Salam petang Isnin 7 Zulkaedah. Semalam saya dan isteri baru kembali daripada satu lagi sesi perjalanan. Sekarang biar dimulakan penceritaan.
Perjalanan secara rasminya bermula pagi Selasa 29 April 2025 bersamaan 1 Zulkaedah 1446 Hijriah apabila meninggalkan rumah untuk menghantar isteri ke pejabat di Shah Alam.
Selepas menurunkan beliau bersarapan di Seksyen 2 dengan niat untuk masuk ke kampus utama UiTM (Universiti Institut Teknologi MARA) melalui pintu masuk utama yang terletak berdekatan.
Namun rasa hendak 'melabur' selepas makan menyebabkan harus ke surau terdekat terlebih dahulu. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Masuk ke halaman teringat bahawa bangunan di sebelah surau pernah menjadi tempat duduk ketika orientasi tahun 1988, bagi masuk ke kolej PPP/ITM (Pusat Persediaan Pelajar di bawa hkelolaan Institut Teknologi MARA sebelum ia menjadi universiti). Surau menjadi tempat kami harus bersama menunaikan solat berjemaah juga mendengar syarahan dan usrah. Dari asrama kena beratur berjalan kaki beramai-ramai, begitu juga sebaliknya.
Pada waktu itulah saya mendapat nama panggilan "Fly", panggilan yang masih melekat dalam kalangan kawan-kawan sekolej sehingga ke hari ini. Sebabnya, ketika menuju ke surau saya selalu 'melepaskan' diri daripada barisan lalu pergi ke kedai-kedai berdekatan untuk melepak dan makan. Bila hendak kembali ke asrama masuk kembali mengikut barisan. Ada kawan ternampak saya selalu buat ini lalu panggil "Fly". Ia adalah istilah budak sekolah asrama untuk cabut panjat pagar meninggalkan kawasan. Memang pun selalu buat semasa bersekolah asrama penuh di Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) di Kluang tahun 1983-1986, hehe. Hal ini ada diceritakan dalam artikel lama How I got the nickname Fly! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Nostalgia kenangan lama menyebabkan melepak lama di surau, Hampir waktu Zohor baru bergerak ke UiTM.
Malam itu membawa seorang makcik iaitu adik kepada ibu saya keluar berjalan-jalan di Kuala Lumpur.
Beliau yang merupakan isteri kepada seorang tokoh ekonomi dan kewangan terkemuka tanah air suatu masa dahulu menetap di PJ (Petaling Jaya). Saya dan isteri menginap di rumahnya malam itu.
Kami menginap di PJ supaya mudah ke Shah Alam lagi keesokannya pagi Rabu 30 April bersamaan 2 Zulkaedah.
Isteri kena masuk ke pejabat lagi. Sementara itu saya meluangkan masa di masjid negeri...
Petang, mengambil ibu saudara di PJ lalu membawa beliau ikut kembali ke kampung di Muar.
Memang itulah rancangan utama saya dan isteri, untuk kembali ke Muar mengambil kesempatan cuti Hari Pekerja pada 1 Mei. Asbab rancangan itulah bermalam di rumah makcik di PJ. Dalam perjalanan singgah 'beraya' di rumah seorang sepupu ibu di Melaka lalu dapat bertemu sejumlah saudara mara yang sudah lama tidak ditemui.
Turut disinggahi rumah adik saya di Melaka. Sampai ke rumah ibu bapa lewat malam. Pagi Khamis 1 Mei bersamaan 3 Zulkaedah keluar berjalan-jalan di bandar Muar.
Bawa ibu bapa makan nasi beringin di kedai makan bersebelahan Sungai Muar.
Kemudian berjalan-jalan di lain-lain tempat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan