Rabu, Julai 29, 2026

Merah Silu Live dan perjalanan ke-55

Salam. Merujuk pada siri siaran langsung mingguan "Merah Silu Live" yang dilaksanakan melalui Tiktok sejak beberapa lama. Dahulu saya telah 'menyelitkan' rakaman bagi edisi ke-31 dalam artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang diikuti ke-32 dalam Asbab Haul Tokku Paloh - Legasi Maharaja Perja Jelai dan keenakan aserong Batu Talam. Sekarang biar 3 edisi  seterusnya dikumpulkan dalam artikel khas.



Edisi ke-33, berlangsung 14 Julai 2026...


Perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas adalah :-


51. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010 - 1,830 km. Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.




Edisi ke-34, berlangsung 21 Julai...

 

Perjalanan lama  diulas :-

52. Menyelesaikan bab Perak Okt 2010 - sekitar 850 km. Lihat Menyelesaikan bab yang belum lagi selesai?.




Edisi ke-35, 28 Julai (malam tadi)



Perjalanan lama  diulas :-


53. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura Nov 2010 - 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....

54. Lubuk Pusing ke hilir Perak Dis 2010 - sekitar 500 km. Lihat Dari Lubuk Pusing, Selangor terus 'berpusing' ke hilir Perak....

55.  Hulu Muar ke Pulau Besar Dis 2010 -  lebih 580 km. Lihat Pusing Negeri Sembilan mencari Hulu Muar langsung ke Pulau Besar.


Cuma kali ini baru tersedar ada kesilapan mengatur perjalanan lama menurut kronologi dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Perjalanan yang ditanda sebagai ke-54 dan 55 di atas sebenarnya berlaku sekitar Julai 2009. Saya telah meletakkannya sebagai berlaku pada Dis 2010 kerana terkeliru tarikh. Sebenarnya itu adalah tarikh kompilasi bagi artikel-artikel berkenaan dibuat.  

Ini boleh dibetulkan  dengan mudah . Tetapi harus ditinggalkan nota kerana pembetulan menyebabkan giliran nombor berubah. Sedangkan perkongsian dalam "Merah Silu Live" setakat ini dibuat mengikut giliran sebelum berlakunya pembetulan. Menariknya pembetulan menyebabkan perjalanan atas nama "Al-Rasyid naik kereta api..." berubah tempat dari 53 menjadi 55. 


Sekadar menambah. Ini adalah gambar yang diambil isteri ketika menghadiri satu majlis selawat di Klang hari Sabtu 25 Julai. Hari itu kami ke Shah Alam terlebih dahulu, selepas majlis bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya supaya lebih dekat dan mudah untuk mengambil anak-anak keluar outing dari madrasah Ahad 26 Julai. Dibawalah mereka berjalan ke beberapa tempat termasuk naik percuma LRT3 dari Bandar Utama sehingga ke stesyen paling hujung iaitu Johan Setia dan kembali dan kembali. Malam itu menginap lagi rumah ibu saudara, begitu juga malam seterusnya untuk memudahkan beberapa urusan. Petang semalam baru kembali ke rumah. Malamnya melaksanakan Merah Silu Live yang ke-35.

Berikut adalah artikel-artikel yang dipersembahkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART susulan daripada keluar hari Sabtu. Lihat :-


1.  Surau (Praying hall of) Al Munawwarah, Seksyen 13, Shah Alam

2. Masjid (Mosque of) Rahimiah, Klang

3.  Batu nesan Aceh di (Aceh tombstones at) Bukit Kuda

4. Makam (Tomb of) Raja Hassan bin Raja Abdullah


Tentang majlis selawat lihat Malam berselawat menjunjung daulat di Klang  di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) Selesai gerak perkongsian.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan