Isnin, Jun 20, 2022

Apabila kawan-kawan 51C tiba-tiba datang bertandang

Salam pagi Isnin 20 Zulkaedah 1443 Hijriah. Sedikit cerita daripada hujung minggu baru ini.

 


Sekitar jam 11.30 pagi Sabtu 18 Jun 2022. Seorang kawan lama zaman kolej pengajian peringkat A Level di PPP/ITM (Pusat Persediaan Pelajar di bawah Institut Teknologi MARA, kini universiti) menelefon memberitahu mahu datang rumah.




Kawan duduk sebilik ketika kolej, bilik 51 itu menetap di Bukit Damansara. Kata beliau mahu datang bersama seorang lagi kawan sebilik, dahulu menetap di Bukit Damansara juga. Kemudian berpindah ke Sri Hartamas.




Dengan mereka berdua dan seorang lagi kawan sebilik kira biasa juga berjumpa. Hampir setiap kali ke bandar raya Kuala Lumpur 40 km ke selatan rumah saya akan menghubungi untuk berjumpa minum teh tarik bagai...






Yang tak disangka seorang lagi kawan sebilik, kini menetap di Puchong turut ikut sekali dengan satu kereta bersama isterinya. Dengan beliau ini saya jarang berjumpa...




Rupa-rupanya kawan dari Puchong datang menziarahi kawan di Hartamas. Kebetulan kawan dari Bukit Damansara juga ada di situ dengan membawa sebuah kereta baru full-electric untuk dipandu uji (beliau adalah seorang wartawan permotoran). Lalu diajak semua ke rumah saya dengan kereta itu.




Apa lagi, keluarlah pelbagai cerita lama. Antaranya ketika ada yang menyewa rumah pangsapuri dengan beberapa kawan lain (bukan sebilik di kolej) di Pantai Dalam. Ketika itu saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times di Bangsar. Kadangkala datang melepak kat tempat diaorang. Kami suka berendam dalam kolam renang tengah malam.




Kali terakhir berbual begini adalah dalam satu perkumpulan kawan lama sekolej yang lebih terancang hampir 5 bulan lalu. Lihat Dari nasi beringin ke ISTAC ke impromptu reunion A Level. Masing-masing sudah berumur 52 tahun atau sekitarnya. Tapi bila berjumpa jadi macam zaman budak-budak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan