti” untuk tatapan puan. Untuk makluman, lebih kurang sebulan lepas, saya telah berjumpa Puan Musalmah di Bahagian Teknik, Tingkat 16 Perpustakaan Wisma Selborn dan beliau juga telah menerima senaskah buku supaya penilaian awal dapat dibuat.
Diharap pihak puan dapat menunaikan harapan saya ini.
Yang benar,
(Mohd. Fahrulradzi b. Mohamad Sapiee @ Radzi Sapiee)
Rabu, November 15, 2006
KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita
Lakaran Barat tentang Bandar Aceh kurun ke 16-17 Masihi.
Semalam saya telah membuat beberapa postings di blogspot ini yang kemudian mengaitkan watak lagenda Keramat Kuala Bidor dengan KeSultanan Perlak serta pergolakan Sunni-Syiah... Sempat pula bercerita sekali tentang Nur, buah hati Muhammad Al-Aminul Rasyid iaitu watak utama dalam novel "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" yang selalu menyokongnya dalam susah dan senang. Maka di sini biarlah saya panjangkan cerita mengenai keSultanan Perlak daripada buku "Berpetualang" untuk tatapan semua. Silakan! :]
Jauh sebelum muncul keSultanan Melayu Melaka, telah wujud sebuah keSultanan Islam bernama Perlak di bumi Serambi Mekah.
Malah ketika moyang Sultan Melaka baru hendak mengenali apakah itu binatang yang bernama singa di Temasik, Perlak telah pun menjadi sebuah kuasa besar yang disegani di rantau ini.
Cuma ia dikira beraliran Syiah, berlawanan dengan fahaman Sunni atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka itu Perlak tidak diiktiraf sejarawan sebagai kerajaan Islam tertua di Nusantara, tidak seperti Samudera Pasai yang dikatakan mendokong mazhab Shafie. Walaupun ia telah wujud 400 tahun sebelum Samudera Pasai, 600 tahun sebelum Melaka diasaskan, ia kurang diberi perhatian kecuali oleh mereka yang mengkaji lebih mendalam.
Rasyid membelek beberapa perenggan dalam buku mengenai Aceh, bumi Serambi Mekah dan hal-hal berkaitan yang sedang diusahakannya.
“Hmm… bolehlah,” bisiknya. “Biar semua orang tahu dahulu pernah wujud sebuah kerajaan Islam besar yang sudah lama bertapak di bumi Timur ini. Tidaklah asyik bercerita tentang Melaka, Melaka, Melaka aje… Kalau kerajaan lebih awal pula asyik-asyik kerajaan Sriwijaya danMajapahit, Sriwijaya, Majapahit... Naik boring aku…”
Anak muda ini mula mengkaji sejarah Perlak setelah mendapat tahu kewujudan sebuah makam lama di Perak yang dikatakan berumur hampir 1,000 tahun milik seorang insan bertaraf wali yang berasal dari sana. Sebelum itu, dia cuma pernah mendengar nama Perlak daripada cerita legenda Melayu Badang di mana orang kuat Perlak bernama Benderang telah datang ke Singapura untuk beradu kekuatan. Tetapi sejak mengenali identiti tuan-punya makam purba yang tersorok di Teluk Intan itu, pemuda yang amat sayangkan ilmu ini tidak menoleh lagi ke belakang.
Rasyid sanggup bersengkang-mata berulang-alik ke perpustakaan, keluar jauh menziarahi makam-makam lama kemudian ‘berumah-tangga’ di Internet CafĂ© tidak kira di mana jua untuk mencari jawaban. Dan sekarang dia mahu dunia tahu apa yang telah berjaya digalinya untuk perhatian...
————————
Dicatat dalam sejarah, pada awal abad ke 9 Masihi telah datang rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah berlabuh di Perlak, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Mereka ini dikatakan telah melarikan diri daripada buruan kerajaan selepas gagal dalam percubaan menggulingkan pemerintahan Bani Abbasiyah.
Ahli rombongan ini dikatakan terdiri daripada keturunan Rasulullah SAW melalui puteri baginda Fatimah az-Zahrah dan suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajha, juga para penyokong yang mahukan kepimpinan anak cucu Nabi. Termasuk di kalangan mereka adalah seseorang bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar Al-Sadiq.
Ketika itu, Perlak sedang diperintah raja berketurunan Parsi, Merah Syahir Nuwi. Raja dan rakyat Perlak tertarik dengan akhlak ahli rombongan lalu menganut Islam, Rombongan itu dimuliakan dan Ali dikahwinkan dengan adik perempuan Raja Perlak yang bernama Makhdum Tansyuri.
Ada sumber menyebut nama penuh Ali ialah Ali Muktabar Muhammad bin Ad Diba’ie bin Jaafar As Siddiq. Tetapi Rasyid lebih cenderung mempercayai Ali adalah anak kepada Muhammad bin Jaafar as-Sadiq...
Apapun, Merah Syahir Nuwi mangkat sekitar 840 Masihi. Anak lelaki Ali dengan Makhdum Tansyuri pula diangkat menjadi raja baru Perlak, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Maka bermulalah keSultanan Islam Perlak yang akan menjangkau tempoh lebih 400 tahun.
Ali diketahui sebagai anak cucu Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang alim-ulamak besar berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Malah ulamak ini dikultuskan sebagai seorang imam maksum dalam fahaman Syiah. Yang menjadi persoalan, apakah asal-usul Merah Syahir Nuwi yang menjadi raja asal Perlak? Lebih penting lagi siapakah dia Nakhoda Khalifah?
Ada catatan lama menyebut Merah Syahir Nuwi berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman yang telah berhijrah ke bumi Serambi Mekah beberapa kurun terdahulu. Pelabuhan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah sejak kedatangan rombongan 100 orang pendakwah itu, sempena nama ketua mereka Nakhoda Khalifah. Tetapi sebelum menyingkap siapakah Nakhoda Khalifah, eloklah kita kenal dahulu siapakah Salman yang menurunkan Merah Syahir Nuwi.
————————
Rasyid telah menghabiskan masa lebih tiga bulan menelaah berbagai sumber mengenai Perlak tetapi tidak berjaya menemui apa-apa catatan rasmi untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi selepas mengkaji beberapa cerita lama, dia yakin orang yang tersebut ini ialah Saidina Salman al Farisi, sahabat Nabi yang memperkenalkan teknik peperangan parit di Tanah Arab. Parit itu telah digali mengelilingi kota Madinah untuk menghalang serangan orang kafir Quraish dan sekutu mereka dalam perang Khandaq.
Menurut satu cerita, Salman telah diangkat Rasulullah SAW menjadi seorang Ahlul Bait atau ahli keluarga baginda yang mulia. Sahabat ini juga diketahui kuat mengembara sebelum memeluk Islam di tangan Nabi di Madinah. Salman dikenali ramai sebagai seorang bangsawan Parsi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu baginda juga adalah seorang pewaris kerajaan Parsi, sebuah daripada dua kerajaan terbesar di dunia zaman itu?
“Sebab itu ada kitab-kitab lama Melayu menyebut Saidina Salman al Farisi sebagai Raja Salman,” kata Rasyid, menerangkan asal-usul kerajaan Perlak kepada beberapa orang teman yang juga meminati cerita-cerita lama. “Cuma Salman yang berasal daripada Dinasti Sasanid, keturunan Raja Nurshirwan Adil yang dikenali dalam kitab-kitab lama sebagai Raja Mashriq dan Maghrib iaitu Timur dan Barat itu tidak tertarik atau berminat kepada harta dan kekayaan mahupun kuasa dan nama.”
Sebagai seorang berdarah raja, baginda lebih berminat menimba ilmu mencari kebenaran demi memahami hakikat sebenar kehidupan. Lalu Salman sanggup meninggalkan segala kuasa dan kemewahan untuk mengembara mencari jawaban Menurut satu riwayat, bangsawan Parsi ini pernah menganut agama Zoroaster, agama utama di wilayah kelahirannya. Agama itu asalnya agama Tauhid yang mengEsakan Tuhan sebelum diseleweng unsur-unsur penyembahan api. Kemudian Salman menjadi penganut agama Nasrani ataupun Kristian yang berasal daripada ajaran Nabi Isa AS yang juga telah lari daripada landasannya yang sebenar.
Lama kemudian, barulah baginda mendengar khabar daripada beberapa orang pendita tentang kewujudan agama Hanifiah (orang-orang yang lurus) iaitu agama Tauhid Syariat Nabi Ibrahim AS. Tetapi menurut mereka, agama ini telah pupus di Parsi. Kalau hendak belajar juga, harus mencari seseorang di Tanah Arab. Itulah agama syumul yang diwarisi Nabi Muhamad SAW daripada moyangnya Nabi Ibrahim AS sebelum baginda mendapat wahyu untuk mengajar Syariat akhir zaman. Maka selepas bertahun-tahun berkelana mengkaji dan menganut pelbagai ajaran dan fahaman, Saidina Salman Al-Farisi akhirnya menemui kebenaran, selepas berjumpa Khatamul Anbiya, penutup segala Nabi, Rasulullah SAW.
Rasyid tidak pasti bilakah Salman sampai ke Perlak. Adakah sebelum atau selepas berjumpa Nabi. Kalau menurut cerita-cerita yang ditampilkan dalam buku sejarah, ada kemungkinan baginda sampai ke Perlak sebelum itu kerana keturunannya, Merah Syahir Nuwi dikatakan hanya menganut Islam selepas kedatangan rombongan Nakhoda Khalifah. Tetapi ada kemungkinan juga baginda telah sampai ke sana selepas Rasulullah SAW wafat, lebih tepat lagi selepas kemangkatan Saidina Ali yang menyaksikan Muawiyah bin Abu Sufian merampas keKhalifahan umat Islam. Maka baginda pun membawa diri jauh daripada kemungkaran yang berleluasa semasa pemerintahan Muawiyah lalu sampai ke Perlak? Wallahualam...
Perkahwinan Ali bin Muhammad bin Ja’afar al Sadiq dengan adinda Merah Syahir Nuwi merupakan pertemuan dua cabang termulia keturunan Nabi Allah Ibrahim. “Seperti kebanyakan raja-raja besar, Raja-raja Parsi juga memiliki titisan darah Iskandar Zulkarnain, penakluk agung yang menurut sesetengah sumber adalah keturunan Nabi Sulaiman,” Rasyid membuka cerita.
Nabi Sulaiman memiliki kerajaan luas yang merangkumi manusia, jin dan haiwan juga unsur-unsur alam seperti angin yang boleh diperintahkan untuk membawanya ke sana-sini. Baginda adalah anak Nabi Daud, keturunan Nabi Ishaq, anak Nabi Ibrahim dengan isteri pertamanya Siti Sarah. Imam Ja’afar al Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein bin Saidina Ali Karamallahuwajha, suami Fatimah Az-Zahrah binti Nabi Muhammad SAW pula berasal daripada keturunan Nabi Ismail, anak sulung Nabi Ibrahim dengan isteri keduanya Siti Hajar. “Maka bertemulah dua nasab mulia keturunan Nabi Ibrahim menjadi Sultan-sultan Perlak..”
Pernah seorang kerabat diraja Perak dengan bangganya bercerita, dalam banyak-banyak kerabat diraja yang masih wujud hingga sekarang, kerabat Peraklah yang paling hebat. Kerana mereka berasal daripada keturunan Raja-raja Melaka yang memiliki titisan darah Raja Iskandar Zulkarnain, raja besar yang pernah memerintah hampir seluruh muka bumi lebih 2,000 tahun lalu dan kisahnya disebut dalam Surah Al-Kahfi.
Rasyid yang suka membela Aceh pun menegur: “Asal bercerita tentang raja-raja, balik-balik keluar cerita Iskandar Zulkarnain. Kamu lupakah martabat Rasulullah SAW itu lebih tinggi lagi kerana kemuliaan baginda mengatasi segala Rasul, Nabi, wali dan raja, malah segala makhluk?”
“Bukankah setiap selawat ke atas Nabi wajib disertakan dengan selawat ke atas keluarganya, merangkumi keturunannya sampai sekarang?,” dia bertanya pula. “Bukankah selawat yang dibaca selepas shahadah tahyat akhir solat memerlukan setiap orang Islam menyebut: Salam sejahtera Allah ke atas Muhammad dan keluarganya sepertimana salam sejahteraNya ke atas Ibrahim dan keluarganya? Jika bacaan doa sekali seminggu solat Jumaat meminta kesejahteraan keluarga diraja boleh membawa berkat dan daulat, inikan selawat yang dibacakan berjuta-juta malah berbillion orang ke atas Nabi dan keluarganya setiap kali solat dari zaman dahulu sampailah sekarang. Maka itu manakah lebih berdaulat? Keturunan Rasulullah SAW atau Iskandar Zulkarnain? Bagaimana pula kalau ada titisan darah kedua-duanya sekali?”
Kerabat diraja Perak itu terus terdiam, langsung tak terjawab...
Walaupun sejarah rasmi Perlak yang diperolehi Rasyid tidak menyatakan secara terang asal-usul keSultanan itu, tidak susah untuk menemukan keterangan yang mengaitkannya dengan Rasulullah SAW dan Saidina Salman Al-Farisi. Yang membuat pemuda ini bingung siapakah dia Nakhoda Khalifah? Mengapa ada panggilan Khalifah? Bukankah Khalifah tarafnya lebih tinggi daripada Sultan bahkan ia menaungi para Sultan?
Tentang siapakah itu Nakhoda Khalifah, nanti kita lihat di posting akan datang OK, Insyallah!
Hidupkan jiwa Tasawuf. Kembalikan jatidiri sebenar Melayu!
Mungkin isi artikel ini boleh menjawab persoalan di atas? Yang pasti memang ada pihak yang tidak senang dengan amalan Tasawuf yang sejati. Apa hendak dibuat? Fitnah akhir zaman semakin kuat. Golongan kaki rasuah, kaki betina dan segala macam kaki-belit sudah bermaharajalela mengaku sebagai pejuang agama, bangsa dan negara dengan kata-kata manis mereka yang disokong pengajian tinggi agama dan kepandaian membaca doa berjela sebagai penguat hujah tetapi hampa tanpa roh Islam yang syumul.
Masalahnya, tidak ramai yang nampak hakikat sebenar kecuali mereka yang mampu melihat dengan matahati jernih yang mampu menembusi segala tipu-helah... Dan selalunya orang yang mampu menembusi lakonan manusia durjana bertopengkan agama ini adalah orang yang memiliki jiwa Tasawuf. Maka itu ilmu Tasawuf cuba dihapuskan dengan akal rendah supaya helah si buruk berlagak alim dapat diteruskan... Malah pelajaran Tasawuf boleh "diolah-balik" sehingga menjadi tidak lebih daripada ilmu falsafah yang mungkin dapat memantapkan hujah para penganutnya dalam arena perdebatan ilmu tapi membutakan terus matahati.... Sehingga manusia jadi berbangga dengan kepetahan lidah sedangkan hakikat Islam yang melahirkan ketenangan langsung tidak terpancar daripada kata-kata mereka
Tak apa... Baca aje lah... Cuma aku ada edit sikit syntax error yang aku nampak dan bold kan mana-mana yang aku rasa nak bold kan...
Hujah kepada yang mengelirukan pandangan tasawuf
Dilulus terbit pada Friday, January 13 @ 21:10:33 MYT oleh TokPenghulu
ahlisufi001 menulis "Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari mazhab-mazhab Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanafaatkan dalam ruangan yang singkat ini.
Punca pokoknya ialah Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehansif/ menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.
Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :
1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bid’ah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada mana- mana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid’ah dan sebagainya.
Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid’ah.
Contoh fahaman diatas adalah sebahgian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahgiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid’ahkan umat Islam yang sunni.Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias
Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu mahupun usul.Contohnya:Kalau kita faham Bid’ah itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanah-kebaikan) maka puak ni kata bid’ah tu satu je iaitu dhalalah(sesat).Persoalannya Sekiranya amalan tariqat ni sesat bid’ah mengapa Ulama-Ulama terdahulu menghayatinya seperti Imam Al Ghazali,Imam Al Qusyairi.Imam Junaid,Imam Wahab Syaroni,Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.Ulama di nusantara terdahulu yang sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang yang menghayati amalan sufi spr Syeikh Daud Al Fatani.Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Sy Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.
Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majority keseluruhannya kitab tasawuf.Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng sama jugalah dengan mazhab aqidah ada juga yang menyeleweng Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah mereka mewakili hentam semua mazhab sufi ini yang batilnya!.
Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan oleh Ustaz Tengku Fauzi apakah Ilmu kita dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?Ini kita terus hentam ulama sufi misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:
1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.
5. Syeikh Asy Suhrawardi
6. Imam Al Yafi’I
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Atta’illah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.
Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid’ah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”
Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal KhutbahTentang Tawasul dan Rabitah.
Ramai di kalangan orang yang tidak berhati-hati dan tiada mengaji tentang ilmu Tasawuf terus menolak amalan Tawasul dan amalan rabitah.Sebenarnya kita mungkin rasa asing dalam kedua-dua amalan ini kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”.
Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ‘ain pun tidak selari dengan ulama terdahulu macammana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?
Penjelasan Tawasul secara ringkas.
Tawasul atau wasilah menurut dalam pengertian bahasa ialah:“Sesuatu yang dekat kepada yang lain”.Manakala makna dari istilah hukum Islam bermaksud“Pendekatan kepada Allah Ta’ala dengan mentaati dan beribadah kepadanya, mengikut Nabi-nabi dan Rasul-RasulNya dengan semua amal yang di kasihi dan di redhai-Nya”
Ibnu Abbas menegaskan: "wasilah itu ialah pendekatan(qurbah)¨.Qatadah mentafsirkan qurbah itu ialah:"dekatkan dirimu kepada Allah Ta'ala dengan mentaati Nya dan mengerjakan amal yang di redhai Nya¡¨maka setiap perintah syara' samada yang wajib mahupun sunnat adalah tawasul atau wasilah mengikut syariat.
Dalil naqalnya ialah : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya dan berjihadlah pada jalan Nya supaya kamu mendapat keberuntungan¨ (Al Maidah : 35)
Perkataan wasilah dalam ayat di atas kebanyakkan mufasirin hampir senada iaitu menuntut atau mencari pendekatan kepada Allah Taala dengan mentaati dan mengamalkan sesuatu yang di kasihi Allah Taala.Mengamalkan sesuatu amal-jalan(wasilah) yang menuju kepada kehampiran denganNya adalah bentuknya terlalu umum tetapi berdasarkan muafakat dengan Haq Ta'ala.Diantara penjelasan ahli Tafsir yang senada tadi (sama maksud) ialah:
a. Tafsir Al Khazin j.2 ms 47.
b. Tafsir Ibnu Katsir j2 ms 52-53.
c. Tafsir Fi Zhilalil Quraan j6 ms 146
d. Tafsir Al Futuhatul Ilahiyah ms 488
Manakala Tafsir :
a. Sirojul Munir (Imam Syarbaini Al Khatib)
b. Al Kasysyaf (Imam Zamakhsyari)
c. Anwarut Tanzir (Qadhi Al Baidhawi)
d. Al Kabir (Imam Fakhrur Razi) semuanya pada umumnya menyatakan wasilah atau tawasul membawa maksud:"carilah jalan supaya kamu dapat taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah Ta'ala¨.
Untuk kita lebih faham tentang perkara ini kita kena tahu pengertian dua perkara dan kedua- dua perkara ini mempunyai dua makna ; kedua-dua perkara ini tidak terpisah sama sekali jika terpisah maka bathil jadinya iaitu:
1. Wasilah- cara atau jalan atau alat.
2. Ghayyah- matlamat atau tujuan.
Makna pertama iaitu Allah Ta'ala memerintahkan kita berwasilah iaini mencari jalan yang diredhaiNya samada amalan wajib atau sunnat samada dengan berdoa,bershalat,bertawasul dengan asma Allah al husna , dengan berkat RasulNya atau dengan amalan sholeh atau dengan keberkatan para auliya samada cara berziarah kubur mereka, membaca mauled , atau mengadakan haul bagi mengingat sejarah perjuangan mereka di atas jalan Allah Ta'ala atau dengan mengasihi mereka iaini dengan menambat hati dengan mereka(rabithah) supaya limpah rahmatNya ke atas kita . Kesemua amalan-amalan ini dengan syarat berlandaskan syariat Allah DAN bermatlamat(ghayyah) mendekatkan diri kepada Allah iaini dengan lain perkataan Bermaksudkan Allah dan keredhaanNya jua yang di tuntut bukan lainya.
Makna Kedua iaitu Semua wasilah hanyalah wasilah jua (sabit dengan nas syara¡¦)namun yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Misalnya kita berdoa atau bertawasul dengan dengan orang-orang shalih di dalam doanya atas jalan Allah Ta'ala bahawasenya kesemua doanya itu mestilah di tujukan kepada Allah Ta'ala dan bukan kepada wasilah itu sendiri secara haqiqatnya dengan I'tiqad yang putus bahawa Allah jua lah yang menentukan dan memaqbulkan segala doaersoalan yang selalu dibangkitkan ialah bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.
Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara’ dan I'tiqad kita benar iaini beri'tiqad yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.
Sudut Pertama: Apakah orang yang mati itu bererti dianya sudah lenyap atau ghaib samasekali?Ada pendapat yang mengatakan minta tolong dengan orang yang sudah mati adalah sia-sia kerana orang yang sudah mati itu sudah lenyap(tiada) dan tiada boleh buat apa-apa ?Benarkah pendapat ini?
Sebenarnya orang yang sudah mati itu bukan bermakna mereka telah lenyap atau hancur sama sekali tetapi mereka itu hidup semacam kita. Cuma mereka telah berpindah alam iaini dari alam dunia yang fana ke alam barzakh atau alam arwah(ruh).Dalil firmanNya:“Dan jangan kamu mengatakan terhadap orang-orangyang gugur di jalan Allah(bahawa mereka itu ) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya(melihatnya)”. (Al Baqarah :157
Sudut Kedua : Apakah terputus hubungan secara total diantara orang yang hidup dengan orang yang telah mati ?Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang hidup terputus hubungannya dengan orang yang mati jadi bagaimana mereka(arwah) boleh menolong orang yang hidup bersandarkan hadis nabi s.a.w.:Apabila anak adam telah mati maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah , ilmu yang bermanafaat baginya dan anak yang shaleh yang mendoakan orang tuanya¡¨. (Riwayat : Bukhari)
Sebenarnya hadis ini menerangkan kepada kita bahawa orang yang meninggal dunia segala amal taklifiahnya telah terputus (maknanya sudah tiada lagi sesuatu amalan yang di pertanggungjawab oleh syara' ke atasnya dan tertutup segala manafaat sebab tiada lagi amalan yang boleh dilakukan ) kecuali tiga macam amal tadi tetapi hadis ini bukan menekankan bahawa tiada hubungkait langsung dengan orang yang hidup, bukan begitu!Kerana kita masih ada kait dengan para arwah dan ini boleh dilihat dalam dua hubungan iaitu:
a. Hubungan yang hidup dengan si mati.
Sebenarnya bukti orang hidup boleh memberi manafaat dengan para arwah ialah misalnya kita membayar hutang si mati maka beban mereka di sana akan terangkat insya'allah.atau menghadiah kan bacaan Qulhuallah 11 kali atau membaca yassin lalu di niatkan hadiah kepada si mati maka insya'allah dapat manafaat pada simati tersebut.
b. Hubungan yang mati dengan si hidup.
Bagi para arwah khusus ibu bapa kita dan orang-orang yang sholeh bahawa mereka akan menolong kita dengan mendoakan untuk kita dan kesejahteraan kita.Misalnya dalam surah At Taubah ayat 106 bermaksud: "Dan katakanlah (hai Muhammad):Hendaklah kalian berbuat.Allah dan RasulNya serta kaum mukminin akan melihat perbuatan kalian¨.
Ibnu Katsir menerangkan bahawa setiap amal perbuatan orang-orang yang masih hidup diperlihatkan kepada sanak-keluarga dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia.Ia mengenengahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud At Thayalisi ,berasal dari Jabir r.a. bahawasenya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amal perbuatan kalian akan diperlihatkan kepada sanak -keluarga dan kaum kerabat. Jika amal kalian itu baik mereka menyambutnyadengan gembira. Jika sebaliknya, mereka berdoa: 'Ya Allah , berilah mereka ilham agar berbuat baik dan taat kepadaMu'¨
Sudut Ketiga : Apakah orang yang telah mati itu(ruh) boleh menolong?Jawab kita boleh dan harus.Kerana ini pernah terjadi di zaman semasa dan selepas wafat nabi s.a.w. dan banyak contoh-contohnya misalnya... Di antara bukti yang jelas bagaimana orang-orang mati khususnya para nabi dan para auliya yang telah mati di mana ruh mereka dapat menolong orang yang hidup ialah sepertimana di waktu Rasulullah s.a.w mi'raj ke langit; di mana baginda Rasulullah s.a.w. telah berjumpa dengan ruh Nabi Adam a.s. dan ruh Nabi Ibrahim a.s. pada langit pertama dan kedua seterusnya nabi Adam dan nabi Ibrahim mendoakan kepada Allah Ta'ala supaya diberkati dan di bahagiakan Nabi Muhammad s.a.w. dan ummatnya.
Keterangan ini bersandarkan pada hadis Ibnu Abbas yang di rawikan oleh Bukhari.Sedangkan mereka telah pun wafat.Kemudian terdapat beberapa peristiwa memohon pertolongan dengan nabi s.a.w. setelah beliau wafat iaitu:
Peristiwa pertama :Berkata Muhammad bin Al Munkadir:Seorang lelaki yang akan pergi berjihad , menaruh wang sebanyak 80 dinar di samping ayahku , sebagai amanat, dan ia berkata kepadanya(ayahku): "Jika engkau memerlukan wang ini maka gunakanlah".
Kebetulan terjadi kenaikan harga di mana-mana maka ayahku menggunakan wang tersebut. Akhirnya ketika pemilik wang itu dating untuk mendapatkan wang simpanannya semula maka ayahku meminta dia datang pada keesokan harinya.Malam itu ayahku pergi ke masjid, duduk dan berdoa kepada makam dan mimbar Rasul. Ia terus dalam keadaan istighasah(memohon pertolongan) sampai hampir subuh. Ketika itu , dalam kegelapan masjid, muncul seseorang dan berkata: "Ambil lah ini, wahai Abu Muhammad,seraya memeberiken kepadanya sebuah kantung yang berisi 80 dinar.
Peristiwa kedua:Abu Bakar Ibn al Muqirri berkata: "Saya dan Thabrani serta Abu Syeikh merasa sangat lapar.Ketika kami berada disamping makam Nabi s.a.w. Pada malam itu , di sisi makam rasul s.a.w. aku berkata: "Wahai Rasulullah , kami lapar". Tidak lama kemudian , terdengar ketukan di pintu masjid dan masuklah seorang lelaki dari golongan Alawi bersama dua orang pemuda.Setiap orang dari mereka membawa kerajang yang penuh dengan makanan. Setelah kami selesai makan , orang Alawi itu berkata : "Aku melihat Rasulullah s.a.w. dalam mimpiku dan beliau memerintahkan aku membawakan makanan untuk kamu semua".
Peristiwa Ketiga:Ibn Jallad berkata:Aku memasuki kota Madinah dalam keadaan sangat miskin dan kekurangan. Lalu aku datang ke maqam Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah , aku ini tetamu mu, kemudian aku tidur. Dalam tidur itu aku mimpi melihat Rasulullah memberikan sepotong roti kepadaku.
Peristiwa Keempat:Berkata As Sayyid Ja’far bin Hassan Al Barzanji Al Madani dalam kitabnya “Jaliah Al Karbi Biashabi Sayedil ‘Ajam Wal ‘Arabi yang disebut juga oleh Al Hamawi dalam kitabnya Nataiju Al Irtihal Was Safari Fil Akhbar Al Qarni Al Hadi Al Asyar dalam perkara terjemah Al Jami’ Bainas Syariah Wal Haqiqah As Syeikh Ahmad bin Muhammad Ad Dimayati yang mahsyur dengan panggilan Ibnu Abdul Dhani Al Banna yang mati di Madinah Munawwarah dalam bulan Muharram tahun 1116 hijrah katanya:“Dalam suatu musim haji , saya bersama-sama ibu saya telah menunaikan fardhu haji.Tahun itu adalah tahun kemarau.Bersama saya ialah dua ekor unta yang telah saya beli di Mesir.Dengan menaiki dua ekor binatang inilah kami menyempurnakan haji kami.
Setelah selesai menyempurnakan haji , kami ziarah pula Madinah tetapi kedua-dua ekor unta kami telah mati di sana, sedang kami tiada punya wang untuk membeli ganti atau pun menyewanya kepada orang lain(supaya kami dapat pulang semula ke Mesir).Benar-benar hal ini sudah tidak ada harapan lagi.Lalu saya pun pergi kepada guru kami Safyuddin Al Qasyasyi. Saya beritahu kepada beliau keadaan yang berlaku dan menambah :”Sesungguhnya saya berazam hendak duduk di Madinah ini hanyalah buat sementara waktu saja , kerana masih penat dalam perjalanan, sehinggalah Allah memudahkan saya (untuk pulang).
Safyuddin Al Qasyassyi mendiamkan diri , kemudian berkata kepada saya :”Awak pergilah ,masa ini juga , ke kuburan Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib , bapa saudara Saidina Muhammad s.a.w. Baca sedikit ayat Al Quraan dan terangkan keadaan diri awak dari awal hingga akhir sebagaimana telah awak ceritakan kepada saya ,dan awak berdiri di atas kubur yang mulia itu!”
Maka saya pun buat apa yang disuruh. Dengan bergegas saya pun pergi dan pada masa itu ialah pagi-pagi lagi.Saya baca sedikit ayat Al Qura’an dan saya terangkan keadaan diri saya seperti yang di suruh oleh guru kami.Dan(lepas itu) saya balik semula sebelum Zuhur. Saya masuk ke tempat suci ‘BabulRahmah’ saya berwudhu’ dan masuk ke dalam masjid. Rupa-rupanya ibu saya sudah sedia ada dalam masjid.
Beliau berkata kepada saya: “Di sana ada seorang lelaki bertanyakan tentang kau, pergilah kepadanya”. Saya bertanya kepada ibu saya: “Di mana dia?Ibu saya menjawab “Engkau tengok di sudut paling hujung masjid ini”.
Maka saya pun pergi , saya nampak seorang lelaki berjanggut putih. Tiba-tiba katanya pada saya: “Selamat datang wahai Syeikh Ahmad”. Saya cium tangannya dan kali ini ia bertanya: “Hendak balik Mesir kah ?” Saya menjawab : “wahai tuan !Dengan siapa kah boleh saya balik ?”Lalu katanya : “Mari ikut saya , saya akan tumpangkan awak kepada seseorang”.
Maka saya pun mengikutnya, sehinggalah kami sampai ke tempat yang bernama ‘Al Munakhah’ iaitu tempat jamaah haji Mesir tinggal di Madinah.Setelah memberi salam kepada pemilik khemah , lalu pemilik itu bangun sambil mencium tangannya dengan cara yang sangat hurmat, katanya kepada orang itu: “Tujuan saya supaya dapat tuan membawa Syeikh Ahmad dan ibunya menumpang bersama -sama tuan ke Mesir…” Kemudian ia menyambung lagi : “Berapa tuan kira ke atasnya ?”(upah atau tambang kerana membawa Syeikh Ahmad dan ibunya).Menjawab pemilik khemah : “Terpulanglah kepada tuan”.
Katanya : “Baiklah ,begini dan begini ….”Demikianlah apabila persetujuan di capai , lalu berkatalah ia kepada saya : “Bangun! Pergilah bawa ibu dan barang-barang awak!”.Saya pun bangun serta melakukan apa -apa yang disuruhnya, sedang ia masih duduk bersama pemilik khemah. Sebelum itu , oleh pemilik khemah, saya telah di syaratkan membayar baki sewa setelah sampai di Mesir kelak.
Semua itu di persetujui dan berikutnya , ia membaca surah Al Fatihah serta menasihatkan saya tentang kebajikan. Ia bangun dan saya mengikutnya. Setelah sampai di mesjid, ia berkata kepada saya : “Masuk awak dulu saya kemudian”.
Saya pun masuk dan menunggunya. Hingga selesai sembahyang ,saya belum melihatnya. Puas berulang-ulang saya mencarinya tetapi tidak berjumpa.Lalu saya balik semula kepada pemilik khemah bertanyakan tentang orang yang membawa saya tadi : “Siapa dia yang sebenarnya dan dimana tempat tinggalnya ?”.
Pemilik khemah memberitahu saya bahawa ia sendiri tidak mengetahui dan bahkan tidak pernah kenal sebelum ini.“akan tetapi” , pemilik khemah itu menyambung keterangannya kemudian: “ketika ia masuk, satu macam perasaan gerun dan takut muncul dalam diri saya , yang belum pernah berlaku seumpama itu dalam umur saya”.
Maka kemudian , saya ulangi lagi mencarinya tetapi tetap tidak berhasil. Lalu pergilah saya kepada guru saya tadi, As Syeikh Safyuddin Ahmad Al Qasyasya. Saya terangkan kepada beliau segala kejadian ini. Katanya mengulas : “Ini ialah ruh Saidina Hamzah r.a. yang menjelma kepada mu”.
Sudut Keempat : Adakah minta tolong pada ruh simati yang sholeh itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik(melakukan syirik terhadap Allah Ta¡¦ala) ?Jawabnya :TIDAK. Kerana pada kita dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa segala permintaan kita (doa) kita adalah ditujukan secara haqiqatnya kepada Allah Ta'ala dan yang dapat memunafaatkan sesuatu atau memudharatkan sesuatu hanya Allah tidak pada yang lainnya samada makhluk hidup mahu pun makhluk mati(atau ruh), tidak ada bezanya yang beza cuma secara fizikali saja pada haqiqatnya tetap sama .
Misalnya:Kita minta tolong dengan orang yang hidup supaya memenuhi hajat kita tentu tidak syirik kerana walaupun pada lahirnya nampak seseorang yang menolong kita tetapi pada haqiqatnya Allah Lah yang memenuhi hajat kita. Cuma orang itu sebagai wasitah(perantara saja) bagi memenuhi hajat kita itu.Begitu jugalah kalau kita bertawasul atau minta tolong pada ruh orang sholeh supaya di doakan kita atau memohon berkat darinya kita tetap beri'tiqad bahawa ruh si mati itu tiada dapat memberi bekas terhadap hajat atau doa kita dan yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Cuma ruh-ruh orang sholeh ini menjadi wasitah(perantara) sebab doa atau hajat kita di maqbul oleh Allah Ta'ala.
Dalam hal ini Mufti Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah bermazhab Syafie (pada masa dulu) berkata: "..Dalam soal tawasul ini antara nabi dan nabi-nabi lain , rasul-rasul , wali-wali dan orang sholeh , tidak ada perbezaan hidup atau mati kerana mereka tidak mencipta sesuatu juga , mereka tidakberkuasa sama sekali , hanya berkat mereka di ambil kerana mereka kekasih Allah ; mencipta dan mengadakan hanya milik Allah , Tunggal dan tiada bersekutu.
Orang yang membezakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, maka orang itu mengi'tiqadkan bahawa orang hidup bias mencipta dan orang yang mati tidak bias lagi. Kita berkeyakinan dan beri'tiqad bahawa yang menjadikan tiap-tiap sesuatu adalah Allah dan Allah itu menjadi kita dan menjadikan pekerjaan kita¡¨.
Adapun ramai Ulama besar mengamalkan amalan tawasul di antaranya :
1. Syeikh Ahmad Khatib Minagkabau
2. Syeikh Sayid Bakfi Syata (pengarang kitab I'anatut Talibin)
3. At Tarabulusi (pengarang kitab Tauhid yang terkenal iaitu Husunul Hamidiyah)
4. Syeikh Abdul Aziz Al Hakim.
5. Syeikh Ibrahim Musa Parabek (pengarang kitab Hidayatus Sibyan)
6. Imam Ramli (pengarang kitab Nihayatul Muhtaj mazhab Syafie)
7. Syekhul Islam Ibrahim Al Baijuri (pengarang kitab Kifayatul Awam)
8. Abdur Rauf Al Manawi (pengarang kitab Faidhul Qadir Al Jamius Saghir)
9. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani (pengarang kitab Aqidatul Najin)
10. Syeikh Nawawi Bentan
11. Imam Barzanji
12. dll.
Kalau ramai Ulama besar beramal mestilah ianya boleh dan sangat baik dilakukan dengan jalan yang betul. Tak akan pula Ulama-Ulama yang terkenal dan di akui ini akan mengajar atau mengamalkan sesuatu yang menyesatkan.Siapa nak pergi tempah ke neraka di jauhkan Allah Ta'ala.Tapi kalau masih ada puak yang tak percayakan Ulama itu saya angkat tangan..Tak guna berhujjah jika sumber istimbat hukum sudah menyeleweng!!
Ada pulak puak yang terkeliru berhujjah dengan katanya : "Mengapa kita perlu ikut ulama sedangkan ulama tidak ma'sum adalah lebih baik kita ikut Hadis nabi kerana hadis nabi itu sudah jelas(nyata) dan ma'sum dari melakukan kesilapan ?
¨Pandangan ini lagi mengelirukan kita ! Memanglah hadis itu ma'sum dan ulama tidak ma'sum tapi bukan kah setiap hadis nabi itu mesti di huraikan mengikut pandangan ulama? Dan tidakkah Allah Ta'ala menganjurkan supaya bertanya pada mereka yang tahu(ulama) jika kamu tidak tahu ?
Bahkan nabi sendiri bersabda : "Ulama itu adalah pewaris nabi-nabi¨.(Dirawikan oleh Abu Daud,At Tarmidzi dll dr Abid Darda). Tiba-tiba datang satu puak ni tak mahu pakai tafsiran ulama kalau begitu nak suruh kita tafsir hadis tu sendiri-sendiri alamat rosaklah agama. Bila agama di tafsir oleh orang jahil akan rosaklah ummat dan porak poranda lah dunia ni nanti. Sebab itulah ada satu puak tolak mazhab kerana alasan mereka bahawa mazhab itu ciptaan Ulama.Di zaman Rasulullah s.a.w. mana ada mazhab kata mereka.
Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada mazhab bahkan tiada ilmu feqah(yg tersusun macam sekarang), Ilmu Tauhid,Ilmu Tasawuf,Ilmu tajwid,Ilmu Tafsir dan sebagainya kerana di zaman Rasulullah s.a.w. semuanya terangkum sekali. Apabila sahabat ada satu-satu masalah terus boleh tanya Rasulullah s.a.w. dan terus dapat jawapannya tapi sekarang sementalahan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita sudah sekian lama bagaimana kita nak mengetahui satu-satu hukum jika kita berdepan dengan berbagai masalah yang serba canggih hari ini bukankah Ulama lah tempat rujuk kita ?
Bolehkah kalau kita jumpa satu-satu ayat Al Qur'an atau Al Hadis maka kita tafsir ikut akal kita sendiri tanpa merujuk (atau mengetahui) pada ilmu-ilmu alatnya seperti Bahasa Arab ,Asbabun Nuzulnya , Ilmu Mustalah Hadis , Usul Tafsir dan sebagainya ? Sudah tentu tidak maka itu sebabnya kita di wajibkan bertaqlid(mengikuti) pada mana-mana pada salah satu mazhab feqah dalam Islam supaya selamat kita dari arus mentafsir Al Quraan dan Sunnah nabi s.a.w. ikut nafsu kita sendiri! Kadang kala situasi akan menjadi pelik jika ada orang berhujjah dengan bertanyakan apa hadis ini hadis shahih ke dhaif ? Al Maklumlah sekarang ni kebanyakkan orang sudah pandai menilai..
Cuma sayangnya bila kita tanya dia balik, berapa ribu hadis yang telah awak tahu dan hafal dalam menilai sesuatu hadis ? Disiplin macamanakah nak untuk mengetahui ketogeri satu-satu hadis itu ? Sudahkah anda pelajari ilmu alatnya ? Kalau semua persoalan tidak dapat di jawab maka kembali lah kepada Ulama - Ulama mazhab dan ulama-ulama muktabar yang berkepercayaan dari dulu dan sekarang. Kerana peranan mereka lah dengan menyusun ayat-ayat Al Qur'an dan Al hadis serta mengkaji sedalam-dalamnya berdasarkan ilmu-ilmu alat dan ilmiah serta sikap yang terlalu berhati-hati timbul lah di depan mata kita dengan mudah (bagi kita yang bertaraf awam) kitab-kitab Ilmu Tauhid, Kitab Ilmu Feqah, Kitab Ilmu Tasawuf Kitab Tafsir dan sebagainya.
Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhati-hatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang menjadi penilai hadis ikut acuan mentality musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi Ms 92 (terbitan Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.
Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewah-mewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi atas dorongan hawa nafsu saja.
Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba menayangkan mentality moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.
Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanuya murid-murid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir Hamilton A.R. Gibb¡¨.
Sheikh Abdullah Arif dan Aceh
Ait? Apa dah jadi? Saya pasti artikel yang agak panjang lebar dan sarat dengan maklumat ini ada diposkan di situ... Kenapa hilang pula? Apakah untuk menjimatkan memori? Forum CVT baru sahaja mengalami masalah besar apabila segala posting daripada 1 hingga 11 November hilang begitu sahaja tanpa back-up, katanya kerana perbuatan khianat orang tertentu, ada pula yang kata akibat kecuaian pihak penyelanggara website.
Apapun, banyak mukasurat hilang begitu sahaja. Thread BERPETUALANG KE ACEH yang saya mulakan 4 bulan lalu juga tapi jauh lebih aktif sehingga menjangkau 144 mukasurat hilang 40 muka. Sekarang satu artikel yang amat berguna mengenai seorang ulamak terawal di bumi Melayu pula menurut langkah! Tak boleh jadi ini... Ilmu berguna sebegini tidak boleh dibiarkan hilang. Saya pun cuba mencari balik artikel itu melalui google.
Yang peliknya, saya pasti artikel itu dikeluarkan oleh suratkhabar Utusan Malaysia 2 hari lepas tetapi bila google "Utusan 'Abdullah Arif"' tak jumpa, pakai "Syeikh Abdullah Arif" pun tak jumpa. Nasib baik Tuhan telah gerakkan saya untuk mencari di suatu tempat tertentu, barulah terjumpa tersorok di satu ceruk.
Kenapa boleh jadi begini? Apakah ada usaha pihak tertentu menghilangkan artikel-artikel sebegini? Apakah ada yang tidak senang kerana artikel ini ada menyebut tentang Nur Muhammad? Jeng! Jeng! Jeng!
Oleh kerana takut artikel itu tidak dapat dikongsi lagi, maka saya pun tergerak untuk mengenengahkannya di sini. Harap-harap ia tidak dilesapkan lagi... Kalau lesap juga, maka memang betullah ada konspirasi besar melemahkan umat Islam sedang berjalan tanpa dapat lagi ditahan. Mereka yang peka akan keadaan semasa tentu faham maksud kata-kata ini. Maka itu sementara kita boleh ambil manfaat, bacalah! Bacalah dengan nama Tuhan mu yang mencipta Qalam...
SYEIKH ABDULLAH ARIF
Penyebar Islam Pertama di Aceh
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
NEGERI-negeri pertama di Nusantara atau dunia Melayu memeluk agama Islam ialah Aceh, Kedah dan Patani. Berbagai-bagai teori tentang kedatangan Islam di dunia Melayu. Ada sarjana berpendapat kedatangan Islam langsung dari tanah Arab.
Pendapat yang lain pula menyebut datang dari India, terutama dari Malabar dan Gujerat.
Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin menyebut ia juga diperanani oleh bangsa Arab-Andalus. Ada juga pendapat yang menyebut dari negeri China. Semua pendapat saya tinggalkan saja, yang dibicarakan di sini ialah bahawa daripada sekian ramai penyebar Islam yang datang di Aceh itu ialah Syeikh Abdullah Arif dan yang di Kedah pula Syeikh Abdullah al-Qumairi.
Kedua-dua ulama yang tersebut hidup sezaman dengan seorang Wali Allah yang sangat terkenal, ialah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Tokoh-tokoh Islam yang datang di dunia Melayu sebahagian besar adalah diperanani oleh ulama sufi. Sebagai bukti bahawa mereka lebih mengutamakan tasawuf sekurang-kurangnya dapat dibuktikan dengan sebuah karya tulis judul Bahr al-Lahut yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Arif.
Hingga abad yang ke-16, ajaran tasawuf masih mendominasi seluruh aspek dalam pendidikan Islam, persuratan, dan kehidupan masyarakat Melayu terutama di Aceh. Pada abad ke-16 hingga 17, hampir seluruh karya Syeikh Hamzah al-Fansuri adalah tentang tasawuf belaka. Bahkan kesan kekukuhan ajaran tasawuf masih dapat dirasakan hingga pada zaman ini.
Syeikh Abdullah Arif adalah seorang pendatang dari bumi Arab ke Aceh bersama sekian ramai mubaligh lainnya. Ada orang meriwayatkan bahawa di antara sahabat Syeikh Abdullah Arif ialah Syeikh Ismail Zaffi. Barangkali Syeikh Abdullah Arif ada hubungan atau pernah berkenalan atau pun menjadi murid seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (lahir 471 H/1079 M, wafat 561 H/1166 M).
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pernah sampai di Aceh, demikian menurut H.M. Zainuddin dalam buku Aceh dan Nusantara. Memperhatikan tahun wafat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani 561 H/1166 M dengan salah satu pendapat yang menyebut bahawa Syeikh Abdullah Arif tiba di Aceh tahun 560 H/ 1165 M (setahun sebelum kewafatan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani), bererti dapat dipastikan sekurang-kurangnya kedua-dua ulama itu hidup sezaman.
Tersebut dalam sebuah majalah ilmiah yang diterbitkan di Mekah al-Mukarramah Zulhijjah 1356 H bersamaan Februari 1938 M, an-Nida' al-Islami, bahawa yang mula-mula penyebar agama Islam bangsa asing datang ke Sumatera ialah seorang dari Mekah iaitu Syeikh Abdullah Arif pada abad ke-13 Masihi.
Pedagang Mekah
Syeikh itu seorang pedagang di antara beberapa pedagang Mekah. Kedatangannya itu membawa pelbagai barangan yang dihasilkan di negeri Hijaz, seperti pelbagai jenis kurma, kulit kambing dan lain-lain. Syeikh Abdullah Arif itu membawa barang-barangnya turun di Sumatera Utara (Aceh), dia diterima oleh masyarakat di sana.
Disebabkan rasa tanggungjawab untuk menyebarkan Islam, dan sebab yang lain penduduk Aceh zaman itu sangat mesra bergaul dengan orang-orang Arab, termasuk Syeikh Abdullah Arif, maka mereka saling rasa terhutang budi. Oleh hal yang demikian, Syeikh Abdullah Arif dan orang-orang Arab yang lain, tertutup hati mereka untuk kembali ke negeri mereka atau pun merantau ke tempat yang lainnya.
Diriwayatkan pula bahawa Syeikh Abdullah Arif mula memberi pendidikan kepada masyarakat, ramai yang masuk Islam dan ramai pula muridnya. Murid-murid Syeikh Abdullah Arif menyebarkan Islam di pantai Barat pulau Sumatera, daerah Minangkabau.
Di antara murid beliau yang terkenal ialah Syeikh Burhanuddin. Syeikh Burhanuddin adalah yang pertama menyebarkan Islam di Sumatera Barat (Minangkabau). Kuburnya dijumpai di Kuntu di tepi Sungai Kampar Kiri (tahun wafat 610 H/1214 M). Syeikh Burhanuddin murid Syeikh Abdullah Arif ini lain dari Syeikh Burhanuddin Ulakkan murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.
Dalam buku prosiding Risalah Seminar Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia, mencatatkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif itu, dinyatakan bahwa menurut hikayat yang bersumber kita sendiri seorang pengembang Arab bernama Syeikh Abdullah Arif sudah memulai pengembangan itu pada tahun Masihi 1177.
Dalam an-Nida’ al-Islami pula pula menyebut tahun 1170 M, berdasarkan penyelidikan seorang sarjana Jerman. Penyelidikan yang terkini ada pendapat lain tentang ketibaan Syeikh Abdullah Arif di Aceh, ialah tahun 506 H/1111 M dan tahun 560 H/1165 M. Tentang kubur Syeikh Abdullah Arif, H.M. Zainuddin menulis, bahawa “ada lagi satu kompleks kuburan yang bernama Jeurut Kling (Kuburan Keling). Di antara kuburan itu oleh seorang perempuan tua yang menyebut kubur Keling itu, namanya didengar dari orang-orang yang melepaskan nazar dulu disebut Abdullah Arif.”
Timur Sumatera
Di negeri-negeri di pantai timur pulau Sumatera pula Syeikh Abdullah Arif tidak mengirim murid-muridnya, kerana ketika itu telah ada seorang bernama Johan Syah yang diutus oleh Sultan Aceh sendiri. Setelah memeluk agama Islam, Johan Syah menukar namanya kepada Ali Mandayat.
Beliau mendapat pendidikan Islam di India. Ali Mandayat menerima rintangan yang banyak dari penduduk yang belum beragama dan ada juga yang beragama Hindu. Oleh itu beliau terpaksa menyebarkan Islam dengan jalan berpindah-randah dari satu kampung ke kampung. Ali Mandayat berhasil mengirim utusan belajar ke Mekah al-Mukarramah.
Akhirnya Raja Mekah mengirim Syeikh Ismail ke Sumatera di bahagian pantai timur itu. Dalam waktu yang relatif singkat dan cepat, hanya sekitar 50 tahun sesudah aktiviti Ali Mandayat itu, agama Islam tersebar hampir ke seluruh pulau Sumatera.
Syeikh Abdullah Arif barangkali termasuk salah seorang penulis berbagai-bagai kitab tentang sufi, tetapi yang baru diketahui hanya sebuah, iaitu karyanya yang berjudul Bahr al-Lahut. Kitab Bahr al-Lahut ditulis dengan bahasa Arab. Hanya sebuah naskhah atau manuskrip dalam bahasa Arab dijumpai manakala naskhah atau manuskrip yang diterjemah ke bahasa Melayu terdapat beberapa buah.
Naskhah bahasa Arab pernah dimiliki oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Berdasarkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif di dunia Melayu dapat disimpulkan bahawa Bahr al-Lahut adalah risalah yang pertama sekali ditulis di rantau ini.
Nur Muhammad
Manuskrip dalam bahasa Arab adalah salinan yang diusahakan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Secara umum kandungan Bahr al-Lahut adalah membicarakan akidah, tasawuf dan kejadian alam semesta. Dimulakan dengan kisah kejadian Nur Muhammad, dilanjutkan dengan kejadian alam semesta, tujuh petala langit, tujuh petala bumi, alam yang nyata dan alam yang ghaib.
Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad s.a.w. pada sisi keagungan-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk Allah yang paling tinggi kedudukannya berbanding semua makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi yang awal pada kejadian Nur dan Nabi yang akhir pada kejadian sebagai utusan Allah di permukaan bumi.
Tiada Nabi yang lain sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Allah menjadikan itu sekeliannya daripada Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah. Bahawa Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah itu adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w.. Nur al-Wilayah itu tempatnya pada batin (tersembunyi) sedang Nur an-Nubuwah itu tempatnya pada zahir (nyata).
Sesungguhnya ada lagi yang dinamakan jauhar. Bahawa jauhar yang pertama dinamakan Alam al-Kabir (Alam Besar). Selain itu Allah menjadikan sekalian rangkaian susunan kejadian kosmos yang dinamakan Arasy, Kursi, Lauh al-Mahfuz, kalam, Samawat (Langit), al-Ardh (Bumi), an-Nujum (bintang-bintang), syurga dan neraka berserta sekelian penghuni dan isinya.
Segala kejadian itu adalah ajaib belaka. Ada pun bumi dihuni oleh sekalian bangsa manusia, haiwan, jin dan syaitan. Dari semua nama yang disebutkan itu, mulai Arasy dan seterusnya hanya bumi saja paling banyak digunakan manusia, kerana bumi adalah tempat kediaman mereka.
Walaupun ada usaha-usaha manusia mengharungi angkasa luar hingga berusaha melakukan penyelidikan ke bulan dan planet-planet lainnya, namun pencapaian yang dapat dijangkau oleh kebanyakan manusia hanyalah dalam bumi juga.
Manusia diberi akal oleh Allah s.w.t. untuk mencapai segala-galanya, dengan tidak menafikan kemampuan tentang dunia, namun pada hakikatnya pengetahuan manusia tentang keseluruhan yang ada pada bumi sendiri pun tidak akan habis-habisnya untuk diselidiki dan digarap untuk kepentingan manusia.
Pegangan akidah
Pegangan akidah Syeikh Abdullah Arif adalah sama dengan pegangan ulama-ulama Ahli Sunah wal Jamaah yang muktabar, tentang tiada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah s.w.t. Lalu beliau memetik pendapat yang beliau namakan ahlus sirri (maksudnya orang-orang yang dapat mengetahui perkara-perkara rahsia hakikat). Menurut Syeikh Abdullah Arif ahlus sirri berkata: “Ada pun Allah s.w.t itu melihat pada jauh dan melihat pada hampir sekeliannya.”
Pengertian Syeikh Abdullah Arif tentang syahadat pula beliau huraikan sebagai berikut: “Berkata ahli al-musyahadah, adapun tempat syahadat itu, bahawa melihat ia bagi dirinya, maka tiada dapat tiada segala orang yang Mukmin dipandang yang demikian itu, maka sahlah pandangannya seperti Allah dan Rasul-Nya.” Yakni diumpamakan seperti orang melihat sehari bulan dan melihat purnama bulan dengan penuhnya.
Maka telah berkata orang ahlul isyarah: “Ada pun sehari bulan itulah hendak menjadikan purnama bulan adanya.”
Selanjutnya dihuraikan pula tentang Islam, kata beliau, “ketahui olehmu bahawa Islam dan kamal al-Islam (kesempurnaan Islam) itu adalah dikukuhkan daripada kalimah syahadah.” Ada pun kamal al-Islam itu, maka memandang yang sebenar-benarnya, tulus dan ikhlasnya, iaitu mukmin dengan sebenar-benarnya kerana penglihatan itu seperti sabda Nabi s.a.w., Barang siapa berfikir dengan sekejap mata sekalipun, kerana memikirkan Allah Taala, maka terlebih baik daripada berbuat ibadat 1,000 tahun lamanya.
Syeikh Abdullah Arif membahas selanjutnya, Maka telah berkata orang ahl al-Muqabalah, “Jadikan dirimu dengan perintah tuhanmu dengan sempurna adamu dengan Qudrat tuhanmu. Maka dijadikan diri kamu itu sebagai tempat kenyataan kenal kepada tuhanmu.”
Untuk menguatkan pegangan Syeikh Abdullah Arif menggunakan dalil firman Allah, Tiap-tiap sesuatu itu binasa jua, melainkan yang tiada binasa hanya Allah, bagi-Nya kekuasaan menentukan hukum, dan kepada-Nya kamu dikembalikan. (Al-Qasas: 88)
* Untuk maklumat lanjut mengenai ulama nusantara, sila e-mel pertanyaan ke alamat: pengkaji_khazanah@yahoo.com atau hubungi talian 03-6189 7231.
Nota tambahan: Beberapa hari selepas membuat posting ini, baru saya sedar bahawa artikel di atas ini masih ada di dalam Forum CVT tetapi di dalam thread BERPETUALANG KE ACEH. Jadi mungkin saya yang tersilap pandang sehingga menyangkakan artikel ini telah diposkan dalam thread SEBAB SEBENAR KEJATUHAN MELAKA kemudian dilenyapkan oleh pihak tertentu. Maka terbuktilah kelemahan saya sebagai seorang manusia, tidak dapat lari daripada membuat kesilapan lalu membuat telahan yang bukan-bukan.
Apapun, tetap ada hikmah di sebalik kesilapan itu... Satu, ia telah membuat saya ingin mencari balik artikel ini melalui search engine di Internet dan memang semasa itu saya menghadapai masalah mengesannya, tidak pasti kenapa. Dan kerana silap- pandang yang menyebabkan saya terasa ada pihak tidak senang dengan kewujudan artikel sebegini, mungkin kerana ia turut membicarakan hal Nur Muhammad yang dikira sensitif oleh banyak pihak, maka saya pun digerakkan untuk cuba mengabadikan artikel mengenai Syeikh Abdullah Arif ini di dalam blogspot ini pula... Subhanallah!
Selasa, November 14, 2006
Keramat Kuala Bidor, Perlak dan konflik Sunni-Syiah: Kisah Islam awal Nusantara
Apapun, biar disambung sedikit cerita berkenaan Keramat Kuala Bidor... Sedutan ini mengaitkan beliau dengan sebuah keSultanan lama bernama Perlak yang sudah muncul jauh lebih awal daripada Melaka juga sedikit mengenai konflik Sunni-Syiah kerana ia pernah terjadi di kerajaan itu. Insyaallah nanti saya akan beri pula sedutan mengenai kerajaan Perlak ya... Silakan! :]
Nenek pernah berkata demi mengelakkan rakyat berbalah, Keramat Kuala Bidor sanggup meninggalkan kerajaan kepada adindanya yang mahu merebut takhta. Ada pula pihak menyebut peristiwa itu juga melibatkan perbalahan agama. Apa yang Rasyid tahu, Perlak pernah mengalami pertembungan besar-besaran golongan Syiah dengan golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah tahun 918 dan 976 Masihi... Tak pastilah jika Keramat Kuala Bidor terlibat sama.
Sejarah mencatatkan, keSultanan Perlak bermula tahun 840 Masihi dengan pertabalan Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah, cicit Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang dikatakan berfahaman Syiah. Fahaman ini dituduh pelbagai pihak sebagai sesat, malah kafir pula. Maka itu, kebanyakan buku sejarah tidak mengiktiraf Perlak sebagai kerajaan Islam sejati. Sebaliknya Samudera dan Pasai yang diasaskan abad ke 13 Masihi, 400 tahun selepas kemunculan Perlak pula dianggap kerajaan Islam tertua di rantau ini.
————————
Seorang pakcik berketurunan Sayyid pernah memberitahu, memang ada pengikut Syiah yang layak dikira sesat kerana menganut pegangan yang bertentangan dengan iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah. Tetapi katanya, golongan Syiah juga ada pelbagai mazhab, tidak semuanya memiliki kepercayaan yang sama. Maka itu tidak adil menyerkap jarang mereka semuanya sebagai kafir dan sesat tanpa mengenali asal-usul pecahan-pecahan mazhab ini dan kepercayaan teras yang membentuk akidah mereka.
“Kita ambil contoh beberapa pecahan,” pakcik itu membuka cerita. “Golongan Syiah Ismailiyah menganggap Ismail bin Ja’afar Al-Sadiq (meninggal sebelum 760 Masihi) sebagai imam mereka yang ke-tujuh sedangkan bagi penganut Syiah Ithna Ashariyya, pengikut kepercayaan 12 Imam, adindanya Musa al Khazim (765-799 Masihi) adalah imam ke-tujuh bagi semua pengikut Syiah. Tetapi kedua-dua golongan ini tiada khilaf tentang imam-imam sebelumnya, Saidina Ali (656-661 Masihi), Saidina Hassan (661-669) dan Saidina Hussein (669-680). Diikuti Imam Ali Zainal Abidin (680-713), Imam Muhammad Al-Baqir (713-733) dan Imam Ja’afar Al-Sadiq (733-765).Masing-masing percaya imam-imam merekalah yang patut diangkat sebagai pemimpin seluruh umat Islam, bukannya orang-orang Bani Umaiyah mahupun Bani Abbasiyah, apalagi mereka yang bukan dari golongan Quraish.”
“Secara asasnya, penganut Syiah adalah penyokong kepimpinan Ahlul Bait, percaya bahawa keluarga Nabi mempunyai kelebihan tertentu yang melayakkan mereka memimpin ummah lebih daripada orang lain,” kata pakcik daripada keluarga Al-Idrus yang rapat dengan Tukku Paloh, wali besar Terengganu yang digeruni penjajah Inggeris dan guru kepada Sultan Zainal Abidin III yang memerintah negeri itu abad ke 19 Masihi.
Tambahnya, imam-imam Syiah ini adalah manusia yang memberi para pengikut mereka harapan, masih mengekalkan dan mengajar agama Islam yang syumul seperti yang diamalkan Nabi dan para sahabat yang tidak terpengaruh dengan keduniaan. Mereka adalah obor-obor yang menyinarkan nur Iman di kala kebanyakan para pemerintah Islam selepas zaman Khulafak al-Rasyidin sudah mabuk dengan kuasa dan kekayaan. Leka dengan habuan yang diperolehi hasil penaklukan wilayah-wilayah yang luas, harta rampasan perang yang lumayan serta istana-istana mewah dan megah seperti yang ditinggalkan empayar Parsi selepas kejatuhannya ke tangan umat Islam ketika zaman keKhalifahan Saidina Umar pertengahan abad ke 7 Masihi.
“Masalahnya, ramai pengikut Syiah yang fanatik menganggap imam-imam mereka adalah pilihan Allah belaka, maksum seperti Nabi. Suci dari segala dosa dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jua. Lalu mereka menolak kepimpinan pihak lain sehingga sanggup menuduh para sahabat rapat Nabi seperti Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman kafir kerana ‘merampas’ keKhalifahan daripada Saidina Ali!” sambung pakcik itu.
Golongan Syiah fanatik juga mengangkat imam tertentu sebagai Imam Mahdi walaupun calon mereka itu hidup lebih 1,000 tahun lalu. Kononnya imam ini ‘ghaib’ dan akan muncul kembali akhir zaman nanti.
“Tetapi ada pecahan seperti Syiah Zaidiyah, penyokong Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin yang menganut pegangan serupa Ahlus Sunnah wal Jamaah,” dia melanjutkan. “Cuma mereka tetap percaya bahawa pemimpin ummah ataupun imam harus dilantik di kalangan Ahlul Bait. Tetapi tidaklah sampai mengatakan imam ini maksum seperti dalam sesetengah mazhab Syiah.”
Rasyid tersenyum lalu menyambut: “Saya pun ada mengkaji sedikit tentang pecahan mazhab Syiah ini pakcik. Masalahnya ada pula golongan yang diserkap jarang sebagai Syiah kerana menyokong kepimpinan Ahlul Bait dan mempercayai konsep Tasawuf Nur Muhammad. Sedangkan dalam bab Fiqah, mereka tetap memegang mazhab yang empat - Maliki, Hanafi, Shafie atau Hambali. Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku dahulu di Perlak?”
Lalu dia teringat kata-kata Imam Shafie yang pernah ditemui dalam beberapa buah buku: “Jika aku dituduh Syiah Rafidah (Syiah sesat) kerana menyintai Ahlul Bait. Maka saksikanlah aku ini Syiah Rafidah.”
Imam Shafie yang diagung-agungkan dunia Melayu sebagai imam paling tegas dalam masalah hukum-hakam Islam sendiri tidak pernah menghukum setiap pengikut Syiah sesat. Kerana beliau berbalik kepada makna perkataan Syiah yang asal iaitu para penyokong kepimpinan Ahlul Bait, bermula dengan penyokong Saidina Ali ketika menentang Muawiyah dahulu. Tetapi ini tidak bermakna Imam Shafie menyokong fahaman Syiah secara umum apalagi mana-mana mazhab Syiah yang telah lari daripada pegangan Islam yang asal kerana mengangkat para imam dan pemimpin mereka sebagai maksum seperti Nabi dan menambah kalimah syahadat untuk memasukkan nama Saidina Ali.
—————————
Salah satu sebab keSultanan Perlak dianggap berfahaman Syiah adalah kerana Sultan-sultan terawalnya diketahui berasal daripada keturunan Imam Ja’afar Al-Sadiq yang dikultuskan sebagai imam maksum Syiah yang ke-enam. Bapa dan datuk Sultan pertama Perlak pula adalah ahli rombongan 100 orang pendakwah yang lari dari Timur Tengah selepas gagal dalam pemberontakan menentang pemerintahan Bani Abbasiyah. Maka ada pihak menganggap mereka adalah musuh kepada golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah malah layak dikira kafir!
Apapun Rasyid yakin, Imam Ja’afar Al-Sadiq tidak pernah membuat pengakuan melampau seperti menjadi imam maksum pilihan Allah. Malah generasi ke-lima keturunan Rasulullah SAW ini akan menempelak ramai pengikut Syiah jika baginda masih hidup, terutama penganut Ithna Ashariyya yang menganggap Imam ke-12 dan terakhir mereka, Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam Mahdi akhir zaman, Lagipun nama Imam Mahdi yang diisyaratkan Nabi ialah Muhammad bin Abdullah, bukan Muhammad bin Hassan yang hidup abad ke 9 Masihi.
Imam Ja’afar merupakan ulamak yang dihormati semua pihak, pernah menjadi guru kepada imam mazhab yang empat tetapi amat dibenci para pemerintah yang tamakkan harta dan kuasa, para penguasa yang sanggup menggunakan agama lalu bermain-main dengan tafsiran ayat Al Quran dan Hadis untuk menghalalkan dan mengekalkan kekuasaan mereka.
Rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah yang datang ke Perlak memang terdiri daripada para Ahlul Bait dan penyokong setia mereka. Tetapi itu tidak bermakna mereka adalah penganut Syiah sesat. Orang-orang ini memberontak kerana kaum kerabat mereka telah lama ditindas pemerintah, baik pihak Bani Umaiyah mahupun Bani Abbasiyah.
Lagipun Perlak juga pernah diperintah sebuah dinasti yang dikenali sebagai Dinasti Makhdum ataupun Dum Makhdum. Dinasti yang bermula dengan pemerintahan Sultan Abdul Qadir Syah Johan Berdaulat sekitar 918 Masihi ini dicatat sejarah rasmi sebagai berfahaman Sunnah Wal Jamaah, masih 300 tahun lebih awal dari Samudera Pasai yang dianggap kerajaan Islam terawal di rantau ini. Dinasti inilah yang dikatakan telah merampas kekuasaan daripada raja-raja keSultanan Perlak versi Syiah.
Apapun kerajaan Samudera Pasai dan Perlak memang mempunyai kaitan malah pertalian darah. Kerana raja-raja keSultanan-keSultanan ini sebenarnya bersaudara dan berasal dari satu rumpun keturunan juga...
Tentang perbalahan agama di Perlak yang dikatakan salah satu sebab utama Keramat Kuala Bidor melarikan diri ke Perak, Rasyid percaya ia mungkin ada kena-mengena dengan percubaan Dinasti lama yang dikatakan berfahaman Syiah untuk merampas kembali kekuasaan daripada Dinasti Makhdum sekitar tahun 976 Masihi. Sejarah mencatatkan percubaan ini telah menyebabkan kerajaan itu terbahagi kepada dua iaitu Perlak Baroh yang diperintah Sultan Mahmud Syah dan Perlak Tunong di bawah Sultan Ibrahim Shah, sebelum ia disatukan kembali nanti.
Malangnya, selain berasal dari Timur Tengah, tiada maklumat lanjut dan tepat untuk menyatakan asal-usul Dinasti Makhdum. Apakah ia termasuk kaum kerabat Merah Syahir Nuwi yang memerintah Perlak sebelum Islam? Mungkin gelaran Makhdum itu berasal daripada nama adinda Merah ini, bonda Sultan pertama Perlak yang dikenali sebagai Makhdum Tansyuri? Jika ini benar, maka Dinasti Makhdum berasal dari keturunan sahabat Rasulullah SAW, Saidina Salman Al-Farisi sedangkan bangsawan itu pula berasal dari Dinasti Sassanid yang pernah memerintah empayar Parsi.
“Tetapi mungkin juga ia berasal daripada satu keturunan misteri,” Rasyid memberitahu rakan-rakan. “Mungkin asal-usul keturunan ini perlu dirahsiakan sehingga sampai masanya untuk dirungkaikan nanti? Seperti misteri identiti sebenar Keramat Kuala Bidor... Siapakah sebenarnya hamba Allah ini... Mungkin ada rahsia besar di sebalik semua ini?”
Menunggu masa untuk bersinar!
Hmm... Rasanya elok disambung terus daripada perenggan terakhir dalam posting "Keramat Kuala Bidor" di blogspot ini... Biar nampak bagaimana pentingnya watak Nur lebih-lebih lagi apabila Rasyid mengalami pelbagai masalah yang menekan jiwanya... Bacalah!
Selepas bermalam tiga hari di rumah nenek, pemuda itupun meminta diri lalu bergegas ke Perak untuk mencari makam hamba Allah itu yang terletak terpencil di dalam sebuah ladang kepala sawit. Kemudian dia mengikut gerak hati berkelana sekeliling negeri lalu melawat mana-mana makam-makam lama yang terasa ingin diziarahi. Dalam keadaan tidak dirancang itulah Rasyid terjumpa makam Sultan ke-2 Perak, Sultan Mansur Shah (memerintah 1549-1577), makam Sultan ke-10, Sultan Muzaffar Shah II (1636-1654) dan makam seorang pembesar perempuan yang dikenali sebagai Tok Temong, semuanya mempunyai kaitan dengan Aceh.
Tetapi makam Sultan Mansur lebih merupakan sebatang batu nesan yang didirikan di dalam sebuah masjid untuk menandakan tempatnya ghaib semasa bersolat Jumaat dahulu. Apapun makam-makam ini mengandungi cerita-cerita lama yang akan menjadi sebahagian daripada kepingan-kepingan jigsaw puzzle untuk memahami dirinya sendiri nanti...
Sayangnya, perbualan dengan nenek itu adalah perbualan dengan Rasyid yang terakhir. Tidak sampai tiga bulan kemudian, nenek jatuh sakit, tidak mampu berkata-kata, setakat boleh memberi isyarat dengan tangan dan mata... Lima bulan selepas itu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, dalam pangkuan Rasyid ketika sedang dibawa kembali ke rumah dari hospital dengan ambulans. Innalillaha innalihiraji’un. Al Fatihah untuk nenek. Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya. (Ampun Nek, selama ini Rasyid tidak ambil tahu banyak perkara...)
Pemergian nenek meninggalkan rasa terkilan yang amat sangat. Masih banyak persoalan yang belum terjawab dan neneklah ahli keluarga yang sebenarnya paling memahami apa yang sedang pemuda ini alami. Saudara-mara lain masih lagi teraba-raba menduga apakah yang sebenarnya ingin dicari pemuda ini... Sudahlah ini berlaku selepas lebih enam bulan dia tidak bekerja, dipaksa berhenti atas sebab-sebab tertentu. Ramai pula termasuk isteri sendiri menganggapnya sudah hilang akal ataupun gila, sibuk merantau ke sana ke mari melawat makam-makam purba mencari cerita-cerita lama sehingga sanggup meninggalkan segala-galanya...
Tahun 2002 adalah satu tempoh yang amat mencengkam jiwa. Tiga bulan selepas nenek pergi, adik lelaki bongsu Rasyid pula maut akibat kemalangan jalan raya. Ini berlaku sehari selepas isteri pemuda itu melahirkan anak pertama mereka. Tidak cukup itu, seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, ibu kepada bondanya, orang yang dipanggil “Mak” kerana menjaga dan membesarkannya sejak kecil turut serta menyambut panggilan Ilahi.
Ketika itu, anak muda yang mula kelihatan seperti orang sasau dengan penampilan tidak terurus akibat terlalu taksub mengembara mencari jawaban di samping memendam rasa sedih yang mencengkam jiwa akibat musibah yang kunjung tidak putus baru setakat tahu bahawa Keramat Kuala Bidor itu mempunyai kaitan dengan Sultan Malikus Salih yang mengasaskan kerajaan Samudera Pasai abad ke 13 Masihi. Tetapi hamba Allah ini bukan berasal dari kerajaan tersebut. Kerana beliau hidup hampir 1,000 tahun lalu! Masih belum terjawab persoalan yang nenek kemukakan dahulu...
Awal tahun 2003, selepas lebih setahun mencari dan mengembara lagi, barulah dia faham maksud nenek. Mengapa beliau menyebut Keramat Kuala Bidor berasal dari keturunan orang baik-baik, dan siapakah orang baik-baik yang dimaksudkan... Rasyid juga dapat tahu hamba Allah ini berasal daripada sebuah keSultanan purba yang telah wujud 400 tahun lebih dahulu daripada Samudera Pasai dan 600 tahun sebelum Melaka iaitu Perlak. Pencarian ini telah memperkenalkannya kepada sejarah keSultanan Perlak yang diasaskan tahun 840 Masihi. Lalu terbukalah kaitannya dengan perjuangan Samudera Pasai untuk menegakkan syiar Islam di bumi Timur, perjuangan yang akan diwarisi Melaka seterusnya Aceh nanti.
Lebih penting lagi, sejarah penubuhan Perlak berkait pula dengan pergolakan empayar Islam di Timur Tengah melibatkan kerajaan-kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Dari sinilah, Rasyid mula mengenali siapakah itu Imam Ja’afar Al-Sadiq yang sangat diagung-agungkan pengikut Syiah, juga tokoh-tokoh lama Islam seperti Muhammad Nafs Al-Zakiyah yang pernah mewarnai persada politik Islam di Baghdad.
Lalu anak muda ini dibawa menelusuri perjuangan anak cucu Rasulullah SAW, para Ahlul Bait yang penuh ranjau dan duri, lebih-lebih lagi kisah suka-duka keturunan cucu sulung baginda iaitu Saidina Hassan, kisah perjuangan yang entah mengapa, banyak digelapkan sejarah lalu hilang ditelan zaman. Dan sekarang Rasyid mahu ia didedahkan kerana pemuda ini percaya ia berkaitan dengan kesejahteraan umat Islam juga...
Keturunan Saidina Hassan diketahui ramai terdapat di Afrika Utara terutama sekitar Morokko ataupun Maghribi. Jurai-jurai tertentu pula dikenali sebagai para penguasa berwibawa seperti Al-Idrisi yang memerintah Maghribi dan keturunan Qitada yang menjadi para Sharif atau Raja-raja Mekah dan Madinah selama 800 tahun, sebelum digulingkan keluarga Bani Saud yang menubuhkan kerajaan Saudi Arabia tahun 1920an.
Dari keturunan Sharif ini juga terbit Raja-raja Jordan sampai sekarang serta Raja-raja Iraq sebelum negara itu menjadi Republik. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa anak cucu Saidina Hassan juga wujud memainkan peranan membela ummah di bumi Timur ini.
Untuk pengetahuan, satu-satunya keSultanan Melayu yang masih kekal dan diketahui berasal dari keturunan ini adalah keSultanan Brunei. Kesinambungan keturunan Saidina Hassan ini diteruskan melalui Sharif Ali, bekas Raja Mekah yang meninggalkan Tanah Arab kerana kecewa dengan perang saudara merebut tampuk kekuasaan Mekah 600 tahun lalu.
Dari Saidina Hassan lah bermula kisah suka duka keluarga yang terbuang dari takhta, kisah berulang-ulang yang terpaksa dilalui anak-cucunya zaman berzaman. Demi kesatuan ummah, baginda melepaskan takhta keKhalifahan kepada Muawiyah bin Abu Sufyan. Kerajaan Bani Umaiyah pun diasaskan sedangkan pengorbanan baginda dilupakan!
————————
“Masyarakat umum lebih mengenali perjuangan Saidina Hussein yang gugur syahid di Karbala menentang kekejaman Yazid anak Muawiyah,” kata Rasyid kepada Nur, satu-satunya teman setia yang sedia menyokongnya dalam susah dan senang. Wanita yang sering menjadi tempatnya mengadu masalah terutama dua tahun kebelakangan.
“Mereka lebih melihat keberanian dan kehebatan Saidina Hussein yang turun ke medan perang dengan angkatan kecil sekitar 70 orang melawan beribu orang musuh tetapi tidak mampu menggapai bahawa Saidina Hassan mengalah kepada Muawiyah demi menyelamatkan ummah daripada terus berbalah. Lalu ada pihak termasuk penyokong lamanya sendiri dengan biadab menuduh cucu sulung Rasulullah SAW itu pengecut! Walhal hakikatnya, tindakan baginda itu lebih berani kerana sanggup kehilangan nama baiknya, sanggup dituduh dayus asalkan rakyat bahagia.”
Nur mendengar penuh simpati. Walaupun wanita cantik bertubuh langsing ini bukannya seorang yang berpelajaran tinggi, sedikit sebanyak dia dapat menghayati apa yang ingin diketengahkan Rasyid. Dapat menyelami jiwanya yang lain dari yang lain serta hati nuraninya yang sensitif...
“Saya percaya cakap awak,” kata Nur lembut. “Saya tahu banyak perkara awak hendak beritahu orang because you want them to know the truth. Tetapi tidak semua manusia mahu memberi perhatian terhadap apa yang awak ingin kemukakan sebab awak sedang susah. Mereka tengok pada luaran sahaja, bukannya dalaman awak. Agaknya kalau orang politik kaya, ada kuasa yang cakap semua ini, mesti orang dah beri perhatian walaupun hakikatnya dia penipu besar, penjual maruah agama, bangsa dan negara...”
“Awak tahu kenapa saya rasa marahkan?” Rasyid meminta kepastian.
“Of course I do!” jawab temannya. “I can feel your frustration! Awak sanggup hilang segalanya because you always stick to your principles no matter what. Saya tahu awak berjiwa perjuangan, selalu teraniaya because of what you believe in.”
“It’s OK,” sambung pemuda itu balik. “Saya bukan hendak menagih simpati ataupun balasan. Tak kisah pun orang kata saya gila atau mengarut. Yang penting mereka tahu cerita sebenar, faham apa yang terjadi kepada dunia ini, apa yang sudah berlaku kepada ummah dahulu dan sekarang.”
“Awak jangan risau,” Nur memberi sokongan. “Saya simpan dalam hati apa yang awak beritahu saya selama ini. Saya tahu sifat mulia Saidina Hassan yang lebih mementingkan kesejahteraan ummah daripada kesenangan diri sendiri wujud dalam diri awak. Saya faham jiwa awak!”
“Thanks a lot Nur for believing in me!” Rasyid membalas. Sedikit sebanyak, hatinya yang sering remuk kerana dugaan hidup merasa terhibur setiap kali menatap wajah wanita kesayangannya. Walaupun Nur adakalanya kelihatan garang dan berperangai tomboy mengalahkan lelaki, pemuda itu dapat melihat di sebalik semua ini ada satu kemanisan, ada cahaya terang menunggu masa sahaja untuk bersinar menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar. Permata yang terpendam. Namanya pun Nur... Manis!
“Agaknya saya terikut cara hidup keluarga Saidina Hassan kot?” sambung pemuda itu. “Lebih suka hidup low-profile di sebalik bayangan orang ramai. Tidak mahu dikenali apalagi sebagai anak cucu Nabi. Biarlah anak cucu Saidina Hussein terus terserlah. Biar keturunan Saidina Hassan dituduh pengecut, disisih daripada kedudukan yang haq asalkan kesejahteraan ummah terjaga, tidak kiralah siapa yang memegang kuasa.”
Nur tersenyum simpul. Tahu lelaki yang dikaguminya itu berseloroh di celah serius. Sudah faham hati budinya yang luhur walaupun adakalanya dia agak nakal. “Nakal sahaja, bukannya jahat,” bisik hati kecilnya.
Gadis ini teringat perkenalan mereka di kota London 10 tahun lalu. Teringat dirinya ditegur Rasyid yang sedang berambut panjang melepasi bahu. Rugged dengan seluar jeans koyak di kepala lutut, t-shirt lusuh separuh lengan dan rantai kayu besar ala orang Asli Afrika meliliti lehernya.
“Is this seat taken?” pemuda itu membuka bicara, sopan. Terbayang wajah Rasyid dengan senyuman datang menuju meja makannya dengan knapsack besar tersandang di belakang. Dengan mata coklat tajam bersinar tidak berkerdip merenung tepat ke mukanya.
Nur tersenyum lagi. “Tak malu! Punyalah banyak tempat kosong, meja aku juga yang dituju.” bisik hatinya. Tetapi wanita menarik yang aktif bergiat dalam dunia seni tanahair ini memang mengharapkan pemuda itu datang. Memang ada niat hendak mengenalinya sejak terpandang penampilan unik pemuda itu muncul dari balik pintu masuk kantin tempatnya makan. “Boleh tahan cute,” getus hati kecilnya menahan malu.
Ketika itu, Nur berserta dua orang rakan perempuan sedang bercuti musim panas di ibukota Great Britain. Tergerak pula hendak menikmati masakan Melayu di Malaysia Hall, tempat pertemuan penuntut dan pekerja Malaysia yang mengandungi Malaysian Student Department. Macam dah janji nak berjumpa pula... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Lalu dia teringat hari-hari seterusnya. Makan tengahari udon dan sushi di restoran Jepun di Knight’s Bridge sebelum window shopping di Harrod’s. ‘Melalak’ sampai Subuh, diselang-seli sembang dan gelak ketawa di bawah rimbunan pepohon di Hyde Park dengan iringan petikan gitar Ovation Rasyid, gitar mahal semi-electric yang dicuri orang dua bulan kemudian ketika pemuda itu sedang nyenyak tidur di sebuah kawasan lapang di Amsterdam, Belanda semasa mula-mula mengembara hitchiking di Eropah dahulu. Katanya gitar itu hendak digunakan untuk bermain muzik di jalanan, untuk menampung perbelanjaan tetapi apa boleh buat, dah lesap...
Tetapi paling Nur tak dapat lupakan, ikut Rasyid ke Trafalgar Square, mercu tanda terkenal kota London. Lebih seronok lagi kerana mereka pergi berdua sahaja, kerana kawan-kawan Nur kata ada hal lain. Atau mereka sengaja beri peluang? Sahaja mahu Nur dan Rasyid jadi merpati dua sejoli, boleh lawan merpati-merpati lain yang banyak berterbangan?
Mula-mula biasalah, mereka setakat relaks makan ais krim, tengok orang ramai bersantai. Melihat burung merpati terbang beribu-beribu mengelilingi kawasan sebelum turun mematuk makanan dan biji-bijian yang dilemparkan orang. Adalah cakap-cakap sedikit. Segan-segan konon, malu-malu kucing... Yalah kali pertama dapat keluar dua orang...
Tiba-tiba datang angin gila si Rasyid. Terus ditariknya tangan Nur menuju salah sebuah air pancut cantik yang menghiasi mercu tanda kebanggaan wargakota London itu. Terus “menceburkan diri” ke dalam kolam. Habis basah kuyup pakaian wanita itu. Lepas itu berendam keliling kolam, siap dengan kuak dada, kuak kupu-kupu pun ada. Konon-konon berenanglah itu walhal airnya tidak sampai pun 3 kaki dalam. Seronok!
Pemuda itu pula memakai seluar pendek sahaja, santai bagai di tepian pantai. Awal-awal tadi semasa mula sampai ke Trafalgar Square, Rasyid sudah menyalin pakaian yang tersedia dalam knapsacknya. Katanya sebab panas... Sudah empat tahun duduk di England, sudah merasa semua empat musim. Hinggakan apabila masuk musim bunga, suhu baru meningkat ke 15 Celsius pun sudah terasa bahang. Inikan lagi musim panas, 30 Celsius ke atas. Lagipun ramai juga Mat Saleh keluar berlenggeng, tidak memakai baju dan ada dua tiga orang yang sama memakai seluar pendek. Tetapi kalau mandi dalam kolam di tempat pelancongan di tengah-tengah kota ini, siap beriya-iya berenang, Mat Saleh pun tak buat. Ini kerja budak-budak...
Rasyid tidak peduli semua itu. Ini kota London, dunia nafsu nafsi. Setakat pasangan “bercium-mulut” depan khalayak umum perkara biasa. Kalau di taman bunga, silap-silap ada orang “buat kerja” dalam semak. Cuma takut polis atau penjaga taman nampak. Boleh ditangkap, sebab buat indecent behaviour at public places. Bukan sebab langgar hukum Syariat...
Apapun, tidak ada siapa hendak marah kalau setakat mandi kolam di Trafalgar Square. Tinggal orang sahaja segan hendak buat. Rasyid pula seperti tidak tahu malu langsung, siap boleh memanjat naik air pancut yang tingginya 15 kaki, lepas itu duduk di atas muncung tempat air keluar, dialihkan pula air yang memancut itu dengan punggung untuk ‘menyerang’ orang-orang di bawah! Kemudian pemuda itu boleh menemani Nur berjalan kaki hampir 1 kilometer ke gedung barang-barang permainan Hamley’s di Regent Street dengan memakai tuala sahaja! Siap dengan knapsack di belakang, mana tidak orang kata dia gila? Tetapi adalah pakai seluar pendek di dalam. Takut juga tuala tercabut di tengah jalan...
“Woit... Ini apa sengih-sengih ni?”
Nur tersentak. Jauh rupanya rohnya mengembara, memutar masa melangkaui benua... 10 tahun lalu, 10,000km jauhnya...
“Ingat London heh...?” Rasyid menegur sambil melirik mata.
“Taklah! Ingat Abah dengan Umi. Tengah buat apa agaknya ya?” Nur cuba berdalih. Ingat orang tak tahu? Muka pun tersipu-sipu...
“Yalah tu. Ini ha... cuba awak baca apa yang saya tulis ni, OK ke tak...” Rasyid menghulurkan sebahagian print-out tulisannya mengenai Aceh.
Walaupun Nur bukan pakar penulisan, pemuda itu percaya kepada kejujuran dan keikhlasannya. Pada Rasyid, wanita itulah satu-satunya manusia yang dapat memahami dan menghargai jiwanya yang sebenar. Ketika orang lain menuduhnya tidak betul, gila, sudah hilang akal, buat kerja mengarut melawat makam-makam lama, Nur masih lagi mempercayai dan menyokongnya. Malah wanita inilah yang banyak mengembalikan semangat Rasyid yang hilang selepas tidak putus-putus dilanda dugaan demi dugaan hatta cemuhan daripada ahli keluarga sendiri...
————————
Memang keturunan Saidina Hussein jauh lebih terserlah, baik di sini mahupun di mana-mana. Sampai sekarang mereka boleh dikenali dengan gelaran Sayyid atau Syed, juga Habib untuk lelaki dan Sharifah untuk perempuan, meneruskan tradisi menjaga nasab dan nama baik keluarga yang dimulakan nenek moyang mereka yang ramai beranak pinak di Hadramaut, hujung semenanjung Arab.
Lalu para ulamak dan pendakwah dari golongan mereka sering disebut sebagai para peneraju, orang-orang yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di Nusantara, para perintis yang diagung-agungkan dalam sejarah bumi sebelah Timur. Apakah anak cucu Saidina Hassan tidak pernah memainkan peranan? Apakah mereka tidak pernah memikul amanah?
“OKlah tu!” Nur memberi penilaian ikhlas. “Awak ada natural touch. Saya percaya awak akan berjaya dalam bidang penulisan satu hari nanti...”
Rasyid terdiam menatap wajah wanita kesayangannya. Mungkin pada hari itu nanti, mereka akhirnya dapat bersama sebagai suami isteri? Ah... Dia berangan lagi. Sudah 10 tahun kenal masih belum dapat bersatu lagi...
Keramat Kuala Bidor
(Nota: Cerita seterusnya dalam buku "Berpetualang ke Aceh" adalah bahagian yang telah diturunkan dalam posting sebelum ini. Maka biar ia disambung di sini menurut perenggan seterusnya ya....)
Muhammad Al Aminul Rasyid menunggu sehingga selesai makan tengahari sebelum mengemukakan apa yang sudah lama terbuku di hati. Dengan menceritakan mimpi ganjilnya yang melibatkan keSultanan Perak serta kaitannya dengan akhir zaman. Bayangkan selepas begitu lama tidak berbual dengan nenek malah seumur hidup tidak pernah mengambil tahu tentang negeri kelahiran ayah, tiba-tiba dia boleh muncul kembali dan bertanyakan cerita-cerita lama tentang Perak. Yang peliknya nenek tidak hairan pun malah tersenyum berseri-seri pula. Seolah-olah sudah sampai masa cucundanya mengenali asal-usul diri, sudah sampai waktu bersedia untuk memikul amanah keluarga. Apalagi, nenek pun membuka cerita...
Tersebutlah kisah, suatu masa dahulu di Sumatera, dua beradik berebut takhta. Si abang yang lebih layak terkilan, sedih dicabar si adik yang berang. Lalu merajuk meninggalkan kerajaan, bersama isteri tersayang sehelai sepinggang.
Mereka pun bersampan menyeberangi Selat Melaka. Masuk ke Sungai Perak, mendarat di Teluk Intan. Di situlah duduk, mencari makan. Bercucuk-tanam, menjala ikan.
Nenek kata pada zaman itu keSultanan Perak belum wujud lagi. Tidak tahu pula berapa lamakah dahulu cerita ini berlaku. Nama Teluk Intan pun belum wujud, begitu juga nama Perak dan Sungai Perak. Tetapi sudah ada penduduk di situ, sudah ada kampung kecil nelayan. Tidak pasti pula asal-usul mereka, di bawah kerajaan mana atau naungan siapa. Kalau ikut sejarah rasmi, keSultanan Perak bermula tahun 1528 Masihi. Maka cerita ini mestilah telah berlaku sekurang-kurangnya 500 tahun dahulu. Yang peliknya, nenek kata Keramat Kuala Bidor selalu berulang-alik berkebun di Bidor. Pergi selepas Zuhur, balik sebelum Maghrib. Sedangkan kalau naik kereta sekarang inipun memakan masa sejam dari Teluk Intan hendak ke Bidor. Inikan pula pergi-balik meredah hutan, siap berkebun dalam tempoh lima jam. Hendak kata naik kuda, setahu Rasyid Keramat Kuala Bidor tidak memiliki apa-apa bentuk tunggangan. Maklumlah orang miskin hidup sehelai sepinggang, lembu pun tak mampu beli inikan lagi kuda... Eh... Entah-entah hamba Allah ini naik harimau kot? Sebab pernah orang menyebut, beliau ada membela seekor harimau yang tempang satu kakinya dikenali sebagai harimau tepok...
Keramat Kuala Bidor juga suka menjala ikan awal pagi dan menghadiahkan tangkapannya kepada penduduk kampung tanpa diketahui. Selesai menjala, beliau pun meletakkan ikan di pintu setiap rumah sebelum Subuh. Buka sahaja pintu terus dapat ikan percuma. Tetapi tidak tahu siapa yang beri. Beliau cuma mengambil seekor dua untuk makanannya dan isteri. Memang hidup hamba Allah ini ringkas. Kain bersih pun ada sehelai sahaja dikongsi suami isteri. Itulah yang digunakan untuk solat bergilir tetapi hidup mereka tetap berseri...
Nenek kata kalau beliau mahu hidup senang goyang kaki sudah lama boleh kerana beliau telah dikurniakan banyak kelebihan semulajadi. Tetapi Keramat Kuala Bidor bukan jenis manusia yang cintakan kekayaan dan harta benda malah apa-apa bentuk pun kemewahan dunia.
Rasyid termenung mendengar cerita ini. Dalam hatinya terbayang alangkah bahagianya jika dia mendapat seorang isteri seperti yang dimiliki Keramat Kuala Bidor, seorang wanita solehah yang redha dengan segala pemberian suami walaupun dia tidak punya apa-apa untuk diberi.
Padanya, inilah contoh seorang wanita yang betul-betul mengikut panduan Al-Quran dalam menuntut haknya sebagai seorang isteri daripada seorang suami, panduan yang berbunyi lebih-kurang begini: “Apabila suaminya makan, dia pun dapat makan. Apabila suaminya berpakaian, dia pun berpakaian.” Ertinya wanita itu redha dengan setiap pemberian suami, bukannya menuntut hak suruh beli itu dan ini berdasarkan kelaziman umum dan tuntutan zaman semata lalu memaksa suami untuk mencari duit lebih just to keep up with the Joneses. Tengok jiran sebelah ada kusyen baru, dia pun nak yang baru juga. Itu belum kira barang-barang lain... Akhirnya suami kena migraine, selalu makan hati...
Kalau mengikut garis panduan Al-Quran yang sebenar, jika suaminya lapar, si isteri pun redha berlapar sama. Maka tidaklah memeningkan kepala suami lebih-lebih lagi dalam zaman moden di mana prinsip hidup terpaksa dikorbankan untuk menjaga periuk nasi, wang halal bercampur-baur dengan yang haram sehingga tidak dikenali asal-usulnya lagi, riba’ bermaharaja-lela lalu menjadi darah-daging hampir setiap manusia.
Percayalah wahai wanita, dalam keadaan penuh keredhaan dan kasih-sayang begini, tidak akan ada mana-mana suami yang sanggup atau sengaja akan membiarkan isterinya mengikat perut atau tidak berpakaian elok. Tidak akan timbul rasa marah sang lelaki kerana dipaksa mengorbankan prinsip hidup semata-mata untuk mengejar kekayaan yang didambakan si isteri. Jika seorang wanita betul-betul redha dengan suami, barulah lelaki itu dapat beribadah kepada Allah SWT dengan senang hati sementara mereka yang diamanahkan untuk memperjuangkan sesuatu prinsip terutama yang melibatkan kesucian dan kedaulatan agama, bangsa dan negara dapat melaksanakan tugas mereka dengan sepenuh jiwa.
Eh... Lebih-lebih pula si Rasyid. Teringat buah hatilah tu agaknya... Pernah terjadi peristiwa Keramat Kuala Bidor terjumpa sebuah takar penuh emas yang nilainya mahu berjuta-juta Dolar. Selalunya orang kalau terjumpa harta karun sebegini mesti terus lupa diri. Maklumlah, harta percuma... Malah kebanyakan orang sanggup berbunuh-bunuhan untuk mencari harta dan kekayaan.
Tetapi beliau tahu itu hanyalah dugaan Allah semata-mata untuk menguji hati hambaNya samada terpengaruh dengan harta benda ataupun tidak. Maka Keramat Kuala Bidor buat tidak nampak dan terus meninggalkan takar itu. Tahu tidak apa yang terjadi seterusnya? Takar itu cuba mengekorinya pula!
“Ya ke ni nenek?” tanya Rasyid meminta kepastian.
“A’a lah... Kamu tak percaya ke?” nendanya bertanya kembali.
Pada mulanya, Keramat Kuala Bidor cuma berjalan seperti biasa. Setakat hendak meninggalkan tempat itu dan kembali ke rumahnya. Tetapi takar itu pula boleh mengensot-ensotkan diri mengikutinya. (Macam kerbau pendek tidak berkaki?) Bila Keramat Kuala Bidor melangkah lebih laju, pandai pula ia bergolek mengejar (macam ba alif ba ya golek siap ada apel kat mulut?). Hamba Allah inipun melarikan diri. Takar itu pula memecut sekali! Sampai sahaja ke kampung, beliau terus melompat masuk ke dalam masjid. Takar itu cuba melompat sama tetapi jatuh terlanggar tangga. (Yalah, ia bukannya ada kaki...) Bersepah keluarlah kepingan-kepingan emas di dalamnya, terus dikutip orang-orang sekeliling. Tetapi seperti biasa, Keramat Kuala Bidor buat tidak tahu, macam tidak ada apa-apa yang berlaku...
Nenek kata ada orang-orang dulu menanam takar berisi emas di tempat tertentu. Sampai sekarang masih ada pihak yang cuba mencari takar itu. Tetapi menurut khabarnya ia dijaga jin ganas yang hauskan setempayan darah anak dara. Sebab itu nenek tidak suka bercerita kepada sesiapa. Katanya ada pihak yang cuba mengorek cerita-cerita lama daripadanya tetapi beliau malas hendak menjawab. Cerita pun sedikit sahaja kerana ramai yang ingin tahu untuk mencari harta ataupun bukti demi menagih pangkat. Sedangkan mereka sepatutnya tidak hairan dengan semua ini. Tetapi nenek sanggup bercerita kepada Rasyid kerana tahu cucundanya itu cuma dahagakan jawaban, tidak gilakan pangkat ataupun harta. Tahu anak muda ini mahukan penyelesaian yang dapat memberikannya istirehat setelah bertahun tak henti berkelana...
Dalam suatu peristiwa pula, seperti biasa Keramat Kuala Bidor pergi menjala ikan di Sungai Perak tetapi apabila beliau menarik jalanya, yang sangkut cuma seekor anak buaya.
Hamba Allah yang penyayang ini tidak membunuh mahu pun membuang anak buaya yang terluka itu. Malah beliau merawatnya sehingga sembuh. Buaya itupun menjadi binatang peliharaannya. Itulah buaya putih Sungai Perak yang terkenal di kalangan rakyat tempatan sana, buaya legenda yang akan muncul apabila akan berlaku apa-apa peristiwa besar yang boleh mengancam negeri itu, mungkin negara ini juga...
Kata nenek, buaya itu asalnya sebesar tapak tangan sahaja. Sekarang, ada yang kata panjangnya sampai boleh menyeberang Sungai Perak. Kalau begitu, tidak kurang 100 meter ada! Entah betul entahkan tidak.. Apapun buaya itu sebenarnya adalah buaya jadian, boleh menjelma menjadi orang... Maka itu janganlah hairan jika ia boleh membesar selebar Sungai Perak.
Dalam banyak-banyak cerita nenek, Rasyid paling suka kisah Keramat Kuala Bidor hendak mengambil wuduk sebelum Subuh di tepi Sungai Perak tetapi air menjadi keras! Ya, keras seperti batu...
Hamba Allah ini tidak peduli pun dengan peristiwa ajaib itu kerana cuma ingin mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Lalu beliau pun menanggalkan serbannya dan meletakkannya di sisi. Kemudian melangkah ke atas air yang keras tadi menuju ke tengah untuk mencari air yang boleh dibuat wuduk. Tetapi air sungai masih lagi keras, tidak ada yang boleh digunakan...
“Kira air itu beku macam aiskah nenek?” anak muda itu memotong. Bertanya macam budak-budak. Nak manja dengan nenda agaknya...
“Tak juga,” jawab nenek. “ Nak kata macam ais, air batukan sejuk? Cakap air keras aje cukuplah, macam simen atau batulah agaknya...”
Maka terpaksalah Keramat Kuala Bidor berjalan merata di atas sungai demi mencari air yang boleh digunakan untuk dibuat berwuduk. Tidak ada juga air yang cair. (Pelik bunyinya bukan?) Harus melangkah lebih jauh lagi ke tengah Sungai Perak yang luas...
Entah mengapa, ketika berada di tengah, tiba-tiba air menjadi cair. Keramat Kuala Bidor pun terjatuh ke dalam sungai lalu berenang ke tebing. Naik ke darat membetulkan pakaian kemudian mengambil wuduk seperti biasa, seolah-olah tidak ada perkara pelik yang berlaku. Tak terfikir pun mengapa air sungai boleh menjadi keras, tidak peduli langsung pakaiannya basah. Selesai itu, beliau menghulurkan tangan untuk mengambil balik serbannya yang diletakkan di sisi tadi. Tengok-tengok, serban itu pula hilang, ghaib entah ke mana. Aitt? Apa pula ini? Beliau pun mula mencari-cari dalam kegelapan awal pagi...
“Rupa-rupanya serbannya ada nun jauh di atas pokok kelapa, tersangkut di celah pelepah daun pokok,” beritahu nenek.
Tidak tahulah bagaimana beliau boleh nampak serban atas pokok dalam kesamaran sebelum Subuh itu. Kira magic juga itu, fikir Rasyid. Kata nenek, rupa-rupanya malam itu malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan. Pokok kelapa itu sedang sujud menyembah bumi semasa Keramat Kuala Bidor meletakkan serbannya sebelum ia naik tegak kembali... Tanpa banyak cerita, beliau pun memanjat pokok kelapa itu dan mengambil serbannya. Kemudian balik ke rumah menunaikan solat seperti biasa...
Banyak perkara pelik dan karamah berlaku kepada hamba Allah ini tetapi beliau tetap tidak hairan terhadap semua ini. Mungkin kerana menganggap segala yang berlaku adalah remeh belaka, cuma ujian Allah SWT untuk melihat samada hambaNya itu terpesona ataupun tidak. Seperti dinyatakan dalam sebuah Hadis Qudsi, firman Allah SWT yang dipaparkan dalam sebuah kitab Tasawuf:
“Hai hambaku, bila kamu ingin masuk ke Haramil Ku (Haramil Qudsiyah), maka kamu jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut; kerana alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim, alam Malakut syaitan bagi orang Arif, alam Jabarut syaitan bagi orang-orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah.” Nenek pun tidak tahu siapakah sebenarnya Keramat Kuala Bidor, siapakah nama sebenar beliau, apakah asal-usulnya secara terperinci... Atau mungkin nenek sengaja tidak mahu beritahu? Sahaja hendak bagi suspense? Suruh Rasyid ambil inisiatif mengkaji sendiri? Nenek setakat memberi satu petunjuk... Katanya beliau keturunan orang baik-baik.