Selasa, Mac 25, 2025

Iktikaf malam 23 Ramadan di Kampung Sungai Buaya

Salam. Menyambung gerak penulisan daripada Iktikaf malam 21 Ramadan di ISTAC.



Ahad 23 Mac 2025 bersamaan 22 Ramadan 1446 Hijriah. Menurut rancangan asal mahu berbuka dan beriktikaf di masjid jamek Tanjung Malim malam itu 23 Ramadan. Kemudian menukar rancangan mahu membawa isteri bersama ke masjid lama Ampang Pecah dekat Kuala Kubu Baru. Tetapi hari itu baru orang upah potong rumput dan pokok dapat datang membersihkan kebun di hadapan rumah. Susulan daripada itu  saya berseorangan  mengangkat dan mengalihkan longgokan dahan, daun dan batang-batang pokok ke luar kawasan kebun lalu apabila selesai didapati sudah dekat waktu berbuka. Maka berbuka sahaja di rumah.



Malam pula datang orang membetulkan beberapa masalah wayar eletrik juga memasang kipas dan lampu baru. Untuk makluman, sekembalinya kami suami isteri dari perjalanan Pantai Timur Selasa malam Rabu 19 Mac (rujuk Pantai Timur Ramadan 2025) didapati rumah tiada elektrik. Rupa-rupanya kotak suis tendang, nampaknya akibat kilat. Didapati barang-barang dalam peti ais tidak lagi sejuk, ais sudah cair dan sebagainya. 

Didapati juga beberapa suis lampu dan kipas tidak berfungsi. Apapun, proses memperbaiki dan menggantikan barangan rosak menyebabkan kami tidak dapat meninggalkan rumah hingga lewat malam. Sebagai ganti, dekat tengah malam kami ke masjid Kampung Sungai Buaya sekitar 3 km dari rumah...







Dapatlah juga beriktikaf dan beramal malam 23 Ramadan.




Dapatlah juga memenuhi syarat bermalam di masjid walau cuma 2 jam lebih sahaja berada sebelum kembali ke rumah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan