Salam tengah hari Sabtu 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446 Hijriah. Selamat Hari Raya Haji, Eid Adha Mubarak. Dalam artikel Dari Yathrib ke Madinah Nabi : Sebuah Transformasi Madani yang dipersembahkan petang Khamis baru ini ada dinyatakan, ketika menghadiri majlis ilmu berkenaan malam sebelumnya saya baru sahaja 16 jam lebih kembali dari perjalanan terbaru yang memakan jarak pemanduan lebih 1,000 km. Hendak menulis cerita masih begitu penat dan belum ada kelapangan. Sekarang, mengambil berkat hari mulia ini biar mula dikongsikan cerita.
Pagi Khamis 29 Mei bersamaan 1 Zulhijjah. Menghantar isteri ke Kuala Selangor kerana beliau ada urusan kesatuan sekerja di pejabat-pejabat syarikat belah sana.
Sementara menunggu urusan tersebut selesai beriktikaf di masjid ini. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Sultan Ibrahim, Kuala Selangor di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kemudian singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Raja Lumu pada siang hari (during daytime).
Selesai urusan isteri perjalanan diteruskan ke arah utara melalui laluan utama terdekat ke Pantai Barat.
Singgah di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) as Sa'idiah, Pasir Panjang, Sekinchan.
Kemudian ke masjid ini. Lihat Lawatan baru (New visit to) masjid lama (old mosque of) Panchang Bedena.
Perjalanan diteruskan ke arah utara kerana beberapa hari sebelum itu ada saudara belah bapa memberitahu mahu membuat mesyuarat Isnin 2 Jun di Alor Setar bagi mengatur salasilah bagi keperluan mahkamah. Tentang hal tersebut rujuk artikel lama Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan. Cuma ada keluar dari laluan menghala ke barat untuk ke Beting Beras Basah. Dalam perjalanan singgah ke dua buah masjid lagi. Lihat Lawatan baru (New visit to) masjid lama (old mosque of) Panchang Bedena diikuti Masjid (Mosque of) At-Thohiriah, Rungkup Kecil. Kemudian baru ke beting atau lebih tepat jeti tepian lalu 'beriktikaf' sehingga malam. Lihat artikel Jetty of Beting Beras Basah in 2025 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kalau ikut rancangan asal, iaitu selepas mengetahui ada mesyuarat perlu dihadiri di Alor Setar, selepas singgah masjid lama di Panchang Bedena mahu ke masjid warisan keluarga di Batak Rabit lalu bermalam. Esoknya baru meneruskan perjalanan ke utara. Tetapi timbul rasa untuk ke Beting Beras Basah timbul beberapa lama selepas meninggalkan Kuala Selangor. Selepas itu ke masjid jamek pekan Lumut untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak.
Semasa di Beting Beras Basah kami ada membuat rakaman video lalu dimasukkan ke dalam Tiktok kemudian. Pautan akan dikongsikan selepas segala penceritaan selesai. Didapati ada yang mempersoalkan kenapa menyebut 'beriktikaf' di beting? Kenapa tidak beriktikaf di masjid? Malas nak jawab. Kalau sahaja mereka tahu berapa kerap kami beriktikaf di masjid-masjid di merata Malaysia malah di luar negara sehingga bermalam, sejak hampir 20 tahun kebelakangan. Kalau saya sendiri sejak tahun 2001.
Begitu juga apabila bercakap tentang sejarah. Generasi kemudian mungkin melihat saya sebagai baru kebelakangan ini muncul sibuk bercakap tentang perkara, disebabkan baru menggunakan Tiktok. Walhal sejak tahun 2001 sudah turun ke lapangan menjejak tempat-tempat, sejak tahun 2006 menulis dan menerbitkan buku-buku berkenaan selain rajin menulis di blogspot. Oh, selepas bersolat kami melepak lama menikmati persekitaran malam di Lumut.
Di celah-celah itu menyambung kajian dan penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), ada juga membaca Al Quran untuk proses pengkhataman bulan Zulhijjah. Pendek kata bermacam perkara dilakukan selain memandu jauh dan singgah ke tempat-tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan