Ahad, Mac 23, 2025

Iktikaf malam 21 Ramadan di ISTAC

Meneruskan perkongsian aktiviti bulan Ramadan...



Petang Jumaat 21 Mac 2025 bersamaan 20 Ramadan 1446 Hijriah saya membawa isteri ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.



Ada majlis khas iftar atau berbuka puasa didahulukan syarahan tentang Al Quran sebagai asas ketamadunan Islam oleh Profesor Dr Jasser Auda dari ISTAC.



Cuma asalnya syarahan mahu diadakan di Masjid Zabedah iaitu masjid ISTAC.



Tetapi dialihkan ke dewan utama syarahan.



Masuk waktu Maghrib baru ke masjid untuk bersolat. Sebelum itu hadirin telah dibekalkan dengan kurma dan air minum untuk berbuka ringkas.



Selepas solat baru betul-betul makan di dewan makan.






Ketika itu sudah masuk tarikh 21 Ramadan, malam ganjil pertama bagi 10 hari terakhir Ramadan.




Selepas jam 8 segelintir dari kami bergerak ke Convivencia Cafe iaitu kafe dalam kampus ISTAC.



Ada syarahan dengan tajuk seperti di atas oleh Profesor Syed Khairudin Al-Juneid. Beliau sudah beberapa kali membentang di ISTAC dan katanya sudah diambil menjadi tenaga pengajar. 




Beliau telah banyak tahun mengajar di NUS, Universiti Kebangsaan Singapura. Pernah juga di UM, Universiti Malaya.



Didapati ramai anak muda yang mengikuti adalah pelajar yang pernah mengikuti modul beliau di UM.

 


Syarahan berlanjutan sehingga selepas jam 10 malam.



Selepas itu saya dan isteri berjemaah menunaikan solat Isyak di masjid ISTAC juga bertarawikh. Kemudian beriktikaf dan tidur berehat sebagai syarat sebelum kembali ke rumah tengah malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan