Selasa, Mac 21, 2023

Misi kedaulatan Singgora - Hari terakhir yang ringkas

Salam semua.  Sampai masanya untuk menyelesaikan cerita perjalanan di selatan Thailand baru ini. Pergi pada hari keempat dan terakhir perjalanan. Bersambung daripada artikel Misi kedaulatan Singgora - Membawa keluarga menggapai pengalaman lebih 6 tahun lalu.



Pagi Ahad 12 Mac 2023, jam 10 lebih waktu tempatan. Kami meninggalkan tempat penginapan dekat pasar terapung Khlong Hae dengan mengambil Grab Car menuju ke pusat bandar raya Hatyai.







Kami meminta agar diturunkan di suatu tempat bernama Nora Plaza. Kami belum pernah sampai walau sudah banyak kali ke Hatyai.




Kami sudah banyak kali mendengar ia sebagai satu tempat tarikan membeli belah bagi rakyat Malaysia...




Namun kami mendapati dalam kalangan rakyat tempatan sendiri ia bukanlah tempat membeli belah yang popular.




Nampaknya ia menjadi tarikan kerana ada 'persefahaman' antara pengusaha tempatan dengan mereka-mereka yang bertanggungjawab membawa rakyat Malaysia ke sana...





Apapun koleksi barangan kulit yang ada boleh tahan. Cuma kami tak tahu bagaimana jika dibandingkan dengan di tempat lain.




Dengan itu selesailah lawatan ke tempat-tempat di Hatyai yang selama ini kami tak pernah ambil tahu kerana lebih pada membeli belah. Kami mengambil tuk-tuk hingga ke Lee Garden pula.




Selama ini kami lebih pada tempat-tempat yang ada sejarah atau pemandangan menarik. Kadang kala sahaja ke tempat-tempat yang biasa dihurungi pelancong dari luar. 




Kalau Lee Garden itu memang setiap kali pergi Hatyai akan singgah kerana kedudukan di pusat bandar raya. Boleh berjalan kaki kurang setengah kilometer ke stesyen kereta api.



Kami mengambil kereta api Thailand jam 2 petang waktu tempatan untuk ke Padang Besar, Perlis, Malaysia.




Sampai jam 3.55 waktu Malaysia urusan kastam dan imigresyen dipercepatkan bagi mereka yang memiliki tiket kereta api ETS jam 4.45 petang...




Terus masuk ke ETS.



Dalam kereta api kami sekadar berehat sambil menikmati pemandangan.



Sampai di Tanjung Malim sekitar jam 9 malam singgah di surau sebentar kemudian berjalan kaki untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di kawasan satu pejabat. Kemudian singgah di Sarang Art Hub. Sekian perkongsian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan