Isnin, Mei 22, 2023

ISTAC, buku dan majlis raya keluarga Laksamana tahun 2023

Salam semua. Salam malam 3 Zulkaedah 1444 Hijriah. Sedikit cerita daripada hujung minggu lalu melibatkan raya dan buku.



Pagi Jumaat 19 Mei 2023 bersamaan 29 Syawal 1444 saya keluar rumah untuk beberapa urusan.




Antaranya adalah ke tempat melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.



Sebelum itu saya telah ke kilang cetak untuk mengambil sejumlah naskah buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad  : Perjuangan yang Belum Selesai". Sebahagian daripada itu kemudian diserahkan kepada satu syarikat lain untuk diedarkan ke kedai-kedai buku.




Tujuan utama ke ISTAC adalah untuk menghadiahkan senaskah buku kepada guru dan penyelia tesis saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Kebetulan ada mesyuarat kaki tangan dan pelajar lalu saya ikut menyertai. Tengok-tengok Osman ada bersama.



Selepas itu ada jamuan raya. Saya pun layan.







Tengok-tengok turut hadir di majlis adalah seorang pensyarah yang menjadi pemeriksa dalaman bagi tesis saya. Kalau ikutkan saya harus ke kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak petang itu untuk membincangkan hal berkaitan. Bila dah bertemu di ISTAC terus buat perbincangan di sana.



Dengan itu ada masa untuk menunaikan solat Jumaat di masjid ISTAC. Kalau tidak tentu saya bersolat di bahagian lain Kuala Lumpur menghala ke UIA.



Selepas solat dibuat pula urusan susulan berkenaan buku di Perpustakaan Negara diikuti Jabatan Muzium Malaysia. Kemudian ke rumah kawan dekat Puncak Alam untuk menyerahkan sejumlah naskah bagi jualan pada Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur yang akan berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun ini.




Esoknya Sabtu 20 Mei bersamaan 29 Syawal, hari terakhir bulan raya saya membawa keluarga ke Emporis di Kota Damansara bagi satu  lagi urusan berkaitan.






Ia adalah majlis hari raya keluarga Laksamana Raja Mahkota Amin daripada keturunan anak-anaknya yang bernama Orang Kaya Arsyad dan Aminah.






Majlis dikhaskan bagi keturunan ini disebabkan kerja dan penglibatan bersama dalam urusan berkenaan hartanah Laksamana Muhammad di Mekah yang kini sedang dibicarakan di mahkamah. Lihat artikel Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama.






Kali terakhir majlis hari raya keluarga diadakan adalah sebelum berlaku PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19, pada tahun 2019. Ketika itu penglibatan ahli keluarga masih terhad kepada anak cucu keturunan Arsyad, tidak Aminah. Lihat Perhimpunan dan sambutan raya keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Selayang tahun 2019.






Sebelum majlis raya iaitu dari pagi hingga tengah hari telah diadakan mesyuarat jawatankuasa bertindak keluarga yang mana saya adalah salah seorang ahli.






Majlis raya dimulakan selepas jam 12.30 tengah hari.










Sambil itu saya mengambil peluang untuk memperkenalkan dan menjual buku.








Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan...











Sudut saya menjual buku juga turut menjadi tempat lepak bersama sejumlah saudara makan-makan...






Selepas berapa lama majlis berlangsung baru hadirin diajak keluar untuk bergambar beramai-ramai.






Ketika itu ramai sudah meninggalkan majlis kerana urusan atau mahu ke majlis lain.






Pun begitu saya dapat mengira terdapat 162 orang dalam gambar ini. Tidak dicampur mereka yang mengambil gambar juga satu dua meja saudara mara yang masih sibuk berbual-bual.



Penghujung majlis siap layan karaoke daa...



Petang itu beraya di majlis kawan isteri di utara ibu kota. Lihat artikel Views from an apartment complex at Danau Kota di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kembali rumah selepas Maghrib pula ada saudara mara datang bertandang ke rumah. Esok pagi datang dua orang untuk  mengambil buku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan