Jumaat, Ogos 12, 2022

Misi Keluarga Laksamana part III - Mencari makam di Sungai Durian

Salam semua. Salam petang Jumaat 14 Zulhijjah 1444 Hijriah. Adapun malam Jumaat semalam saya baru sahaja menyelesaikan satu perjalanan 5 hari 4 malam pusing Perak dan Pulau Pinang. Jadi ada cerita-cerita boleh dikongsikan bermula dengan ini...



Perjalanan kali ini secara rasminya bermula apabila kami meninggalkan rumah selepas tengah hari Ahad, jam 12.46 iaitu pada tarikh 7 Ogos 2022.




Namun disebabkan membeli makanan di simpang taman perumahan diikuti harus kembali ke rumah untuk mencari kad Touch and Go yang baru disedari hilang, sekitar setengah jam kemudian baru masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan.




Tapi kami mengambil sedikit sahaja lebuh raya ke utara sebelum keluar ke Bukit Tagar untuk mengambil laluan pendalaman Sungai Tengi, Felda Suharto ke Sabak Bernam. Tiba-tiba isteri mengajak singgah ke Lubuk Pusing. Dah alang-alang begitu bawa masuk ke Pulau Ganda Suli.




Tentang keistimewaan tempat pernah diceritakan dalam artikel Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Sungai Bernam dan kisah Pulau Ganda Suli lebih setahun lalu. Baru kini dapat membawa isteri dan anak bersama lalu ditunjukkanlah suatu macam tanjung tepi sungai tempat saya pernah menunaikan solat Maghrib seorang diri dalam lawatan terdahulu. Lihat artikel The Bernam river at the end of Pulau Ganda Suli di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas itu baru ke Lubuk Pusing...



Pergi ke bahagian yang dahulunya merupakan aliran lama Sungai Bernam...



Lihat kolam yang katanya adalah peninggalan daripada pusaran air yang memberikan nama pada Lubuk Pusing.




Selesai itu baru menjamakkan solat Zohor dan Asar kemudian beriktikaf sebentar di masjid.




Ziarah ke makam Sheikh Marzuki yang dikatakan bertaraf wali di hadapan masjid.



Jam 4.34 petang menyeberang Sungai Bernam lalu secara rasminya sampailah ke negeri Perak. Walhal ketika masuk ke Pulau Ganda Suli pun sebenarnya sudah masuk ke Perak. Cuma geografinya sahaja kelihatan seperti masih dalam negeri Selangor.




Terus mengambil lebuh raya baru Pantai Barat.



Jam 4.48 menyeberang pula Sungai Perak.



Terus ke Sungai Durian untuk mencari satu makam.




Tetapi ditunjukkan dahulu ke makam yang lain tetapi ada kena mengena. Lihat artikel Makam (Tomb of) Ibrahim bin Taha di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Sambil itu juga mencari satu makam lebih lama yang kami pernah dua tiga kali sampai tapi sudah lupa kedudukan apa lagi kawasan sekitarnya penuh belukar berduri bagai...




Dipendekkan cerita akhirnya sampai ke makam yang dicari, dengan bantuan penduduk tempatan. Lihat Makam (Tomb of) Laksamana Sulaiman. Sulaiman ini pernah bersama moyang saya sebelah bapa iaitu Laksamana Muhammad Amin menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Mereka berdua adalah saudara dua pupu, datuk adik beradik. Ketika itu beliau memegang jawatan Raja Mahkota iaitu bakal Laksamana. Pada tahun 1891 baru naik sebagai Laksamana. Tapi penghujung tahun 1893 pula meninggal dunia.

Beliau dengan Ibrahim bin Taha yang makamnya diziarahi lebih awal tadi adalah adik beradik. Menurut cerita keluarga saya, mereka berlainan ibu. Yang sama ibu dengan Sulaiman adalah seorang moyang saya bernama Abdul Raof. Beliau adalah datuk kepada Nenek saya (ibu kepada bapa).




Adapun yang membantu kami mencari makam adalah tiga pihak. Tergerak untuk menghadiahkan buku ke-3 saya, Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang yang terbit November 2007 dan buku ke-13, Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995 yang terbit Jun 2019. Buku ke-3 diikuti ke-13 membentuk nombor 313. Bagi pula 3 set. Haaa. Datang pulang gila-gila nombor aku... :]




Malam itu kami ke masjid Batak Rabit untuk menghadiri majlis tahlil khas buat keluarga tetapi turut dibuka kepada jemaah masjid dan sesiapa sahaja.



Selepas itu diadakan pula makan-makan. Rupa-rupanya ramai terlupa malam itu adalah malam Asyura juga  kerana sudah masuk tarikh 10 Muharram.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan