Khamis, Oktober 20, 2022

Menyahut panggilan Gunung Ulu Kali

Merujuk pada artikel Maulidur Rasul di rumah 13 Oktober yang penuh makna yang dipersembahkan 4 hari lalu. Ada disebut pada pembukaan cerita bahawa pada hari sebelumnya saya ada membuat satu perjalanan yang tidak dirancang lalu naik memanjat hingga ke puncak sebuah gunung setinggi hampir 6,000 kaki dari paras laut. Sekarang biar dikongsikan ceritanya...




Petang Jumaat 14 Oktober iaitu setengah hari selepas majlis yang disebut dalam Maulidur Rasul di rumah 13 Oktober yang penuh makna berlaku. Saya bergerak ke Kuala Lumpur untuk satu mensyuarat melibatkan hal ehwal keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak.



Gambar ini pula diambil pada awal pagi esoknya Sabtu 15 Oktober. Saya telah bermalam di sebuah surau di Kampung Janda Baik. Dalam Maulidur Rasul di rumah 13 Oktober yang penuh makna ada disebut bahawa pada hujung minggu sebelum itu iaitu pada hari Jumaat 7 Oktober saya harus mengambil anak lelaki yang belajar di tahfiz di Janda Baik kembali ke rumah bercuti sehingga hari Ahad 9 Oktober bersamaan 12 Rabiuawal iaitu hari Maulud Nabi itu sendiri. Selepas menghantar anak kembali, ketika hampir ke Genting Sempah baru anak menelefon memberitahu bahawa capal kawan yang beliau pinjam tertinggal dalam kereta. Capal dipinjam kerana selipar anak putus tali lalu kami membelikan kasut baru. Bila dah pakai kasut terlupa pasal capal yang ada terselit dalam kereta.



Disebabkan itu kami harus berusaha untuk memulangkan capal. Bila tiba-tiba muncul panggilan untuk menghadiri mesyuarat keluarga Jumaat malam Sabtu maka dibuatlah keputusan saya akan ke Janda Baik selepas itu untuk memulangkan capal. Dah alang-alang berjumpa anak bawa le berjalan ke sana ke mari namun masih dalam kawasan. Selepas jam 12 tengah hari baru bergerak untuk kembali ke rumah. Sampai di Genting Sempah timbul rasa untuk naik ke Genting Highland. 




Sudah lama saya tidak ke sana.  Kali terakhir adalah 13 tahun lalu. Lihat Genting setelah beberapa tahun tak ke sana.... Sebelum itu saya sudah ke Genting sekurang-kurangnya 5 kali. Itu yang dapat diingati. Sebenarnya mungkin lebih 10 kali. Kiranya sudah berkali-kali ke Gunung Ulu Kali (Genting Highlands terletak berhampiran puncaknya). Kalau pergi ke Sungai Pusu ramai orang berpusu-pusu. Eh. Merapu pulak saya... :]

Tak mengapa. Cuba buat senarai setakat boleh diingati...

1. Pertama kali sampai adalah dibawa oleh ibu bapa, zaman sekolah menengah sekitar tahun 1985 kalau tak salah. Selepas itu tak ingat. Yang ingat selepas memiliki motosikal besar kesayangan hampir penghujung tahun 1997. Ketika itu saya sudah hampir setahun menjadi wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times

2. Yang confirm ingat seterusnya adalah naik ke atas lewat malam selepas siangnya mendapat berita bahawa wanita kesayangan ketika sama-sama belajar di London dahulu akan bernikah dalam masa terdekat awal 1998. Ceritanya ada dinukilkan dalam artikel Lamenting a lost di BERPETUALANG KE ACEH, artikel kedua di blogspot itu. Namun sebelum itu saya harus ada naik ke Genting dengan motosikal tersebut. Sebab itu tak kekok tiba-tiba naik lewat malam. 

Zaman itu kalau setakat 100 km hendak keluar berjalan-jalan tiba-tiba tanpa dirancang  itu perkara biasa buat saya. Kalau lebih jauh kena pilih hari tidak bekerja. Namun kadang-kadang hari bekerja pun saya bantai, kalau masuk shift petang. Pernah tiba-tiba saya bawa orang naik tidur di Frasers Hill meredah hujan renyai. Tengah hari esoknya turun lalu masuk pejabat waktu petang.

3. Lagi satu ingat saya perlu meliputi satu acara kejuaraan tarian singa peringkat antarabangsa di atas sana. Tak ingat bila tapi pasti semasa masih menjadi wartawan meja utama (main desk) dan sebelum mula menjadi wartawan sukan awal tahun 1999. Esoknya pun ada lagi. Rasanya turut diliputi. Tapi tak tidur di Genting. Saya balik ke pejabat dahulu di Jalan Riong, Bangsar. Kalau nak tidur tiada masalah. Ada wartawan perempuan TV3 berbangsa Cina ajak menginap di bilik beliau.

4. Selepas keluar dari NST penghujung tahun 2001 harus ada 2-3 kali dengan motosikal sama (sekarang masih ada di rumah). Tetapi oleh kerana tak ingat butirannya baik tak payah kira. Yang ingat ada sekali naik bas sampai atas sana sebab motosikal sedang rosak teruk tidak boleh berjalan. Bertahun juga dibiarkan sebelum ada modal untuk memperbaiki sampai elok kembali.

5. Seperti diceritakan dalam Genting setelah beberapa tahun tak ke sana.... Itu dengan isteri sekarang tahun 2009. Dengan isteri dahulu tahun 1991 hingga 2002 harus ada sekurang-kurangnya sekali. Tapi sebab tak ingat butiran maka saya tak kira.


Maka itu yang saya sudah ke sana sekurang-kurangnya 5 kali. Tapi mungkin ada sehingga 7 kali lagi selain 5 itu. Apapun lihat An unscheduled call to Genting Highlands.




Kali ini saya tiada langsung hajat untuk pergi ke tempat orang ramai berseronok yang menjadi identiti dan tarikan utama Genting Highlands. Sebaliknya tumpuan saya semata-mata untuk mencari puncak Gunung Ulu Kali. Lihat Looking for the summit of Gunung Ulu Kali.

Biar dimaklumkan sekali lagi bahawa Genting Highlands terletak hampir ke puncak gunung. Tetapi puncak setinggi 5,820 kaki dari paras laut itu sendiri terletak di bahagian lain gunung. Gambar ini diambil dekat satu stesyen radar selepas menghabiskan beberapa muka surat Al-Quran. Ketika itu saya menyangkakan ia mungkin puncak tertinggi gunung.




Selepas itu baru diberitahu bahawa puncak terletak berdekatan sebuah kuil Cina kecil. Ada ternampak ketika menuju ke stesyen radar lalu berpatah balik untuk mencarinya.




Selepas terjumpa kuil saya meninjau-ninjau kawasan sekeliling lalu mendapati denai ke puncak ada dalam 100 meter dari kuil. Kereta pun diletakkan dekat denai...




Alhamdulillah. Akhirnya sampai ke puncak lalu dibaca Surah Al-Haj dan selesai juzuk ke-17 di atas sana. Cuma didapati ada 3 buah puncak sebenarnya. Tak jelas yang mana paling tinggi lalu pergi ketiga-tiganya. Lihat On to the summit (or summits) of Gunung Ulu Kali.




Adapun kebanyakan masa saya harus mengharungi kabus tebas lalu tidak dapat melihat sangat pemandangan yang ada. Namun ada masa tersingkap kabus lalu dapat melihat nun jauh mata memandang. Lihat A brief clear view down from Genting Highlands.




Disebabkan tersingkap pemandangan itulah dapat melihat sebuah tasik agar besar terbentang sedikit ke bawah dari Genting Higlands. Saya pun mencarinya. Lihat The reservoir a bit down from Genting Highlands.



Dari Genting kembali ke rumah melalui jalan ke Batang Kali. Singgah pula melihat tarikan-tarikan di sebelah sana. Lihat A visit to Sungai Kedondong diikuti A very brief visit to Bonda Valley


Tiada ulasan:

Catat Ulasan