Khamis, November 07, 2024

Antara urusan keluarga, rumah dan kereta

Salam semua. Ada pun artikel sebelum ini Asbab mesyuarat agung persatuan yang ditulis 31 Oktober mengandungi kompilasi bagi artikel-artikel tentang perjalanan baru Perak yang berlaku 19 hingga 22 Oktober. Sebelum mempersembahkan artikel-artikel berkenaan telah dihasilkan dan dipaparkan terlebih dahulu artikel Ulasan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" di Edu Hub Pagoh pada 23 Oktober diikuti Pengalaman mengurus hubungan Malaysia-China bersama Syed Hamid Albar 24 Oktober dan Menjuarai epistemologi ketauhidan - Syarahan perdana Osman Bakar sebagai Rektor ke-7 UIAM 26 Oktober bagi meliputi majlis-majlis ilmu yang berlangsung 21, 24 dan 25 Oktober. Sekarang biar dikongsikan satu cerita kecil bagi mengisi kelompongan pengkisahan.



Petang Sabtu 26 Oktober 2024. Keluar bersama keluarga ke arah Lembah Klang.




Pergi majlis perkahwinan di Sri Damansara.




Ini pula di kampung isteri di Tanjung Sepat siang Ahad 27 Oktober. Kami telah sampai pada malamnya.




Ada 2 majlis keluarga mahu dihadiri dekat persekitaran rumah pusaka keluarga. Satu adalah merasmikan rumah baru, satu lagi majlis pertunangan.




Pagi Isnin 28 Oktober mandi air panas di Kuala Kubu Bharu.




Asbabnya ada urusan melibatkan kereta diikuti urusan melibatkan rumah di pejabat-pejabat berdekatan. Selepas itu masuk ke pekan Kuala Kubu kemudian singgah di dua tempat menarik di sekitar. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.







Pagi Rabu 30 Oktober. Menaiki MRT dari Sungai Buloh melalui laluan yang belum pernah dinaiki sebelum ini.



Ini untuk menyambung urusan melibatkan kereta. Kali ini di utara pusat bandar raya Kuala Lumpur.




Tidak lama kemudian selesai urusan. Saya meninggalkan premis dengan menaiki kereta baru. Pergi ke Hulu Langat dan Kajang untuk menyambung lagi urusan melibatkan rumah yang sedikit tergantung di Kuala Kubu. Selepas itu ke Selayang di mana urusan berkenaan baru betul-betul dapat diselesaikan.




Apapun ia adalah kereta terpakai berusia 7 lebih tahun. Esoknya Khamis 31 Oktober dilakukan penambaikan kereta. Selepas itu berjalan-jalan bersama isteri dan anak-anak termasuk ke kedai makan yang baru sebulan dua dibuka anak buku dekat Masjid India. Singgah sekali di rumah di Hulu Langat yang urusannya baru diselesaikan pada hari sebelumnya.




Petang Jumaat 1 November memulakan perjalanan balik kampung saya di Muar dengan kereta baru...




Dengan kereta itulah dibawa ibu bapa berjalan-jalan ke beberapa tempat Sabtu dan Ahad 2-3 Oktober. 











Antaranya adalah pekan Panchor dan kampus-kampus universiti termasuk UIA (Universiti Islam Antarabangsa) yang terdapat di Edu Hub Pagoh.



Gambar meter ini pula diambil pagi Isnin 4 November, selepas menghantar anak ke sekolah pagi. Sebetulnya meter bawah telah dibuat reset di suatu tempat di Kajang pada hari Rabu, setelah dapat menemukan cara mengendalikannya. Ketika itu sudah memandu lebih 32 km iaitu sejak mengambil kereta daripada tuan lama di Kuala Lumpur. Campur apa yang tertera dalam meter saya sudah memandu sejauh hampir 1,100 km dalam tempoh 5 hari campur beberapa minit pagi Isnin. 

Selasa hingga Rabu 5-6 November disambung lagi beberapa urusan penambahbaikan kereta. Ini termasuk membetulkan sedikit enjin dan sistem suspension juga menggilap cantik badan kereta berserta lampu hadapan yang sudah kekuningan. Selepas baru itu baru boleh dikatakan cukup syarat seperti halnya kereta On the road kalau beli daripada pengusaha kereta terpakai. Pagi tadi baru isteri  membawanya ke pejabat di Shah Alam sebelum kembali ke rumah dalam setengah jam tadi. Selesai cerita... :]