Khamis, Mei 29, 2025

Pelbagai hal dalam 2 minggu kebelakangan

Salam. Ada majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) berlaku semalam yang mahu dikongsikan cerita. Tetapi hati ini menyuruh mengeluarkan terlebih dahulu cerita tentang beberapa aktiviti yang dilakukan dalam tempoh 2 minggu kebelakangan.




Petang Ahad 18 Mei 2025 saya dan isteri pergi ke rumah baru rakan sepejabat isteri di Sungai Tengi untuk satu perjumpaan kawan-kawan, keluarga dan makan-makan.



Kami pergi dengan motosikal besar kesayangan yang sudah 29 tahun dimiliki.



Dah alang-alang berada di Sungai Tengi pergi melihat tasik empangan berdekatan. Ini adalah kali pertama sampai setelah bertahun menyimpan hajat. Lihat artikel First time at Sungai Tengi dam reservoir  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Dari situ ikut jalan dalam berdebu, jalan kebun dan kolam hingga ke Bukit Beruntung lalu menyeberang Sungai Selangor di satu bahagian. Ini pun dah lama simpan hajat, setelah terlihat laluan dalam Google Map beberapa tahun lalu.  Lihat Selangor river from a dusty route north near Kampung Kuala Kerling.



Pagi Selasa 20 Mei naik motosikal ke Klang membawa isteri yang ada urusan kerja di satu cawangan pejabat syarikat beliau. Sementara menunggu selesai berjalan-jalan di pusat bandar raya lalu ke Masjid Diraja Klang.




Beriktikaflah sambil menyambung bacaan Al Quran bagi bulan Zulkaedah juga penulisan tesis di ISTAC.
 


Nak dijadikan cerita terlupa hendak mencabut kunci motosikal dalam keadaan suis dan lampu hidup sedangkan 3 jam beriktikaf di masjid. Akibatnya habis langsung cas bateri. Sampai lampu kecil gear neutral pun tak boleh menyala.

Nasib baik dapat jump start dari laluan menurun masjid. Dapatlah dibawa beberapa kilometer, dalam keadaan hujan lebat, sebelum harus mengecas bateri di sebuah bengkel. Itupun selepas satu jam menunggu sambil membaca lagi Al Quran tak juga cukup untuk menghidupkan enjin setakat dapat lampu neutral dan depan hidup. Orang bengkel pun menolong menolak untuk buat jump start. Dapatlah mengambil isteri kembali ke rumah.


Selain itu motosikal juga didapati menghadapi masalah ada kebocoran minyak petrol turun halus tapi kelihatan nyata selepas ditinggalkan semalaman. Petang Khamis 22 Mei hantar ke bengkel di Rawang. Disebabkan itu esoknya Jumaat 23 Mei pergi ke ISTAC menaiki kereta untuk bersolat Jumaat juga mengikuti majlis ilmu. Alhamdulillah dapat mengkhatamkan bacaan Al Quran bagi bulan Zukaedah. Lihat  Forum tentang semangat ketamadunan Palestin dan Al-Aqsa - Apa yang kita boleh buat?




Pagi Sabtu 24 Mei keluar ke bandar raya Kuala Lumpur lagi. Kali ini bersama isteri yang ada majlis perjumpaan kakitangan syarikat lamanya di Keramat. Saya pun mengambil peluang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang baru bermula hari sebelumnya. Nak parkir kereta di sekitar agak susah dan sibuk lalu isteri membawa kereta ke majlis. Lewat petang baru saya kembali mengambil alih. Lihat "Bertapa" di Pesta Buku Antarabangsa KL 2025




Pagi Ahad 25 Mei, selepas bermalam di rumah ibu saudara di Petaling Jaya, pergi menemani isteri ikut aktiviti syarikat mendaki bukit di hutan simpan Bukit Gasing. Lihat Climbing up the hills at Bukit Gasing.





Namun yang didaki itu bukanlah bukit utama dan tertinggi di hutan simpan. Yang tertinggi malah boleh naik dengan kereta sehingga hampir ke puncak dijejaki selepas itu. Lihat Views from the actual Bukit Gasing.


Dah alang-alang berdekatan pergi ke pasar karat dalam pusat membeli belah. Lihat Checking out the flea market at Amcorp Mall.


Petang itu ambil motosikal keluar dari bengkel lalu timbul rasa untuk ke satu tempat melihat pemandangan dari atas tangki air. Lihat Views from a water tower at Bukit Sentosa.


Petang Isnin 26 Mei pula tiba-tiba timbul rasa hendak menaiki motosikal lagi satu, motosikal kecil untuk melihat perkembangan satu projek industri di kampung berdekatan rumah yang menyaksikan banyak bahagian ladang dan hutan bukit bukai telah menjadi lapang. Lihat  Checking out earthwork progress at Kampung Sungai Buaya.


Pagi Selasa menemani isteri ke Seksyen 18, Shah Alam untuk satu lagi urusan kerja. Beriktikaflah di masjid kawasan juga melihat satu bahagian sungai yang katanya ada buaya. Lihat artikel Masjid (Mosque of Al-Hidayah), Seksyen 18, Shah Alam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti Checking out the Klang river from Shah Alam's Seksyen 18.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan