Ahad, Januari 09, 2022

Pantai Timur penghujung 2021 - Lakaran laluan dari hari ke hari

Salam semua. Bagi melengkapkan siri "Pantai Timur penghujung 2021" biar dikongsikan lakaran laluan dari hari ke hari yang dibuat menggunakan Google Map. Dengan cara ini dapat dilihat dan dikira jarak perjalanan dengan jelas.


1. Sabtu 18 Disember 2021 - Sungai Buaya-Tanjung Malim-Bukit Tinggi



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 137 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan  sekitar 2 km. Ini menjadikan jumlah 139 km.



2.  Ahad 19 Disember 2021 - Persekitaran Bukit Tinggi



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 54.9 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan hingga 2 km. Ini menjadikan jumlah 57 km.



3. Isnin 20 Disember 2021 - Bukit Tinggi-Karak-Bandar Seri Jempol-Kuantan



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 393 km. Perjalanan sebenar ada memakan jarak tambahan hingga 5 km. Ini menjadikan jumlah 398 km.



4. Selasa 21 Disember 2021 - Kuantan-Kuala Dungun-Kuala Berang-Pulau Manis



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 249 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan hingga 5 km. Ini menjadikan jumlah 254 km.



5. Rabu 22 Disember 2021 - Pulau Manis-Kuala Terengganu-Jerteh-Besut-Tok Bali



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 151 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan hingga 10 km. Ini menjadikan jumlah 161 km.



6. Khamis 23 Disember 2021 - Tok Bali-Bachok-Kemumin-Pantai Sabak-Kota Bahru



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 60.6 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan lebih 7 km. Ini menjadikan jumlah 68 km.



7. Jumaat 24 Disember 2021 - Kota Bahru-Nilam Puri-Rantau Panjang-Jeli-Gerik-Lenggong-Temong



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 320 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan hingga 3 km. Ini menjadikan jumlah 323 km.



8. Sabtu 25 Disember 2021 - Temong-Kuala Kangsar-Sungai Sipot-Ipoh-Kuala Kubu Bahru-Sungai Buaya



Lakaran ringkas menunjukkan jarak 254 km. Perjalanan sebenar memakan jarak tambahan  2 km. Ini menjadikan jumlah 256 km.


Jumlah keseluruhan jarak perjalanan  = 139 km + 57 km + 398 km + 254 km + 161 km + 68 km + 323 km + 256 km = 1,656 kmKalau dimasukkan ke dalam Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain yang dipersembahkan hampir 8 bulan lalu ia boleh menjadi perjalanan saya yang ke-27 paling jauh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan