Sementara belum masuk malam Jumaat. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah setelah lebih satu setengah tahun.
Gambar yang diambil jam 11.31 pagi Rabu 25 Disember 2024 ini menunjukkan saya dan keluarga mula meninggalkan persekitaran rumah ibu bapa di Kampung Temiang, Muar untuk menyambung perjalanan ke selatan.
Terus mengambil lebuh raya pintas untuk ke selatan bandar Muar masuk ke Jalan Abdul Rahman.
Itu adalah jalan utama pantai barat menuju ke Batu Pahat. Singgah sebentar di masjid ini untuk menunaikan hajat. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Baitul Ummah, Parit Unas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Menyambung lagi perjalanan dari 'parit' ke 'parit'. Sepanjang perjalanan memang banyak tempat bernama 'Parit'. Parit Jawa le, Parit Bulat le Parit Jamil le malah begitu halnya hingga ke Pontian.
Berhenti pekena nasi beriyani gam Batu Pahat, dekat tepi jambatan utama menyeberangi Sungai Batu Pahat.
Selepas itu baru mengambil jambatan.
Lalu sebentar bandar Batu Pahat.
Singgah ke makam Habib Ali di selatan luar bandar...
Hampir jam 3.30 sampai ke bandar Pontian atau lebih tepat Pontian Kechil. Pontian Kechil bandarnya besar, sebelum itu lalu Pontian Besar yang merupakan sebuah pekan kecil. Jadi apa yang menerbitkan nama Pontian Kechil dan Pontian Besar? Sebenar sungai. Di Pontian Kechil sungainya kecil, di Pontian Besar sungainya besar, bukan ikut saiz bandar.
Selepas itu baru ke Tanjung Piai, satu tempat yang ada keistimewaan tertentu yang tidak ada pada tempat lain. Apakah keistimewaan itu? Tunggu cerita sambungan. Sementara itu lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...
Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,600 di CATATAN SI MERAH SILU. Sedangkan di blogspot berbahasa Inggeris saya BERPETUALANG KE ACEH baru mencapai 2,552 artikel, blogspot dwibahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru 2,506.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan