Meneruskan perkongsian untuk memaparkan 50 perjalanan terjauh. Bersambung daripada Senarai perjalanan terjauh : 30 hingga 21 dengan masuk pada perjalanan ke-20 hingga ke-11. Sekali lagi biar diingatkan bahawa senarai ini diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Senarai mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan.
20. BKA Tour Run 2007
Lakaran mudah 1,624 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.
19. Pantai Timur 2010
Lakaran mudah hampir 1,600 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".
18. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019
Lakaran mudah hampir 1,700 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.
17. Berpetualang ke Aceh 2004
Perjalanan ada dua bahagian - Dalam Malaysia. Lihat sini.
Di Sumatera. Lihat sini.
Lakaran mudah 474 km + 857 km = 1,331 km. Campur 256 km feri Pulau Pinang ke Belawan + 50 km pusing pergi balik feri Pulau Pinang + 190 km feri Tanjung Balai ke Port Klang + 50 km Port Klang ke rumah ibu saudara di mana perjalanan baru betul-betul selesai jadi 1,877 km. Campur pusing-pusing dalam kawasan beberapa bandar dan sebagainya harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004.
16. Ke Terengganu selepas Aceh 2004
Lakaran mudah sekitar 1,331 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.
15. Krabi Dis 2019
Lakaran mudah hampir 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.
14. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000
Lakaran mudah dekat 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.
13. Pusing Pulau Jawa Mei 2012
Lakaran mudah 2,045 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa".
12. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012
Lakaran mudah baru dapat 1,439 km. Lihat sini. Jarak sebenar adalah 2,374.9 km (ditunjukkan pada meter kereta) kerana banyak pusing masuk ceruk rantau. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation....
11. Beruzlah ke Pantai Timur 2016
Ada 3 bahagian. Bahagian 1 - Lakaran mudah 1252 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,300 km.
Bahagian 2 – Naik pesawat pergi balik Kota Bahru. Jarak sebenar atas darat harus 80 km. Lihat sini. Campur perjalanan dari rumah ke lapangan terbang Subang 40 km kemudian KLIA 2 ke rumah 90 km jadi 210 km.
Bahagian 3 - Lakaran mudah 1,132 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,150 km.
Jarak keseluruhan 1,300 km + 210 km + 1,150 km = 2,660 km. Lihat Mengharapkan terungkai lebih banyak perkara tersurat dan tersirat daripada perjalanan 3 kali ke Pantai Timur dalam tempoh dua bulan.
Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 20,885 km (1,700 + 1,800 + 1,800 + 1,900 + 1,900 + 2,200 + 2,250 + 2,300 + 2,375 + 2,660). Julat jarak perjalanan adalah 1,700 km hingga 2,660 km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan