Ahad, Februari 19, 2017

Perarakan sokongan pindaan RUU 355 di Jalan TAR

Melengkapkan cerita aktiviti semalam. Bersambung daripada artikel Penganugerahan Felo Persatuan Sejarah Malaysia tahun 2017.


Petang sekitar jam 3 saya dan isteri membawa anak-anak berjalan di Masjid India sambil isteri mencari bahan untuk stok membuat busana. Tiba-tiba timbul gerak mengajak mereka mengambil satu lorong untuk masuk ke Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman). Tengok-tengok ada perarakan sedang menuju ke tempat kami berdiri.



Ia adalah perarakan satu kontinjen penyokong pindaan RUU (rang undang-undang) 355 iaitu akta berkenaan undang-undang Islam dan kuasa mahkamah syariah. Pindaan bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah agar lebih banyak aspek undang-undang Islam dapat dikuatkuasakan tanpa diganggu atau dipintas kuasa mahkamah sivil yang berdiri di atas undang-undang ciptaan Barat. Untuk makluman perka ini sedang dibawa ke parlimen lalu ada yang menyokong ada yang membantah. Walaupun undang-undang tersebut mahu dikuatkuasakan ke atas umat Islam sahaja, ramai orang bukan Islam menyibuk hendak membantah. Dalam kalangan orang yang mengaku Islam pula ada yang tidak setuju kerana mereka nampaknya takut kehidupan liberal mereka boleh tersekat dan terganggu. 


Secara rata, mereka yang betul-betul mahu menjunjung tinggi Islam tidak membantah malah memberikan sokongan sepenuh hati. Kami tahu semalam mahu diadakan perhimpunan para penyokong pindaan di Padang Merbok, sekitar 2 km dari SOGO. Cuma kami sangka mereka semua sudah berada di sana sejak pagi. Tak sangka pula ada perarakan di Jalan TAR.


Perarakan ini bermula di hadapan kompleks membela-belah SOGO. Mereka mahu bergerak ke hujung selatan Jalan TAR sebelum membelok kanan ke arah bangunan parlimen untuk sampai ke Padang Merbok.


Kami dapat tahu rata-rata yang membuat perarakan ini adalah kontinjen penyokong dari negeri Terengganu. Kontinjen negeri-negeri lain mungkin ada laluan masing-masing untuk sampai ke Padang Merbok.




Kami sendiri asalnya tidak merancang mahu bersama. Kami ke Masjid India dan Jalam TAR pun adalah disebabkan keputusan spontan mahu singgah selepas meninggalkan majlis di Wisma Sejarah. Rujuk cerita dalam artikel Penganugerahan Felo Persatuan Sejarah Malaysia tahun 2017. Sebelum ke Jalan TAR timbul rasa untuk membawa anak-anak mandi di kolam orang ramai di kawasan taman KLCC. Cuma kami tak bawa seluar pendek untuk anak-anak lalu singgah di Chow Kit untuk membeli, Alang-alang dah sampai sana timbul rasa untuk ke Masjid India seterusnya. Bila dah terserempak dengan perarakan penyokong pindaan RUU 355 di Jalan TAR naik semangat untuk bersama...


Cuma kami mahu membawa anak-anak berjalan ke SOGO terlebih dahulu, Kami tunggu selama hampir 20 minit sebelum perarakan cukup 'tipis' untuk kami menyeberangi jalan tanpa perlu menentang arus orang ramai.





Sampai di SOGO kami lihat ada ramai juga penyokong masih berlegar-legar berehat santai atau membeli-belah.





Kami dimaklumkan perhimpunan di Padang Merbok dijadualkan berlangsung sehingga hampir tengah malam. Ramai yang datang ini berasal dari luar Kuala Lumpur, Jadi apa salahnya mereka berjalan-jalan melihat ibu kota terlebih dahulu sebelum memberikan tumpuan penuh pada perhimpunan? Untuk melihat video perarakan yang isteri saya rakam selama lebih kurang 5 minit sila klik sini...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan