Jumaat, Januari 07, 2022

Dari hulu ke hulu Sungai Perak dan Sungai Selangor - Apa kena mengena dengan Pantai Timur penghujung 2021?

Salam petang Jumaat pertama bagi tahun 2022 merangkap hari ke-7 tahun baru iaitu tarikh 7/1/22. Hari ini bulan baik ini biar dipersembahkan cerita hari ke-8 merangkap hari terakhir bagi perjalanan ke Pantai Timur 18-25 Disember 2021. Maka bersambung kita daripada artikel  Pantai Timur penghujung 2021 - Apa ada di Lenggong?.



Pagi Sabtu 25 Disember 2021. Selepas bermalam di surau yang kelihatan kami bersedia untuk berjalan jauh lagi.




Ziarah dahulu ke makam Tok Temong tidak jauh dari surau.




Kemudian turun sebentar melihat sungai di sebelah kawasan makam. Lihat artikel A fine day over Perak river in Temong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Perjalanan diteruskan ke arah bandar diraja Kuala Kangsar...






Naik ke Bukit Chandan untuk ke kawasan pemakaman diraja Perak di sebelah Masjid Ubudiyah...







Ziarah makam moyang utama saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.




Kali terakhir saya datang adalah bersama isteri, selepas menghadiri majlis temu bual dan suai kenal bagi gelaran Laksamana di Ipoh 5 November lalu. Lihat artikel Laksamana pulang ke Perak? Menjejak leluhur dari hulu ke hilir. Kali terakhir ada membawa anak-anak pula adalah dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang 31 Ogos 2020. Lihat Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale.




Selepas itu kami ke rumah lama warisan yang dikenali sebagai Rumah Merah. Lepak lama di sana sambil minum kopi yang dijual di bahagian hadapan rumah. Lihat artikel Rumah Merah (The Red House), Bukit Chandan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Jam 2 petang bergerak kami ke Sayong di seberang Sungai Perak dari bandar diraja Kuala Kangsar.




Ziarah makam dua orang Sultan sebelum pekena hidangan laksa kegemaran di Kota Lama Kanan. Lihat artikel Lawatan baru ke makam (New visit to tomb of) Sultan Ali Al-Mukamal diiikuti Lawatan baru ke makam (New visit to tomb of) Sultan Yusuf Sharifuddin.




Selepas itu menjamakkan solat Zohor dan Asar di masjid berdekatan yang mana terdapat batu nesan sebatang pada saf hadapan menandakan tempat ghaibnya Sultan ke-2 Perak, Sultan Mansur Syah hampir 500 tahun lalu.




Perjalanan diteruskan ke arah Ipoh melalui Sungai Siput.




Sampai ke utara bandar raya terus masuk Lebuh Raya PLUS ke selatan...




Ambil susur keluar Tanjung Malim untuk masuk ke jalan lama.




Sampai ke Kerling singgah di makam seorang pejuang Melayu bernama Sayid Mashahor.








Masuk ke Kuala Kubu Bahru singgah di masjid lama Ampang Pecah bagi menukar pakaian.




Kami mahu menyampaikan hajat anak-anak mahu mandi manda di Alor Lempah di mana mengalirnya satu bahagian Sungai Selangor.  Ini kerana mereka mahu mandi pada hari Sabtu seminggu sebelum itu tetapi keadaan cuaca hujan lebat membawa pada air keruh deras tidak membenarkan. Rujuk artikel pertama perjalanan Pantai Timur iaitu  Pantai Timur penghujung 2021 - Membuka secara tradisi di Sarang Art Hub. Nasib baik keadaan cukup cantik kali ini sehingga dapat bermandi lebih sejam walaupun sampai lewat. Lihat A fine enough day at Alor Lempah.




Hal ini menjadikan perjalanan ke Pantai Timur 18-25 Disember seperti dibuka di Alor Lempah kemudian ditutup di situ. Perjalanan dibuka 18 Disember dalam keadaan cuaca buruk dengan segala macam cabaran berkenaan diikuti cuaca cantik sepanjang 4 hari 4 malam berada di Pantai Timur walhal di sanalah dijangkakan cuaca sepatutnya paling teruk akibat musim tengkujuh, sebelum ditutup dengan cuaca cukup cantik (walau langit mendung dan kawasan pergunungan di kaki langit kelihatan sudah turun hujan) pada 25 Disember. Hari terakhir perjalanan itu pula dibuka di Temong yang merupakan satu bahagian hulu Sungai Perak sebelum ditutup di Alor Lempah yang merupakan satu bahagian hulu Sungai Selangor. Kiranya ini 'menghubungkan' hulu ke hulu sungai.

Adapun negeri-negeri Perak dan Selangor terletak di Pantai Barat Semenanjung walhal perjalanan dibuat untuk ke Pantai Timur. Cuma keadaan dan permintaan sahaja yang menyebabkan  kami ke Alor Lempah di Selangor terlebih dahulu sebelum ke Tanjung Malim di Perak. Rujuk balik cerita dalam artikel Pantai Timur penghujung 2021 - Membuka secara tradisi di Sarang Art Hub. Pada awal perjalanan terbit juga persoalan bagaimanakah persinggahan di Tanjung Malim yang merupakan persinggahan ke Perak boleh masuk ke dalam rangka kerja keseluruhan perjalanan ke Pantai Timur sedangkan ia sebenarnya terletak di luar laluan? Apakah ada makna? Ketika itu kami masih memikirkan mahu kembali dari Kota Bahru melalui Gua Musang kemudian Raub. Tak sangka apa bila sampai masa untuk kembali ke rumah akan mengambil laluan Jeli ke Gerik lalu melalui dan singgah ke banyak tempat di Perak.

Aturan artikel sokongan bagi cerita hari terakhir pula memerlukan saya membuat 1 artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti 3 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) kemudian 1 lagi di BERPETUALANG KE ACEH. Ini adalah mengikut kronologi atau tempoh masa bilakah gambar-gambar berkenaan diambil, aturan yang muncul secara semulajadi dalam fail gambar. Lalu susun atur artikel sokongan ini membuat formasi nombor 1-3-1, satu nombor yang membawa makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya dan isteri. Artikel pertama sokongan adalah tentang Sungai Perak, artikel terakhir sokongan tentang Sungai Selangor. Akhirnya anak-anak mencapai hajat untuk mandi di sungai berkenaan. Harap ini mengisyaratkan sesuatu yang baik buat kami sekeluarga dalam masa terdekat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan