Isnin, Julai 04, 2022

Dari ISTAC ke KLCC ke Selayang untuk acara-acara keMelayuan

Salam lagi. Ada cerita mahu dikongsikan daripada aktiviti hari Sabtu lalu 2 Julai 2022...



Cerita hari itu secara efektifnya bermula apabila saya dan keluarga bergerak ke tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.




Ada acara keMelayuan mahu dihadiri walaupun sampai lewat  iaitu selepas jam 1.




Komponen awal majlis yang bermula jam 10 pagi berupa satu syarahan telah saya diikuti di rumah melalui paparan di Youtube. Lihat poster-poster berikut...











Syarahan berkenaan selama lebih sejam diikuti sesi soal jawab boleh diikuti melalui rakaman video atas...




Masuk ke dewan utama ISTAC acara keMelayuan masih berjalan, kali ini melibatkan permainan keris dan pedang.




Sekitar jam 2 saya ke masjid ISTAC. Di situ mahu diadakan acara maulidur rasul dan bacaan qasidah.




Sementara menunggu persiapan berkenaan dilakukan saya tergerak untuk membaca Al-Quran. Tengok-tengok ada orang ambil gambar. Nampak klasik pula rupa...



Majlis bermula sekitar jam 2.30...













Tetapi saya dan keluarga tidak boleh bersama lama. Jam 3 kami harus bergerak ke KLCC pula.




Kami telah membeli tiket wayang untuk filem Mat Kilau jam 3.40. Gambar ketika menunggu filem bermula...



Gambar ini pula diambil selepas filem tamat hampir jam 6. Tentang filem tak perlulah diberikan ulasan kerana terlalu ramai telah berbuat begitu.




Cukuplah disebut begini... daripada segi ketepatan sejarah memang filem tidak boleh dijadikan rujukan. Tetapi daripada segi hendak membangkitkan semangat perjuangan keMelayuan dan Islam? Saya fikir ia cukup berjaya. Bolehlah menggantikan tayangan filem Bukit Kepong pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti...



Berjalan-jalan di KLCC, kedai buku dan sebagainya selepas itu. Kami sekeluarga berbusana tradisional Melayu sejak keluar rumah.



Hinggakan ada yang seronok mahu mengajak bergambar bersama.




Selepas Maghrib kami ke kedai makan seorang kawan Selayang untuk satu majlis tahlil melibatkan kawan-kawan dan kenalan dalam dunia persilatan...




Majlis diadakan atas dua sebab - Satu untuk mengenangkan sahabat kami Cikgu Ismail Zambri yang baru meninggal dunia seminggu sebelum itu. Satu lagi sebagai sambutan ulang tahun kelima persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Selangor...






Diadakan juga majlis pembukaan gelanggang dan sedikit persembahan silat...










Selepas itu makan-makan dan berbual sakan... :]







Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan